Friday, September 18, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Tinggal Masjid.

Tinggal sehari sahaja lagi umat Islam akan berpuasa dalam bulan Ramadhan iaitu pada Hari Sabtu 19/09/09. Pada Hari Ahad 20/09/09, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Idilfitri. Nampaknya di penghujung Ramadhan ini masjid-masjid mulai lengang, mungkin ramai di antara warga kota yang pulang ke kampung. Namun tak mungkin semua balik kampung sampai setahun? Ini disebabkan bila tiba Ramadhan barulah masjid-masjid dikunjungi oleh umat Islam. Selepas Hari raya nanti, tengoklah, hanya dua atau tiga saf aja jemaah dalam satu-satu masa.
Dalam masa bulan Ramadhan kali ini, saya membuat satu penelitian agak terperinci, kenapakah masjid-masjid agak kosong selepas ini. Mungkin penelitian yang saya buat ini agak kurang betul namun ia juga boleh dijadikan satu alasan, kenapakah masjid-masjid kurang dikunjungi. Rupa-rupanya kemesraan di antara para jemaah dengan jemaah, antara petugas masjid dengan jemaah, sikap berpuak-puak dan sebagainya menjadi sebab musabab kenapakah masjid kurang dikunjungi. Berbeza dengan tempat ibadat yang bukan Islam seperti di gereja seperti yang kita tonton di dalam kaca telivisyen, kemesraan di antara mereka terpancar begitu hebat sekali.
Adakalanya sikap berpuak-puak di dalam masjid menjadikan kita tidak begitu senang. Manakan tidak, bila nak bersalam untuk berpisah langsung tak ada rasa silaturrahim, jika orang yang bersalam dengan kita memandang dan berbuial-bual dengan orang lain. Orang yang kita salam bukanlah musuh, tetapi disebabkan kita bukanlah di kalangan kroninya maka salam tak payahlah nak pandang-pandang muka. Ini termasuklah petugas-petugas masjid sendiri yang merasa sudah hebat hinggakan tak menghiraukan jemaah yang bukan gengnya.
Jika inilah sikap yang ditunjukkan oleh umat Islam yang menjadi petugas di masjid-masjid, maka tahulah saya kenapakah masjid-masjid senantiasa lengang tak seperti rumah ibadat yang bukan Islam. Kalau yang jadi Imam, yang jadi Bilal pun susah nak senyum, maka lupakan sajalah hasrat untuk menrik orangramai datang ke masjid.

1 comment:

hikmatun said...

Assalaamu'alaikum w.b.t.. Saya amat setuju dengan saudara. Kerana sifat berpuak , perli dan masam muka itu lah yang membuatkan tidak khusyuk solat di masjid, dan membuatkan ramai jemaah lari.

Ada pulak yang buat masjid tu macam rumah dia sndr, kononnya orang dari puak lain solat di situ, dibuatnya seperti perli2 hehe kesiaan

Saya tak marah ni, cuma terkilan dengan sikap sesama Islam kita, yang payah nak merendah diri dan senyum antara satu sama lain, apa lagi sayang menyayang antara satu sama lain, biasanya sikap pentingkan diri dan keluarga semata itu yang diamalkan


Salam ukhuwwah dari saya. Salam Aidil Fitri, taqobbalallahu minkum :)