Monday, November 2, 2009

Asri Bukan Kebal Undang-Undang.

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay dekat sini, malam ini.Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas keterangannya diambil hampir sejam di balai polis Ulu Klang.Sebelum ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.Dianggarkan, terdapat kira-kira 100 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri kira-kira sejam, sebelum beliau dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

ulasan: Penahanan Asri oleh JAIS sepatutnya membuka mata orangramai yang terlalu taksub dengan fahaman yang dibawa oleh beliau. JAIS telah menjalankan tugas dengan cemerlang setelah mengkaji implikasi buruk yang menimpa umat Islam dengan fahaman-fahaman yang diajar oleh Asri. Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang didukung dengan ikutan Mazhab Shafie yang berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka jika ada individu yang ingin mengamalkan fahaman yang tidak sealiran dengan fahaman Mazhab Shafie dipersilakan mencari tempat lain untuk mengamalkan fahaman mereka. Negeri Selangor juga tidak rela umat Islam yang ingin beramal dengan amalan yang telah dipersetujui oleh jumhur ulama' diganggu-gugat oleh individu seperti Asri dengan tuduhan bida'ah, sesat, syirik dan sebagainya.

1 comment:

timan said...

Sauatu pemikiran kolat lagi bodoh tuan, cari tempat lain jika selain Mazhab Syafiei???? Bagaimana Mazhab Hambali? Bagaimana Maliki ? Dan l;ain-lain?? Dari mana tuan dapat perintah negara ini hanya untuk mereka yang bermazhab Syafiei?? Tuan jadikan nafsu tuan sebagai pedoman!!!