Friday, June 19, 2009

Syeikh Fuad Al-Maliki Di Surau Muhajirin.




Sempena ulangtahun ke 20 Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Silaturrahim". Dengan nada agak kesal beliau menyatakan betapa rapuhnya hubungan silaturrahim dewasa ini kerana isu-isu khilafiyyah yang diperbesarkan. Beliau menyatakan perlunya kita menghormati cara dan amalan di sesuatu tempat apabila kita berada di tempat itu. Sambil memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang maksudnya " Aku menyeru dengan nama Allah orang yang memutuskan silaturrahim supaya bangun dari kumpulan kami kerana kami mahu berdoa kepada Tuhan kami.Sesungguhnya pintu-pintu langit tertutup bagi orang yang memutuskan silaturrahim". Diriwayatkan oleh al-Tabrani r.a daripada Ibni Mas'ud r.a duduk dalam satu kumpulan selepas Subuh, Rasulullah s.a.w telah bersabda dengan hadis ini.
Sebelum ini Surau al-Muhajirin dipegang oleh puak-puak yang beraliran Wahabi, namun setelah ia diambil-alih oleh pengurusan yang baru maka berlakulah perpecahan kerana fahaman yang berbeza. Selepas solat Isya', penulis sempat berbual seketika dengan Al-Fadhil Syeikh Fuad tentang isu-isu Wahabi yang melanda di negeri kelahiran kami iaitu Negeri Sembilan. Keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh Syeikh Fuad dengan loghat negerinya, ternyata menepis segala tohmahan dan fitnah yang pernah dilontarkan oleh beberapa Pegawai Jabatan Mufti N.Sembilan terhadap beliau. Tohmahan yang mengatakan bahawa beliau seorang yang riak juga ternyata meleset apabila beliau dilihat begitu bersederhana serta begitu mesra dengan semua golongan, tidak kira pangkat dan darjat. Sesungguhnya anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini telah dianugerahkan ilmu oleh Allah swt dan beliau akan senantiasa dihormati dan disegani dengan perwatakannya yang begitu bersederhana.

No comments: