Sunday, June 7, 2009

Haramkan Pertubuhan Sister In Islam.

Wajah-Wajah Yang Menegakkan Sister In Islam.


Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 yang bermula sejak Jumaat lalu di Shah Alam.

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut - merangkumi hal-hal politik, organisasi dan kepimpinan, agama, sosial dan hubungan serantau.

ulasan: Sebelum ini saya pernah menulis tentang bahayanya pergerakan SIS dan perlu diambil tindakan.Penafsiran ayat-ayat Al-Quran dilakukan oleh mereka-mereka yang bukan dari ahlinya. Pergerakan ini juga cuba menjadikan Islam sebagai fahaman liberal yang akan menjerumus kepada kerosakan aqidah umat Islam. Saya menyokong penuh dengan saranan muktamar PAS untuk dikaji serta mengharamkan pergerakan Sister In Islam.

No comments: