Monday, June 22, 2009

Ittiba Assunah Kuala Pilah Masih Segar.

Dalam buku Tokoh Ulamak Silam “Dato’ Haji Abdullah Sijang” Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, oleh Wan Ahmad Arshad tahun 2007 menyatakan bahawa Ajaran Hashim A. Ghani dan Ittiba Us Sunnah adalah sesat:-

tokoh-ulamakms39ms40


Allahyarham Hashim Ghani.

"Maka menurut pendapat kami bahawa ibadat Jumaat yang didirikan di Masjid itu banyak dicampuri dengan perkara perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya begitu juga Imam-imam yang Empat. Kami dapati perkara perkara ibadat disitu bercampur gaul dengan bid’ah dari sejak mengambil air sembahyangnya sehinggalah sesudah salamnya, seperti membaca ussali, azan dua kali, membaca Yaa Ma’assiral Muslimin, menaikkan imam, cara-cara kuthbah dan sebagainya.

Yang demikian timbulkan suatu perasaan menurut keyakinan kami bahawa sembahyang kami tidak diyakini sahnya, dan manakala kami merasa tidak sah sembahyang tentulah kami berikhtiar bagi melangsungkan cara ibadat kami dengan sah, kerana kami hendak melakukan ibadat dengan bersih yang tidak dikotori oleh sebarang bid’ah. Kami tidak berkehendak menerbitkan pergaduhan tentang itiqad kami ini, oleh itu kami telah mengambil sikap berasingan dalam ibadat Jumaat ini ditempat yang kami pandang bersih iaitu di Madrasah yang ada itu, yang mana menurut pendapat kami atas dasar Qur’an dan Hadits boleh kami dirikan Jumaat dimana-mana jua di bumi Allah ini, kerana firman Allah di surah Al-Jum’ah itupun tidak menentukan orang mendirikan jamaah Jumaat ditempat tertentu dan berapa bilangannya."

(petikan kata-kata Hashim Ghani ketika disoal oleh Tuan Mufti Negeri Sembilan)

HAJI OTHMAN B.TALIB REMBAU: Orang-orang yang bersepaham dengan Tuan Hashim ini adalah Kaum Muda, Wahaby, faham ini telah merebak dimerata Negeri ini, mereka inilah orang Khawarij, adakah patut kita biarkan merebak? Atau kita hapuskan, saya harap Pejabat Ugama hendaklah menghapus­kan faham ini, kita tidak fikir Syafiei itu membuat silap, kita diperentahkan mengikut Mazhab, lihatlah Firman Tuhan — Fas-alu ahlaz zikri … kalau tuan Hashim dan golongannya benar, cuba jawab!

HAJI OMAR SRI MENANTI (INSPECTOR ZAKAT: KUALA PILAH): Jum’at disurau itu tidak jauh dari Masjid hanya 1 batu sahaja, Cik Hashim ada menerangkan dalilnya ayat Qu­ran, saya mahu bertanya, adakah ini me­nunjukkan sahnya atau wajibnya, kami ber­pendapat bukan menunjukkan sahnya tetapi wajibnya, minta Cik Hashim jawab.

HJ. NORDIN BIN MANAF NAIB KADZI SEREMBAN: Saya berpendapat mendirikan Jum’at di­Surau itu tentulah tidak ada alasan, tuan Mufti telah terangkan tidak boleh Jum’at dua tempat dalam satu Karyah, walhal dia membuat dengan alasan kerana muslihat diri. Pada fikiran saya, ikutlah perjala­nan yang telah dibuat oleh orang-orang dahulu, kerana kita tidak berapa kerat sahaja yang hafaz Quran, kerana ada Ha­dits … Fa kullun min man fi-ittibaa-i ilkhalaf, jangan keluar dari itu.

ulasan: Kalau dulu Almarhum SS Tuan Haji Said Bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Othman Bin Taat, Yang DiPertua Hal Ehwal Jabatan Agama N.S dan lain-lain begitu gigih membendung fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Hashim Ghani di Kuala Pilah, namun kini fahaman sebegini seakan tiada apa-apa tindakannya.

Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki sering mengutarakan dalam ceramah-ceramahnya tentang bahaya fahaman Wahabi ini, tetapi dipandang dingin oleh Jabatan Mufti N.S yang ada sekarang.Khabarnya, Rasul Dahri juga dibawa masuk ke Kuala Pilah untuk berceramah tetapi apa tindakan Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Negeri Sembilan?

Siri "Road Show" Jabatan Agama N.S membawa Al-Fadhil Ust. Mahfuz Muhammad ke serata daerah Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah,Jelebu,Senawang,Rasah,Masjid Negeri Seremban dan lain-lain untuk memberi penerangan tentang bahayanya fahaman Wahabi tidak bermakna jika tindakan pro-aktif untuk menyekat fahaman Wahabi ini terus diberi lampu hijau tanpa apa-apa tindakan.Secara terang-terangan sarang mereka di Kuala Pilah tidak dibendung sedangkan fahaman ini pernah diwartakan sesat oleh Dato' Haji Abdullah Bin Haji Sijing.

4 comments:

SOCCER FANATIC said...

Blog yang amat menarik!

For more info on soccer, pls visit http://www.aptconnections.blogspot.com/

For more links on technology, pls visit www.yasthirah.com

HAPPY BLOGGING!

PakLongChup said...

apa nak buat tuan. Masyarakat termasuk para ustaz2 pun dah fanatik kepada politik. Perkara yang dibuat oleh ustaz2 yang tidak sefaham dalam politik dengan mereka akan dibantah, difitnah dan diperlekehkan. Cth Syeikh Fuad,beliau tidak cenderung dengan mana2 parti politik dan cuba membenteras wahabi. Akibatnya dia difitnah untuk bersekongkol dengan MB (lihat blog: lobaikamping.blogspot.com).

Hakikatnya dia orang tidak tahu bahawa fahaman wahabi dan syiah menular dengan hebatnya di KL & Selangor terutama di IPTS/IPTA.

Siapa yang nak dipersalahkan apabila anak2 kita sendiri kelak menentang amalan dan pegangan kita?

Daud Mili said...

salam,korang xnak lawan syiah ke??...asyik lawan wahabbi jek...syiah dah makin ramai nih...tolong la...aku sendiri xmampu berdebat ngan diorang..ramai sangat kawan2 aku beralih ke syiah...tolong weh....sekeliling kita ramai yang bertaqiah...tolongg..!!...~

ciku said...

Mengepa tuan petik perdebatan tersebut sekerat sahaja? Kenapa tidak disiarkan sepenuhnya? Apa hujjah tuan dari sumber agama dalam soal ini? Hanya kosong dan mempunyai hasad tertentu.