Tuesday, November 3, 2009

JAIS vs ASRI.

vs
Berita penangkapan Dr. Asri semakin mendapat liputan yang begitu meluas di media-media tempatan.Malah komentar-komentar yang menghentam pihak JAIS juga semakin hebat sehinggakan melibatkan beberapa pemimpin-pemimpin parti politik. Yang memberi sokongan baik yang faham tentang agama (kalau tak tutup aurat tu tak fahamlah tu) ataupun yang senantiasa bersama Dr. Asri juga turut menyerang JAIS. Kali ini JAIS dikatakan berdepan dengan beberapa pemimpin-pemimpin parti politik dan beberapa NGO kerana tindakannya menahan Dr Asri.
Dalam ramainya orang yang memberi sokongan kepada Dr Asri, rasanya tak ada seorang pun agamawan seperti Mufti ataupun ulama-ulama yang mengeluarkan kata-kata. Apakah mereka setuju atau tidak dengan tindakan JAIS ini masih menjadi tanda-tanya kerena tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang diambil pendapatnya oleh para wartawan. Kebanyakan yang diambil kenyataan hanyalah mereka-mereka yang sememangnya menyokong tindak-tanduk Dr Asri menyampaikan kuliahnya.
Tindakan pihak JAIS ini sebenarnya amatlah perlu kepada penjelasan sebenar tentang penahanan Dr Asri pada malam tersebut. Selain dikatakan "tidak mempunyai tauliah", rasanya ada sesuatu yang perlu diperjelaskan oleh pihak JAIS kepada orangramai. Dr Asri senantiasa memberi pandangan yang berbeza apabila berbicara tentang bab-bab khilafiyah. Sememangnya berbeza pendapat itu dibolehkan dalam Islam, namun kecelaruannya ialah menghukum sesuatu amalan dengan mengatakan ianya bidaah, syirik dan sebagainya perlu dihentikan oleh beliau. Jika beliau tidak suka dengan amalan-amalan yang telah lama disepakati oleh ulama-ulama terdahulu tidak mengapa, tetapi mengajak orangramai turut tidak menyukainya dengan tuduhan-tuduhan yang berat amatlah tidak wajar. Kenapakah beliau seringkali mengutarakan permasalahan khilafiyah sedangkan terlalu banyak hal-hal lain yang perlu disentuh. Dr Asri pernah mengkritik pihak JAIS kerana melakukan intipan untuk menangkap pasangan yang berkhalwat. Maka dengan itu pihak JAIS juga mempunyai kuasa untuk menghalang Dr Asri berceramah di Selangor kerana ia adalah di bawah undang-undang yang sedia ada di Negeri Selangor.
Kebanyakan yang menyokong Dr Asri hanyalah mendengar ceramahnya tanpa menghayati apa kandungan ceramahnya. Maka dengan itu, bagi mereka apa yang Dr Asri nak cakap suka hati dialah tanpa ada perasaan untuk menyelami kata-kata dari Dr Asri. Untuk itu sama-samalah kita dengar petikan Dr Asri.


(Asri perli Dato' Dr. Haron Din.)


(Asri perlekeh Syed Jaafar Barzanji).

4 comments:

arsenalezz said...

Jom yahudi & nasrani bergembira dengan pergaduhan org islam.. haha.. gaduh laa sama2 kamu, org yahudi dan nasara sedang bergembira!.. orang suruh ikut nabi dia nak ikut pak sheikh, pak ustat, pak kiai, pak puk pok al-habib jewel, al-karkuun!! pahtu dok gaduh pasal sifat Allah.. bodo la org melayu nih!.. Allah kata begini, dia pi takwil "begitu-begini", Allah kata begitu, dia pi berfalsafah "begini-begitu".. last2 skali JAIS tuhan, Ayah pin tuhan, Kahar tuhan... bodo org melayu nih!!

dah tak nak ikut nabi ikut lah yahudi nasara!.. bagus tu!!! pakat2 sesat bagus2...

arsenalezz said...

apa pulak yg salahnya Asri cakap? fitnah apa kebendanya.. tak da pun??? betul la yg dia cakap tuh!!! kitab al-barzanji ni banyak yg tak betul..

cek laa (dlm kitab al-barzanji):

يا ماحي الذنوب
(dikatakan Nabi tu: wahai penghapus dosa)

... no komen... kalau hang pandai b. arab silakan komen..

timan said...

Syabas Ust Asri, bongkar kesesatan Tarikat yang beragama dengan hayalan, berdasar kepada kata-kata ulamak mereka sahaja, buka dalil Qur'an dan Hadits Nabi. Syabas Ust. Asri.

lokman said...

cukup2lah fitnah org...