Saturday, May 23, 2009

Orang Kafir Boleh Baca Quran??????

Kuliah Maghrib salah seorang ustaz di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan pada 22/5/09 berkisar kepada tafsiran ayat-ayat Al-Quran.Biasalah, apabila tafsiran ayat-ayat dibentangkan maka kupasan-kupasan berkaitan ayat-ayat tersebut juga dihuraikan.Ustaz tersebut (nama dirahsiakan) memberitahu bahawa Syadina Umar sebelum memeluk Islam telah membaca Surah Thaha, ayat 1-6 yang diberikan oleh adiknya Fatimah.Maka ustaz tersebut terus berkata, Nah!! tengok sejarah telah membuktikan bahawa orang kafir pun boleh membaca Al-Quran tetapi kenapa Mufti (tidak disebut namanya) kata tak boleh?
Berdasarkan pengamatan saya tentang kata-kata ustaz tersebut ialah apabila beliau cuba menyokong kata-kata seorang pemimpin yang dilabelkan sebagai Tok Guru yang mengatakan orang kafir boleh membaca Al-Quran.Ini disebabkan salah seorang pemimpin politik pembangkang yang beragama Kristian berucap ketika berkempen dengan membaca sepotong ayat Al-Quran.
Sewaktu saya bersama Dato' Mufti Perak baru-baru ini, beliau telah diajukan soalan yang sama juga oleh seorang wartawan.Jawapan yang diberi oleh Dato' Mufti amat jelas sekali tentang isu ini.Dato' Mufti mengatakan, Al-Quran boleh dibaca oleh orang kafir jika dia ingin mempelajarinya atau ingin mencari sesuatu tentang kebenaran Al-Quran.Masalahnya ialah apabila Al-Quran ini dibaca untuk kepentingan politik oleh orang kafir yang terang-terang menolak Islam.Kalau Al-Quran dibaca dengan tidak betul oleh orang Islam maka hukumnya haram apatah lagi jika dibaca dengan cara tak betul oleh orang kafir.Apakah sikafir yang membacanya sewaktu berucap dalam kempen politiknya itu faham dan mengikut hukum-hukum dalam Al-Quran?
Nampaknya secara halus, ustaz yang berceramah itu cuba meniupkan sentimen-sentimen politik dalam kuliahnya.Sepatutnya ustaz tersebut tidak menyentuh tentang isu ini, apatah lagi bila menyebut tentang Mufti.Ini akan membuatkan orang akan hilang kepercayaan kepada ulama' sedangkan kita semua tahu pengiktirafan Dato' Mufti Perak selama ini.Memang benarlah kata-kata Dato' Mufti sendiri kepada saya apabila ada ahli agama sendiri yang sering memperlekehkan serta menyanggah pendapat-pendapat beliau.Inilah akibatnya apabila taksub kepada parti dan Tok Guru maka segala pendapat Tok Guru semuanya benar belaka.

No comments: