Friday, May 29, 2009

Adakah Wahabiyyah Dari Golongan Salaf?

Mantan Mufti /Mantan Menteri Cuba Jadikan Pelajar Di London Salafi Moden.

Mereka yang mendakwa sebagai golongan Salaf masa kini sebenarnya membawa aqidah yang bertentangan dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tulin.Mereka bergerak dengan menimbulkan isu-isu khilafiyyah seperti qunut,tahlil arwah,bacaan Yasin malam Juma'at,sah batal wuduk dan lain-lain.Setelah pendengar dirasakan boleh menerima pandangan-pandangan mereka , maka golongan ini menggorak langkah untuk agenda seterusnya.
Aqidah yang dipromosikan oleh golongan ini adalah aqidah "Tashbih dan Tajsim"(menyerupakan/menjisimkan zat Allah).Ini terbukti bila kita meneliti seluruh penulisan golongan ini dalam pelbagai bahasa.Bagi kita berbahasa Melayu dapat membuktikan pemesongan golongan ini melalui penulisan mereka di maqalah-maqalah,laman-laman web,diskusi,kertas kerja dan lain-lain sumber.
Adakah begitu rupa pegangan Salaf dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat?Tidak sama sekali.Bahkan dua mazhab yang masyur di sisi ulama' (Salaf dan Kalaf) dalam memahami ayat mutasyabihat melakukan "Tafwidh dan Takwil".
Di kalangan para sahabat yang secara jelas mengamalkan "Takwil" ialah Saidina 'Abbas,Ibnu Mas'ud, Saidina Ali kwj,Hasssan al-Basri,Imam Malik,Imam al-Auza'i,Qatadah al-Thauri,Mujahid,Ikrimah dan yang lain-lain yang tersebut banyak nas-nas mereka di dalam kitab-kitab tafsir.(rujukan Ahlu Sunnah al-Asya'irah-Hamad al-Sinan/Fauzi al'Anjary-halaman 157, terbitan Dar al-Dhia' Kuwait)
Mereka yang mendakwa diri sebagai Salaf kini adalah dari golongan yang mendominasi Aqidah Ibnu Taimiyyah al-Harrani.Kalau begitu jelaslah mereka ini bukan dari golongan yang beraqidah seperti orang Salaf.

No comments: