Saturday, July 11, 2009

Lagi Buku Tolak Wahabi.


Klik untuk baca.
Buku terbitan Pustaka Mujaddid hasil tulisan Tengku Zulkarnain ini adalah untuk menjawab buku tulisan Abdurrahman Al-Mukaffi yang bertajuk Rapot Merah AA Gym di Penjara Tasawuf.Buku yang ditulis oleh Tengku Zulkarnain bertajuk Ajaran Sesat sememangnya baik isi kandungannya.Sememangnya Wahabi menolak pengajian Tasawuf dan sering mengkritik golongan Sufi.
Di sini ingin saya menulis serba sedikit mengenai kandungan buku Ajaran Sesat ini yang begitu keras menghentam puak-puak Wahabi.Di antaranya ialah "Musyrik....hadis daif....khurafat....dan banyak lagi yang keluar dari mulut mereka.Tapi sayang Allah tidak pernah menurunkan wahyu bahawa sesuatu hadis itu daif, Nabi tidak pernah bersabda mendaifkan sesuatu hadis, sahabat nabi tidak pernah mendaifkan hadis.Tohmahan mereka terhadap perawi hadis itu bukan wahyu dari Allah.Itu pendapat yang datang dari bumi, buatan manusia yang kebenarannya tidak pasti".
Banyak hujah-hujah penolakan Wahabi yang ditulis di dalam buku ini dan ia adalah begitu tepat sekali kerana golongan Wahabi seringkali mendaifkan sesuatu hadis.
Buku ini seharusnya dimiliki oleh semua umat Islam bagi mengetahui penyelewengan yang dilakukan oleh Wahabi terhadap agama kita.Ia juga sebagai senjata dan hujah untuk kita menentang puak-puak yang sering membida'ahkan amalan-amalan terpuji yang selama ini kita amalkan.

2 comments:

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum tuan,

Dimana saya boleh mendapatkan buku ini ? JazakaLLah.

Hamba Allah. said...

Waalaikumussalam IbnuNafis, Kalau anta solat Jumaat di Masjid Muaz Bin Jabar, Setiawangsa, ada penjual buku yg banyak menjual buku menolak fahaman Wahabi termasuk buku ini.