Tuesday, June 30, 2009

Syeikh Fuad al-Maliki - Pejuang Sunnah Sejati.

Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki.

Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin al-Maliki dilahirkan pada 16hb. September 1974. Dalam jangkamasa umur 35 tahun, beliau merupakan golongan muda yang memperjuangkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan begitu lantang sekali.Kegigihan dan ilmu yang dimiliki oleh Syeikh Fuad al-Maliki disegani oleh kawan dan lawan dengan cara penyampaian ilmunya yang begitu berkesan.Maka dengan itu tidak hairanlah apabila jadual pengajian dan ceramahnya senantiasa saja penuh kerana kehebatan anak muda dari Rembau ini menyampaikan ceramahnya meninggalkan kesan mendalam kepada para pendengar.
Sewaktu menyampaikan ceramahnya sempena sambutan Ma'al Hijrah yang bertempat di Sekolah Adni Kuala Lumpur, beliau telah membidas beberapa golongan yang tidak mahu memahami apa itu "Bida'ah".Perkataan yang begitu mudah boleh difahami oleh orang tempat beliau di Rembau, sedangkan orang di Kuala Lumpur masih nak mempertikaikannya.Selain itu beliau juga menyelar para penceramah yang berapi-api berucap mengatakan itu dan ini semuanya bidaah.Beliau juga membawa kata-kata Imam Ahmad, jika seseorang hendak menjadi Mufti perlu menghafal sekurang-kurangnya 400 ribu hadis.Beliau mencabar jika ada yang menghafal sebanyak itu di Malaysia ini, beliau akan mengucup kaki orang tersebut.
Syeikh Fuad juga mempersilakan sesiapa yang tidak mahu mengikut Mazhab al-Syafie agar memilih bumi lain kerana Selangor adalah bumi Syafie.Dengan nada selamba beliau membidas golongan-golongan sarjana yang sering mendabik dada dengan kelilmuan yang mereka miliki sehingga tidak mahu lagi mengikut Mazhab Shafie.
Sebenarnya pendekatan yang dibawa oleh Syeikh Fuad al-Maliki ini amat sesuai untuk difahami oleh orang-orang awam yang mendengarnya.Walaupun ada juga penceramah-penceramah lain yang mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun adakalanya ia terlalu berbentuk ilmiah yang sukar difahami oleh orang-orang awam.Rata-rata sesiapa sahaja yang mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Fuad al-Maliki akan terkesan kerana penyampaian dan pendekatan yang dibawa oleh ulama muda ini mudah diterjemahkan kepada sesiapa sahaja.Sebagai ulama muda yang sudah berpengalaman 9 tahun menduduki Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, penyampaian dan pendekatan yang dibawa seharusnya menjadi contoh kepada penceramah-penceramah yang lain.

No comments: