Tuesday, August 18, 2009

Majlis Fatwa Perlu Bertindak.


Muhyiddin minta Majlis Fatwa ulas tuduhan Nik Aziz

18/08/2009 4:48pm

PUTRAJAYA 18 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh UMNO tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah dan apakah pula hukumnya.

“Saya dah cakap akan keluarlah fatwa-fatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

“Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.

“Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus,” katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof. Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.

Ini adalah permintaan Timbalan Perdana Menteri yang merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Nampaknya ulama-ulama dijadikan rujukan apabila ada perkara-perkara berbangkit seperti ini. Kenapa tak nak rujuk ulama kepada perkara-perkara yang lain. Ada banyak perkara yang menyanggah dengan nilai-nilai Islam sepatutnya dirujuk juga kepada ulama dan bukan hanya perkara-perkara terpilih sahaja.

Perkara-perkara seperti Konsert Jom Heboh, Akedemi Fantasia, Malaysia Idol, Geng Starz, Mentor, One In A Million dan berbagai-bagai lagi yang telah melibatkan umat Islam secara keseluruhannya seharusnya dirujuk juga pada ulama-ulama untuk difatwakan hukumnya. Begitu juga dengan penganjuran konsert sambutan Tahun Baru, Hari Merdeka dan entah apa-apa lagi, kenapa tak dirujuk dengan ulama adakah ia dibolehkan dalam Islam. Begitu juga dengan pakaian artis-artis yang menjolok mata, filem-filem yang menyumbang kepada maksiat, rujuk jugalah dengan ulama dan minta Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan Fatwa.

Kalau kita nak jadi orang Islam, maka kena ambil keseluruhannya dalam Islam. Kita tidak boleh sekerat Islam, sekerat lagi tak Islam. Kalau pakai tudung bagi wanita, kena pakai betul-betul yang menutup aurat dan bukannya pakai sekerat-sekerat seperti apa yang ditampilkan oleh beberapa pemimpin wanita Islam. Ini juga perlu dikeluarkan Fatwa biar mereka faham sebab mereka baca Quran tapi tak faham isi kandungannya tentang hukum-hakam tak guna juga. Majlis Fatwa Kebangsaan mestilah menjadi badan yang berkecuali dalam hal ini dan tidak berpihak dengan mana-mana parti politik. Jika apa yang dikatakan oleh Dato' Nik Aziz itu ada asasnya, perlu juga dikaji kenapa beliau berkata begitu. Kalau lain yang dikata dan lain yang dilaporkan maka Majlis Fatwa Kebangsaan kena juga keluarkan Fatwa tentang fitnah dalam penulisan oleh akhbar.

1 comment:

Demang Lebar Daun said...

1) Sebagai seorang yang dianggap ulama', Nik Aziz perlu memikirkan implikasi kata-katanya. Tuduhan terhadap sesama Islam itu sangat berat.

2) Kenapa saudara lari kan tajuk utama ke tajuk sampingan? Kalau tindakan Nik Aziz itu tidak betul, katakan sahaja tidak betul. Bukannya melarikan persoalan kepada tajuk baru iaitu majlis fatwa perlu keluarkan fatwa untuk Jomheboh dsbnya.

3) Nampaknya para ulama' amat suka berpecah belah. Apa masalah mereka sebenarnya? Lihat isu Wahabi, Syiah, Sunnah dll. Masing2 mendakwa mereka shj yang betul.

Mereka amat jahil dalam berdakwah! Langsung tidak tahu pendekatan berhemah dan berhikmah.