Tuesday, June 9, 2009

DAP Dan PKR sokong Sister In Islam.

DAP pandang serius desakan haramkan SIS

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

PKR minta PAS timbang semula usul terhadap SIS

Sehubungan itu, Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.

Melihat kepada kedua-dua tajuk keratan daripada Malaysiakini di atas, ternyata ada pihak yang cuba menjadikan umat Islam di negara ini kepada fahaman liberal yang dibawa oleh Sister In Islam. Setiausaha DAP, Teresa Kok tidak sepatutnya masuk campur dalam soal yang melibatkan aqidah umat Islam kerana beliau sendiri tidak faham apa-apa tentang permasalahan aqidah. Dalam soal mempertahankan aqidah, tidak ada kompromi sehingga seseorang itu boleh sewenang-wenangnya bebas bersuara. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana Islam mempunyai batas-batas yang melibatkan hukum-hakam yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran. Inilah dia perlembagaan dan undang-undang yang seharusnya diguna-pakai oleh umat Islam dalam kehidupan seharian. Apabila fahaman umat Islam cuba dipesongkan kononnya atas dasar kebebasan, maka fahaman ini seharusnya ditentang oleh umat Islam sendiri. Contohnya, apabila hukum menutup aurat wajib dipatuhi oleh umat Islam, adakah hukum tersebut boleh diketepikan atas dasar kebebasan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli SIS. Seharusnya PAS sebagai parti yang memperjuangkan agenda Islam menegur rakan-rakannya dalam Pakatan agar tidak cuba mencampuri urusan aqidah umat Islam.
Bagi Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub pula seakan-akan mempunyai pandangan yang sama dengan Teresa Kok. Sebagai umat Islam, beliau seharusnya peka dengan agenda yang cuba dibawa oleh Sister In Islam. Apakah beliau merasakan kebebasan bersuara itu perlu dalam soal aqidah? Apakah beliau juga mahu agama Islam dijadikan satu fahaman liberal dengan mengenepikan aqidah umat Islam? Kalau dilihat kepada agenda SIS, terlalu banyak fahaman yang cuba diketengahkan bertentangan dengan tuntutan Islam itu sendiri. SIS cuba memperjuangkan agar martabat kaum wanita diberi sama rata dengan kaun lelaki, maka tidak hairankan apabila Aminah Wadood menjadi Imam untuk solat Juma'at di New York. Laungan azan pula dilakukan oleh kaum wanita. Apakah fahaman ini juga nak dibawa ke negara kita oleh DAP dan PKR? Sekali lagi PAS yang dikatakan memperjuangkan agama Islam tidak seharusnya bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang dilihat cuba mempertahankan fahaman songsang yang dibawa oleh Sister In Islam.

2 comments:

Priceless to Refuse said...

Salam Ukhwah,

SIS merupakan satu pertubuhan yang memperjuangkan fahaman liberal dlm Islam, saya amat gusar dengan anasir sebegini, namun dengan corak pemikiran rakyat Malaysia yg lebih berpaksikan barat, fahaman ini mudah diterima terutama oleh golongan muda yg taksub dengan dunia melalaikan.

Harap pertubuhan Islam, perlu mencari pendekatan terbaik dalam membendung penularan wabak ini, seumpama menularnya wabak AIDS.

Bagi sy sy tidak mahu mengulas mengenai PKR, cuma PKR bknlah landasan untuk umat Islam di Malaysia bergantung harap.

Ibnu Ali said...

nasionalis + liberalis + sosialis + komunis + ayah pin + SIS + UMNO = sesat

(TG Nik Aziz dah buka kuliah Muqaranah Al Adyan, Milal wal Nihal rakyat Malaysia kena sambut)