Thursday, July 2, 2009

Astro Jadi Agen Wahabi.

Astro Oasis yang dikatakan banyak menyiarkan rancangan-rancangan berbentuk agama rupa-rupanya berselindung dengan rancangan yang lebih cenderung ke arah Wahabiyyah.Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri telah dijemput untuk mengendalikan rancangan Bahtera Perubahan yang kononnya sebagai satu langkah yang berani untuk merubah minda umat Islam ke arah pemikiran Islam yang sebenar.Inilah dia yang pernah dikatakan oleh Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki, golongan "sarjana" yang banyak mengerjakan perbuatan bida'ah membida'ahkan orang lain.
Dr Asri sewaktu memegang jawatan Mufti Perlis sering menimbulkan kontroversi dengan pemikirannya yang lebih banyak berpandukan fahaman Ibn Taimiyah.Malah beliau juga sering bertentangan pendapat dengan JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Mufti-Mufti yang lain.Banyak amalan-amalan umat Islam yang sejak dahulu lagi mengikut ajaran ulama-ulama muktabar sering dituduh sebagai bidaah oleh Dr Asri.Ini termasuklah bagi amalan membaca Selaway Syifa' untuk tujuan perubatan, dituduh sebagai perbuatan syirik.Amalan sewaktu Nisfu Sya'aban juga dikatakan sebagai amalan yang tidak ada nas dan sebagainya.
Pihak Astro sepatutnya lebih berhati-hati untuk menerbitkan sesuatu rancangan keagamaan kerana ini akan menjadikan orang-orang awam lebih bercelaru dengan pemikiran yang dibawa oleh Dr Asri.Sepatutnya pihak Astro merujuk ulama-ulama atau Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum memilih seseorang yang diketahui banyak menimbulkan kontroversi dalam memberikan pandangan.Umat Islam yang menonton rancangan-rancangan agama terbitan mana-mana telivisyen juga perlulah berhati-hati agar tidak cepat terpengaruh hinggakan sanggup membidaahkan amalan-amalan yang telah disepakati oleh ulama-ulama terdahulu.Rancangan ini yang bermula pada 3hb Julai 2009 sebanyak 13 episod akan disiarkan pada jam 7.30 malam.Bagus juga Astro memilih waktu siarannya pada 7.30 malam kerana waktu itu umat Islam yang beriman sedang sibuk untuk menunaikan solat Maghrib.Kalau kita berjemaah di masjid, maka akan terselamatlah kita dari menonton rancangan ini.Bagi yang sibuk nak menonton telivisyen pada waktu tersebut, faham-faham ajalah antara sembahyang atau tidak mereka ini.

4 comments:

Lukhman Al-Muhazin said...

Salam, Ustaz.

Mungkin di Semenanjung, ya besar kemungkinan ramai yang tidak menyaksikannya. Tetapi bagaimana dengan kami di Kepulauan Borneo ini? Waktu Maghrib di sini setengah jam lebih awal daripada di KL (kira2 pukul 6.50 petang). Dan waktu Isyak kira-kira pukul 8 p.m.?

melang said...

ohh sudah hebat WAHABI ia sudah berada dimana-mana sekarang, kaum terikat kini amat kepanasan buntut, sekarang semua agen wahabi astro agen wahabi, universiti agen wahabi, semuanya agen wahabiiii

melang said...

sila buka komen, anda seorang opputunis, kaum tarikat berpura-pura dan tidak berani menghadapi kenyataan, agama bukan angan-angan dan khayalan

lan said...

melulu dalam memberi hujah, sangka baik la pada Astro.. apa masalahnya bila ada rancangan baik pun ditenatang