Tuesday, June 30, 2009

Syeikh Fuad al-Maliki - Pejuang Sunnah Sejati.

Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki.

Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki dilahirkan pada 16hb. September 1974. Dalam jangkamasa umur 35 tahun, beliau merupakan golongan muda yang memperjuangkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan begitu lantang sekali.Kegigihan dan ilmu yang dimiliki oleh Syeikh Fuad al-Maliki disegani oleh kawan dan lawan dengan cara penyampaian ilmunya yang begitu berkesan.Maka dengan itu tidak hairanlah apabila jadual pengajian dan ceramahnya senantiasa saja penuh kerana kehebatan anak muda dari Rembau ini menyampaikan ceramahnya meninggalkan kesan mendalam kepada para pendengar.
Sewaktu menyampaikan ceramahnya sempena sambutan Ma'al Hijrah yang bertempat di Sekolah Adni Kuala Lumpur, beliau telah membidas beberapa golongan yang tidak mahu memahami apa itu "Bida'ah".Perkataan yang begitu mudah boleh difahami oleh orang tempat beliau di Rembau, sedangkan orang di Kuala Lumpur masih nak mempertikaikannya.Selain itu beliau juga menyelar para penceramah yang berapi-api berucap mengatakan itu dan ini semuanya bidaah.Beliau juga membawa kata-kata Imam Ahmad, jika seseorang hendak menjadi Mufti perlu menghafal sekurang-kurangnya 400 ribu hadis.Beliau mencabar jika ada yang menghafal sebanyak itu di Malaysia ini, beliau akan mengucup kaki orang tersebut.
Syeikh Fuad juga mempersilakan sesiapa yang tidak mahu mengikut Mazhab al-Syafie agar memilih bumi lain kerana Selangor adalah bumi Syafie.Dengan nada selamba beliau membidas golongan-golongan sarjana yang sering mendabik dada dengan kelilmuan yang mereka miliki sehingga tidak mahu lagi mengikut Mazhab Shafie.
Sebenarnya pendekatan yang dibawa oleh Syeikh Fuad al-Maliki ini amat sesuai untuk difahami oleh orang-orang awam yang mendengarnya.Walaupun ada juga penceramah-penceramah lain yang mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun adakalanya ia terlalu berbentuk ilmiah yang sukar difahami oleh orang-orang awam.Rata-rata sesiapa sahaja yang mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Fuad al-Maliki akan terkesan kerana penyampaian dan pendekatan yang dibawa oleh ulama muda ini mudah diterjemahkan kepada sesiapa sahaja.Sebagai ulama muda yang sudah berpengalaman 9 tahun menduduki Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, penyampaian dan pendekatan yang dibawa seharusnya menjadi contoh kepada penceramah-penceramah yang lain.

Saturday, June 27, 2009

Prasangka Buruk Orang Melayu Islam.


LONDON : Legenda hidup pop dunia Michael Jackson dikhabarkan telah memeluk agama Islam. Setelah melepas status sebagai pemeluk Saksi Jehovah, Michael Jackson berganti nama menjadi Mikaeel Jackson.

Menurut akhbar Inggeris The Sun, Jacko -nama timangannya Jackson- mengucapkan dua kalimat syahadat di rumah sahabatnya yang juga komposer album terlaris Thriller, Steve Porcaro, di Los Angeles dan dihadiri seorang penyanyi ternama, Yosuf Islam – dulunya bernama Cat Steven sebelum masuk Islam. Dalam momen religius tersebut, Jacko duduk di lantai dengan menggunakan topi kecil berwarna hitam dan dipandu seorang imam. Khabar menghebohkan datang dari King of Pop Michael Jackson. Penyanyi yang akrab disapa Jacko itu disebut-sebut telah memeluk agama Islam.
Jacko memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimat syahadat di rumah temannya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Nama Jacko pun berubah menjadi Mikaeel. "Mikaeel adalah nama salah satu malaikat dalam Islam," ujar seorang sumber. Jacko sebenarnya sempat ditawarkan dengan nama Mustafa, namun ditolaknya .Selepas itu beliau terus sahaja berangkat ke Mekah.Sumber itu juga mengatakan bahawa beliau menyumbang wang ringgit untuk pembinaan masjid di Bahrain.

Ulasan: Berita kematian lagenda pop ini dipaparkan di dada-dada akhbar baik dari dalam negeri maupun luar negeri.Berita televisyen juga memaparkan berita yang sama kerana Micheal Jackson adalah seorang penyanyi yang menggegarkan dunia hiburan antarabangsa.
Penulis tidaklah ingin memuja atau menyanjung hebat penyanyi ini di dalam penulisan kali ini. Namun percakapan-percakapan beberapa teman-teman di masjid ataupun di luar masjid tentang keislaman Micheal Jackson membuatkan penulis rasa terkilan.Persepsi orang-orang kita tentang keislaman seseorang menunjukkan betapa kita tidak merenung kepada sejarah.Ramai yang bertanya, apakah Micheal Jackson itu benar-benar Islam?
Sepatutnya kita bersangka baik dan bersyukur kerana Micheal Jackson pernah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam di akhir bulan November 2008.Ini bermakna beliau sudah hampir 7 bulan menjadi penganut agama Islam.Sejarah pernah membuktikan bagaimana Syaidina Umar al-Khatab yang begitu lantang menentang Islam, akhirnya mendapat hidayah Allah swt dan menganut Islam.Penyanyi Cat Steven juga seorang yang hidupnya penuh dengan maksiat, namun akhirnya Allah swt memilih beliau untuk menemui Islam.Malah ada ramai mubaligh-mubaligh Kristian juga menganut Islam dan menjadi seorang pendakwah yang hebat.
Orang-orang Melayu amat bertuah kerana dilahirkan sebagai umat Islam dari nasab keturunan.Agaknya jika bukan dari nasab keturunan, apakah kita akan Islam?Malah melalui keturunan yang selalu kita banggakan kita telah Islam selama 40, 50, 60 dan 70 tahun.Apakah sumbangan kita kepada Islam dalam jangkamasa umur kita sebegini?Berapa ramai pula golongan kafir yang dapat kita Islamkan?Berapa banyak pula harta yang kita infakkan untuk membangunkan Islam?Adakah tanggungan kita seperti isteri dan anak-anak dididik dengan Islam?
Apalah gunanya kalau kita berbangga dengan keturunan nasab sebagai Islam sedangkan tanggungjawab sebagai umat Islam kita abaikan.Sewaktu bilal-bilal di masjid dan surau melaungkan azan, kita masih lagi bertenggong di kedai kopi bersama-sama rakan-rakan berbual-bual kosong.Jika ada majlis-majlis ilmu di masjid yang diberi secara percuma sekalipun, kita tak pernah hadir, kononnya dah pandai tentang Islam.Kedai-kedai menjual nombor bertuah menjadi kunjungan kita.Pusat-pusat karaoeke dan dangdut adalah tempat kita beristirehat.Inikah dia cara Islam yang kita banggakan dari nasab keturunan kita?
Kita sepatutnya malu dengan mualaf-mualaf yang gigih mempelajari ilmu Islam sehinggakan ada yang boleh menjadi pendakwah dan hafaz Al-Quran.Kita masih bangga dengan keislaman kita sedangkan Al-Quran jarang-jarang kita buka untuk membacanya.Kalau ke masjid pun disebabkan ada sesuatu yang kita inginkan.Contohnya di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, akan kelihatan ramai jemaah baik yang tua hinggalah budak-budak pada malam Juma'at.Ini disebabkan pada malam Juma'at ada hidangan satay, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya yang dihantar oleh beberapa penyumbang.Muka-muka yang jarang-jarang ke masjid akan kelihatan pada malam tersebut kerana ada sesuatu yang diinginkan.Inikah yang kita banggakan Islam kita?
Michael Jackson adalah manusia yang dilahirkan bukan dalam kelompok Islam.Abangnya Jeramain Friday telah menganut Islam pada tahun 1998.Beliau dikatakan sedang mendalami Islam dengan buku-buku yang dibekalkan oleh abangnya sekembalinya beliau dari Mekah.Mungkin beliau belum sempat untuk mendalami sepenuhnya tetapi kuasa Allah menentukan ajalnya telah sampai.Apakah salah jika kita mendoakan seorang kafir itu agar diberikan petunjuk oleh Allah swt?Semoga jasad Michael Jackson akan disemadikan oleh keluarganya mengikut cara-cara Islam kerana beliau telahpun Islam.

Thursday, June 25, 2009

Rasul Dahri Kalah Mati Di Kuala Pilah.

Nak Makan-Makan Boleh.......Nak Berceramah Pergilah Tempat Lain........

KULIAH UST. RASUL DAHRI DIHALANG

Kuliah Ust. Rasul Dahri yang berlangsung di Madrasah Ittiba Is Sunnah pada 21hb. Jun 2009 jam 11.30pagi dihalang oleh sekumpulan penyiasat dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Kuliah yang disampaikan oleh Rasul Dahri terpaksa dihalang kerana beliau tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah di mana-mana sekalipun. Rasul Dahri telah dibawa ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah untuk disoal siasat.

Rasul Dahri dibebaskan pada jam 3.30 petang setelah Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Pilah mengambil keterangan dari beliau.Tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menghalang Rasul Dahri dari menyampaikan kuliahnya adalah satu tindakan yang seharusnya dipuji. Mengikut enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam di seluruh Malaysia, sesiapa yang ingin menyampaikan ceramah agama perlu mendaptkan tauliah agar penyampaian mereka itu tidak memesongkan aqidah umat Islam.Syabas diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dengan tindakan pro-aktif yang dilakukan.Tindakan ini adalah sesuatu yang amat wajar kerana Ittiba As Sunnah adalah markas Wahabi tegar di Kuala Pilah haruslah dibendung.

Monday, June 22, 2009

Ittiba Assunah Kuala Pilah Masih Segar.

Dalam buku Tokoh Ulamak Silam “Dato’ Haji Abdullah Sijang” Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, oleh Wan Ahmad Arshad tahun 2007 menyatakan bahawa Ajaran Hashim A. Ghani dan Ittiba Us Sunnah adalah sesat:-

tokoh-ulamakms39ms40


Allahyarham Hashim Ghani.

"Maka menurut pendapat kami bahawa ibadat Jumaat yang didirikan di Masjid itu banyak dicampuri dengan perkara perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya begitu juga Imam-imam yang Empat. Kami dapati perkara perkara ibadat disitu bercampur gaul dengan bid’ah dari sejak mengambil air sembahyangnya sehinggalah sesudah salamnya, seperti membaca ussali, azan dua kali, membaca Yaa Ma’assiral Muslimin, menaikkan imam, cara-cara kuthbah dan sebagainya.

Yang demikian timbulkan suatu perasaan menurut keyakinan kami bahawa sembahyang kami tidak diyakini sahnya, dan manakala kami merasa tidak sah sembahyang tentulah kami berikhtiar bagi melangsungkan cara ibadat kami dengan sah, kerana kami hendak melakukan ibadat dengan bersih yang tidak dikotori oleh sebarang bid’ah. Kami tidak berkehendak menerbitkan pergaduhan tentang itiqad kami ini, oleh itu kami telah mengambil sikap berasingan dalam ibadat Jumaat ini ditempat yang kami pandang bersih iaitu di Madrasah yang ada itu, yang mana menurut pendapat kami atas dasar Qur’an dan Hadits boleh kami dirikan Jumaat dimana-mana jua di bumi Allah ini, kerana firman Allah di surah Al-Jum’ah itupun tidak menentukan orang mendirikan jamaah Jumaat ditempat tertentu dan berapa bilangannya."

(petikan kata-kata Hashim Ghani ketika disoal oleh Tuan Mufti Negeri Sembilan)

HAJI OTHMAN B.TALIB REMBAU: Orang-orang yang bersepaham dengan Tuan Hashim ini adalah Kaum Muda, Wahaby, faham ini telah merebak dimerata Negeri ini, mereka inilah orang Khawarij, adakah patut kita biarkan merebak? Atau kita hapuskan, saya harap Pejabat Ugama hendaklah menghapus­kan faham ini, kita tidak fikir Syafiei itu membuat silap, kita diperentahkan mengikut Mazhab, lihatlah Firman Tuhan — Fas-alu ahlaz zikri … kalau tuan Hashim dan golongannya benar, cuba jawab!

HAJI OMAR SRI MENANTI (INSPECTOR ZAKAT: KUALA PILAH): Jum’at disurau itu tidak jauh dari Masjid hanya 1 batu sahaja, Cik Hashim ada menerangkan dalilnya ayat Qu­ran, saya mahu bertanya, adakah ini me­nunjukkan sahnya atau wajibnya, kami ber­pendapat bukan menunjukkan sahnya tetapi wajibnya, minta Cik Hashim jawab.

HJ. NORDIN BIN MANAF NAIB KADZI SEREMBAN: Saya berpendapat mendirikan Jum’at di­Surau itu tentulah tidak ada alasan, tuan Mufti telah terangkan tidak boleh Jum’at dua tempat dalam satu Karyah, walhal dia membuat dengan alasan kerana muslihat diri. Pada fikiran saya, ikutlah perjala­nan yang telah dibuat oleh orang-orang dahulu, kerana kita tidak berapa kerat sahaja yang hafaz Quran, kerana ada Ha­dits … Fa kullun min man fi-ittibaa-i ilkhalaf, jangan keluar dari itu.

ulasan: Kalau dulu Almarhum SS Tuan Haji Said Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Othman Bin Taat, Yang DiPertua Hal Ehwal Jabatan Agama N.S dan lain-lain begitu gigih membendung fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Hashim Ghani di Kuala Pilah, namun kini fahaman sebegini seakan tiada apa-apa tindakannya.

Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki sering mengutarakan dalam ceramah-ceramahnya tentang bahaya fahaman Wahabi ini, tetapi dipandang dingin oleh Jabatan Mufti N.S yang ada sekarang.Khabarnya, Rasul Dahri juga dibawa masuk ke Kuala Pilah untuk berceramah tetapi apa tindakan Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Negeri Sembilan?

Siri "Road Show" Jabatan Agama N.S membawa Al-Fadhil Ust. Mahfuz Muhammad ke serata daerah Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah,Jelebu,Senawang,Rasah,Masjid Negeri Seremban dan lain-lain untuk memberi penerangan tentang bahayanya fahaman Wahabi tidak bermakna jika tindakan pro-aktif untuk menyekat fahaman Wahabi ini terus diberi lampu hijau tanpa apa-apa tindakan.Secara terang-terangan sarang mereka di Kuala Pilah tidak dibendung sedangkan fahaman ini pernah diwartakan sesat oleh Dato' Haji Abdullah Bin Haji Sijing.

Friday, June 19, 2009

Syeikh Fuad Al-Maliki Di Surau Muhajirin.




Sempena ulangtahun ke 20 Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Silaturrahim". Dengan nada agak kesal beliau menyatakan betapa rapuhnya hubungan silaturrahim dewasa ini kerana isu-isu khilafiyyah yang diperbesarkan. Beliau menyatakan perlunya kita menghormati cara dan amalan di sesuatu tempat apabila kita berada di tempat itu. Sambil memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang maksudnya " Aku menyeru dengan nama Allah orang yang memutuskan silaturrahim supaya bangun dari kumpulan kami kerana kami mahu berdoa kepada Tuhan kami.Sesungguhnya pintu-pintu langit tertutup bagi orang yang memutuskan silaturrahim". Diriwayatkan oleh al-Tabrani r.a daripada Ibni Mas'ud r.a duduk dalam satu kumpulan selepas Subuh, Rasulullah s.a.w telah bersabda dengan hadis ini.
Sebelum ini Surau al-Muhajirin dipegang oleh puak-puak yang beraliran Wahabi, namun setelah ia diambil-alih oleh pengurusan yang baru maka berlakulah perpecahan kerana fahaman yang berbeza. Selepas solat Isya', penulis sempat berbual seketika dengan Al-Fadhil Syeikh Fuad tentang isu-isu Wahabi yang melanda di negeri kelahiran kami iaitu Negeri Sembilan. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Syeikh Fuad dengan loghat negerinya, ternyata menepis segala tohmahan dan fitnah yang pernah dilontarkan oleh beberapa Pegawai Jabatan Mufti N.Sembilan terhadap beliau. Tohmahan yang mengatakan bahawa beliau seorang yang riak juga ternyata meleset apabila beliau dilihat begitu bersederhana serta begitu mesra dengan semua golongan, tidak kira pangkat dan darjat. Sesungguhnya anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini telah dianugerahkan ilmu oleh Allah swt dan beliau akan senantiasa dihormati dan disegani dengan perwatakannya yang begitu bersederhana.

Wednesday, June 17, 2009

Berdakwah Dengan Berhemah.

Berdakwah adalah satu tuntutan yang wajib bagi setiap umat Islam. Ini tidak kira samada penyampaian dakwah tersebut kepada orang Islam sendiri ataupun yang bukan Islam. Jika kepada orang Islam, maka pendekatan dakwah lebih kepada memberi peringatan dan pesanan agar kita tidak lalai daripada menunaikan tanggung-jawab sebagai umat Islam. Lain pula halnya jika penyampaian dakwah tersebut disampaikan kepada bukan Islam. Bagi yang bukan Islam, cara pendekatan yang lebih mesra dan begitu berhemah perlu diutamakan agar mereka melihat betapa indahnya Islam untuk dianuti. Perkara asas yang perlu disampaikan ialah tentang kepercayaan kita kepada yang satu iaitu Allah swt sambil kita menerangkan betapa besarnya kekuasaan Allah swt ke atas makhluknya. Penulis sempat bersama-sama dalam program berdakwah kepada bukan Islam apabila rombongan mereka membuat lawatan ke Masjid Negeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Pegawai-pegawai masjid telah membawa mereka melihat keindahan Masjid Negeri Shah Alam sambil menyampaikan dakwah secara begitu berhemah sekali. Ikutilah sedikit sedutan yang saya sempat rakamkan.

Monday, June 15, 2009

Mat Rempit, Kacip Fatimah, Tongkat Ali & Minah Kilang.




Apabila disebut keempat-empat nama ini apakah yang akan terfikir di benak fikiran kita?Mat Rempit akan membayangkan anak muda yang membawa motosikal dengan lajunya. Kacip Fatimah adalah herba yang digunakan untuk kepentingan kaum Hawa. Tongkat Ali adalah untuk kekuatan tenaga kaum Adam dan Minah kilang pula adalah gelaran untuk wanita yang bekerja di kilang-kilang.
Sebenarnya ada agenda tersembunyi yang tidak disedari oleh umat Islam khasnya orang-orang Melayu tentang penjenamaan nama-nama tersebut. Penjenamaan-penjenamaan ini sebenarnya jika dikaji dengan teliti, merupakan satu penjenamaan yang menghina umat Islam itu sendiri. Di sini biarlah saya kupas satu persatu tentang penjenamaan-penjenamaan ini mengikut apa yang telah disampaikan oleh seorang Ustaz kepada saya dalam satu sesi kuliah Subuh.

1) MAT REMPIT.

Apabila istilah "MAT" ini digunakan, ia adalah merujuk kepada nama seorang Melayu beragama Islam dari singkatan nama Muhammad. Kalau dipanjangkan ia akan menjadi Muhammad Rempit. Siapakah dia yang bernama Muhammad ini apabila sering ditanya kepada umat Islam? Jawapannya tentulah ia merujuk kepada Nabi kita yang mulia tetapi secara tidak sedar penjenamaan ini telah mengelirukan umat Isam itu sendiri khasnya bangsa Melayu. Ini menunjukkan betapa buruknya perilaku seseorang yang bersingkatan nama MAT yang digambarkan sebagai samseng jalanan.

2) KACIP FATIMAH.

Istilah nama FATIMAH ini juga adalah salah satu penjenamaan rawatan herba Kacip Fatimah untuk wanita khususnya dalam permasalahan tenaga batin. Siapakah dia FATIMAH jika ditanya kepada umat Islam dalam salasilah keturunan Nabi? Jawapannya ialah FATIMAH merupakan anak perempuan Rasulullah s.a.w yang amat baginda kasihi. Kenapa harus nama FATIMAH digunakan dalam penjenamaan rawatan herba ini? Inilah dia satu lagi tipu daya syaitan untuk mengelirukan umat Islam dan orang-orang Melayu.

3) TONGKAT ALI.

Satu lagi penjenamaan rawatan herba yang mengaitkan nama ALI yang digunakan bagi kaum Adam khususnya dalam permasalahan tenaga batin. Siapa pula ALI dalam salasilah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w? Beliau tidak lain ialah menantu Rasulullah s.a.w dan suami kepada Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w. Kenapa nama ALI dikaitkan dalam penjenamaan tersebut? Sekali lagi umat Islam dan bangsa Melayu diperdaya secara halus oleh musuh-musuh Islam dalam penjenamaan sesuatu barangan.

4) MINAH KILANG.

Istilah nama MINAH KILANG ini sebenarnya sudah lama bermain-main dalam benak fikiran umat Islam dan bangsa Melayu. Nama MINAH adalah singkatan kepada nama AMINAH. Jika dikaji secara teliti, nama AMINAH adalah merujuk kepada nama bonda Rasulullah s.a.w sendiri. Kenapa pula nama AMINAH dikaitkan bagi menggambarkan pekerjaan gadis-gadis di kilang?Ia pula disingkatkan dengan panggilan MINAH bagi mengaburi mata hati umat Islam dan orang-orang Melayu sendiri.

Kesimpulannya, penjenamaan-penjenamaan ini adalah salah satu tipu helah golongan tertentu kepada umat Islam dan bangsa Melayu sendiri. Adalah lebih baik pihak-pihak tertentu seperti Persatuan Pengguna Islam mengkaji penjenamaan-penjenamaan ini secara halus dan menukar nama-nama ini kepada nama-nama yang lain agar ia tidak berhubung-kait dengan keturunan dan salasilah Rasulullah s.a.w. Kelalaian kita sebagai umat Islam telah diperbodohkan oleh golongan -golongan tertentu sehingga kita sendiri tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah ditipu oleh golongan-golongan tertentu dalam penjenamaan-penjenamaan ini. Istilah-istilah ini adalah diperjelaskan oleh salah seorang pegawai JAWI sewaktu menyampaikan kuliah Subuh di salah sebuah masjid. Apakah istilah ini secara kebetulan ataupun disengajakan, maka kajian terperinci harus dilakukan.

Thursday, June 11, 2009

Wahabi Taman Sri Ukay Takut Pada Yasin.


Post subject: Kuliah di Surau al-Muhajirin Taman Sri Ukay
Semasa cuti sek kuliah rehat. Akan bersambung
pada 20 may 09 - Ust Rasyid dan 27 May 09 Ust Ariff. Ust Ariff akan pergi mengerjakan Umrah.

Dpt info dari kariah SAM, mesyuarat pemilihan AJK baru mcm dah kena hijack dgn org2 yg tak sealiran. Sama2lah kita berdoa agar kuliah2 sunnah dpt d teruskan.

Program yasin dan tahlil akan dibuat di SAM oleh bakal AJK baru kot x salah ana next week. Ada tampal kat bulletin board.
Sekian utk makluman. Camna ni?

Post subject: Kuliah di Surau al-Muhajirin Taman Sri Ukay


musibah melanda ni...kita ditimpa musibah.

Di atas ialah community forum yang diadakan dalam al-fikrah.net yang dianggotai oleh beberapa pengikut-pengikut Wahabi. Sejak pengambilalihan Surau al-Muhajirin oleh Ahli Jawatankuasa yang baru, nampaknya puak-puak Wahabi menjadi semakin panas tak senang duduk apabila mengetahui bacaan Yassin akan diadakan di surau tersebut pada malam Juma'at. Selama ini Surau al-Muhajirin menjadi sarang penceramah-penceramah beraliran Wahabi walaupun tanpa tauliah membawa fahaman bahawa bacaan Yassin pada malam Juma'at adalah bida'ah. Kini nampaknya dengan kuasa yang digunakan oleh pihak JAIS melantik AJK yang baru telah membuatkan pengikut-pengikut tegar Wahabi semakin tak senang duduk. Ini adalah satu perkembangan yang amat baik bagi penduduk-penduduk Taman Sri Ukay yang dahagakan amalan-amalan sunat yang selama ini telah dibida'ah oleh penceramah-penceramah beraliran Wahabi. Tahniah untuk penduduk Taman Sri Ukay dan JAIS atas usaha ini.

Tuesday, June 9, 2009

DAP Dan PKR sokong Sister In Islam.

DAP pandang serius desakan haramkan SIS

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

PKR minta PAS timbang semula usul terhadap SIS

Sehubungan itu, Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.

Melihat kepada kedua-dua tajuk keratan daripada Malaysiakini di atas, ternyata ada pihak yang cuba menjadikan umat Islam di negara ini kepada fahaman liberal yang dibawa oleh Sister In Islam. Setiausaha DAP, Teresa Kok tidak sepatutnya masuk campur dalam soal yang melibatkan aqidah umat Islam kerana beliau sendiri tidak faham apa-apa tentang permasalahan aqidah. Dalam soal mempertahankan aqidah, tidak ada kompromi sehingga seseorang itu boleh sewenang-wenangnya bebas bersuara. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana Islam mempunyai batas-batas yang melibatkan hukum-hakam yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran. Inilah dia perlembagaan dan undang-undang yang seharusnya diguna-pakai oleh umat Islam dalam kehidupan seharian. Apabila fahaman umat Islam cuba dipesongkan kononnya atas dasar kebebasan, maka fahaman ini seharusnya ditentang oleh umat Islam sendiri. Contohnya, apabila hukum menutup aurat wajib dipatuhi oleh umat Islam, adakah hukum tersebut boleh diketepikan atas dasar kebebasan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli SIS. Seharusnya PAS sebagai parti yang memperjuangkan agenda Islam menegur rakan-rakannya dalam Pakatan agar tidak cuba mencampuri urusan aqidah umat Islam.
Bagi Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub pula seakan-akan mempunyai pandangan yang sama dengan Teresa Kok. Sebagai umat Islam, beliau seharusnya peka dengan agenda yang cuba dibawa oleh Sister In Islam. Apakah beliau merasakan kebebasan bersuara itu perlu dalam soal aqidah? Apakah beliau juga mahu agama Islam dijadikan satu fahaman liberal dengan mengenepikan aqidah umat Islam? Kalau dilihat kepada agenda SIS, terlalu banyak fahaman yang cuba diketengahkan bertentangan dengan tuntutan Islam itu sendiri. SIS cuba memperjuangkan agar martabat kaum wanita diberi sama rata dengan kaun lelaki, maka tidak hairankan apabila Aminah Wadood menjadi Imam untuk solat Juma'at di New York. Laungan azan pula dilakukan oleh kaum wanita. Apakah fahaman ini juga nak dibawa ke negara kita oleh DAP dan PKR? Sekali lagi PAS yang dikatakan memperjuangkan agama Islam tidak seharusnya bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang dilihat cuba mempertahankan fahaman songsang yang dibawa oleh Sister In Islam.

Sunday, June 7, 2009

Haramkan Pertubuhan Sister In Islam.

Wajah-Wajah Yang Menegakkan Sister In Islam.


Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 yang bermula sejak Jumaat lalu di Shah Alam.

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut - merangkumi hal-hal politik, organisasi dan kepimpinan, agama, sosial dan hubungan serantau.

ulasan: Sebelum ini saya pernah menulis tentang bahayanya pergerakan SIS dan perlu diambil tindakan.Penafsiran ayat-ayat Al-Quran dilakukan oleh mereka-mereka yang bukan dari ahlinya. Pergerakan ini juga cuba menjadikan Islam sebagai fahaman liberal yang akan menjerumus kepada kerosakan aqidah umat Islam. Saya menyokong penuh dengan saranan muktamar PAS untuk dikaji serta mengharamkan pergerakan Sister In Islam.

Tuesday, June 2, 2009

Wahabi Tolak Amalan Cukur Jambul.

Masalah Mencukur Jambul: Adakah Suatu Bid'ah?

Terdapat setengah golongan yang menimbulkan bahawasanya, amalan cukur jambul adalah bid'ah kerana amalan tersebut tidak ada sandarannya dari Nabi s.a.w.. Setengahnya menyatakan bahawa amalan cukur yang warid ialah amalan cukur secara keseluruhannya, bukan sebahagiannya sahaja. Walau apapun, kalau diperhatikan dalam pengamalan kita, memanglah mereka mencukur keseluruhannya, tetapi amalan itu dilakukan selepas daripada selesai majlis mencukur jambul. Ini kerana, masa yang ada amat terbatas, untuk mencukur rambut bayi yang masih lembut kulitnya. Ia perlu dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil masa yang panjang.

Amalan mencukur jambul ini sebenarnya adalah warid daripada Nabi s.a.w., di antaranya apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Umar bin Abdil Barr. Maka menurut perkataan Abu Umar tersebut, mencukur rambut bayi yang baru lahir di ketika hari aqiqah, maka para ulama' menganggap amalan tersebut adalah suatu yang sunat, dan amalan ini thabit dari Nabi s.a.w. di dalam hadith aqiqah yang bermaksud: "(bayi tersebut) dicukur rambutnya dan diberi nama kepadanya".

Al-Khallal telah berkata di dalam Al-Jami'e, di dalam menyebut tentang mencukur rambut kanak-kanak dan bersedekah dengan timbangan rambutnya, bahawasanya telah dikhabarkan kepadanya dari Muhammad bin Ali Fana Soleh bahawasanya, bapanya berkata: sunat mencukur rambut di hari yang ketujuh.

Hanbal berkata, bahawa dia mendengar bapanya Abdullah berkata, dicukur rambut kanak-kanak itu. Dikatakan bahawa, Fatimah r.a. mencukur rambut Saidina Al-Hasan dan Saidina Al-Husein, lalu bersedekah dengan timbangan rambutnya.sekadar satu timbangan emas.

Diriwayatkan dari Imam Malik dalam Al-Muwattho', dari Ja'far bin Muhammad, dari bapanya, bahawasanya dia berkata: "Fatimah telah menimbang rambut Al-Hasan, Al-Husein, Zainab dan Ummu Kalthum, lalu bersedekah dengan timbangan rambut itu dengan emas.

Abdul Razzak berkata bahawasanya, Ibn Juraij memberitahu kami bahasanya, beliau mendengar Muhammad bin Ali berkata: "Fatimah binti Rasulullah s.a.w. tidak melahirkan anak, melainkan diperintahkan dengan mencukur rambut anak-anak tersebut dan bersedekah dengan nilai berat timbangan rambutnya itu dengan emas.

Kesimpulannya, dengan ini, amalan yang dilakukan oleh kita adalah suatu amalan yang baik dan wajar diteruskan dan mereka yang menolaknya adalah mereka yang berfahaman kaum muda atau telah diresapi dengan fahaman salafi moden.

Wallahu a'lam…

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil