Saturday, June 27, 2009

Prasangka Buruk Orang Melayu Islam.


LONDON : Legenda hidup pop dunia Michael Jackson dikhabarkan telah memeluk agama Islam. Setelah melepas status sebagai pemeluk Saksi Jehovah, Michael Jackson berganti nama menjadi Mikaeel Jackson.

Menurut akhbar Inggeris The Sun, Jacko -nama timangannya Jackson- mengucapkan dua kalimat syahadat di rumah sahabatnya yang juga komposer album terlaris Thriller, Steve Porcaro, di Los Angeles dan dihadiri seorang penyanyi ternama, Yosuf Islam – dulunya bernama Cat Steven sebelum masuk Islam. Dalam momen religius tersebut, Jacko duduk di lantai dengan menggunakan topi kecil berwarna hitam dan dipandu seorang imam. Khabar menghebohkan datang dari King of Pop Michael Jackson. Penyanyi yang akrab disapa Jacko itu disebut-sebut telah memeluk agama Islam.
Jacko memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimat syahadat di rumah temannya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Nama Jacko pun berubah menjadi Mikaeel. "Mikaeel adalah nama salah satu malaikat dalam Islam," ujar seorang sumber. Jacko sebenarnya sempat ditawarkan dengan nama Mustafa, namun ditolaknya .Selepas itu beliau terus sahaja berangkat ke Mekah.Sumber itu juga mengatakan bahawa beliau menyumbang wang ringgit untuk pembinaan masjid di Bahrain.

Ulasan: Berita kematian lagenda pop ini dipaparkan di dada-dada akhbar baik dari dalam negeri maupun luar negeri.Berita televisyen juga memaparkan berita yang sama kerana Micheal Jackson adalah seorang penyanyi yang menggegarkan dunia hiburan antarabangsa.
Penulis tidaklah ingin memuja atau menyanjung hebat penyanyi ini di dalam penulisan kali ini. Namun percakapan-percakapan beberapa teman-teman di masjid ataupun di luar masjid tentang keislaman Micheal Jackson membuatkan penulis rasa terkilan.Persepsi orang-orang kita tentang keislaman seseorang menunjukkan betapa kita tidak merenung kepada sejarah.Ramai yang bertanya, apakah Micheal Jackson itu benar-benar Islam?
Sepatutnya kita bersangka baik dan bersyukur kerana Micheal Jackson pernah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam di akhir bulan November 2008.Ini bermakna beliau sudah hampir 7 bulan menjadi penganut agama Islam.Sejarah pernah membuktikan bagaimana Syaidina Umar al-Khatab yang begitu lantang menentang Islam, akhirnya mendapat hidayah Allah swt dan menganut Islam.Penyanyi Cat Steven juga seorang yang hidupnya penuh dengan maksiat, namun akhirnya Allah swt memilih beliau untuk menemui Islam.Malah ada ramai mubaligh-mubaligh Kristian juga menganut Islam dan menjadi seorang pendakwah yang hebat.
Orang-orang Melayu amat bertuah kerana dilahirkan sebagai umat Islam dari nasab keturunan.Agaknya jika bukan dari nasab keturunan, apakah kita akan Islam?Malah melalui keturunan yang selalu kita banggakan kita telah Islam selama 40, 50, 60 dan 70 tahun.Apakah sumbangan kita kepada Islam dalam jangkamasa umur kita sebegini?Berapa ramai pula golongan kafir yang dapat kita Islamkan?Berapa banyak pula harta yang kita infakkan untuk membangunkan Islam?Adakah tanggungan kita seperti isteri dan anak-anak dididik dengan Islam?
Apalah gunanya kalau kita berbangga dengan keturunan nasab sebagai Islam sedangkan tanggungjawab sebagai umat Islam kita abaikan.Sewaktu bilal-bilal di masjid dan surau melaungkan azan, kita masih lagi bertenggong di kedai kopi bersama-sama rakan-rakan berbual-bual kosong.Jika ada majlis-majlis ilmu di masjid yang diberi secara percuma sekalipun, kita tak pernah hadir, kononnya dah pandai tentang Islam.Kedai-kedai menjual nombor bertuah menjadi kunjungan kita.Pusat-pusat karaoeke dan dangdut adalah tempat kita beristirehat.Inikah dia cara Islam yang kita banggakan dari nasab keturunan kita?
Kita sepatutnya malu dengan mualaf-mualaf yang gigih mempelajari ilmu Islam sehinggakan ada yang boleh menjadi pendakwah dan hafaz Al-Quran.Kita masih bangga dengan keislaman kita sedangkan Al-Quran jarang-jarang kita buka untuk membacanya.Kalau ke masjid pun disebabkan ada sesuatu yang kita inginkan.Contohnya di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, akan kelihatan ramai jemaah baik yang tua hinggalah budak-budak pada malam Juma'at.Ini disebabkan pada malam Juma'at ada hidangan satay, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya yang dihantar oleh beberapa penyumbang.Muka-muka yang jarang-jarang ke masjid akan kelihatan pada malam tersebut kerana ada sesuatu yang diinginkan.Inikah yang kita banggakan Islam kita?
Michael Jackson adalah manusia yang dilahirkan bukan dalam kelompok Islam.Abangnya Jeramain Friday telah menganut Islam pada tahun 1998.Beliau dikatakan sedang mendalami Islam dengan buku-buku yang dibekalkan oleh abangnya sekembalinya beliau dari Mekah.Mungkin beliau belum sempat untuk mendalami sepenuhnya tetapi kuasa Allah menentukan ajalnya telah sampai.Apakah salah jika kita mendoakan seorang kafir itu agar diberikan petunjuk oleh Allah swt?Semoga jasad Michael Jackson akan disemadikan oleh keluarganya mengikut cara-cara Islam kerana beliau telahpun Islam.

No comments: