Friday, January 29, 2010

Gadai Nama Allah Demi Politik.



Demi Politik, Kalimah Allah DiGadai.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Syirik adalah perbuatan menyamakan atau menyekutukan Allah SWT dengan makhluk dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, kepercayaan, perbuatan dan iktikad. Para ulama membahagikan syirik kepada dua kategori iaitu syirik akbar (besar) dan syirik asghar (kecil). Syirik besar seperti menyekutukan Allah secara terang-terangan termasuk menyembah sesuatu selain Allah atau menyamakan kuasa Allah dengan makhluk. Manakala syirik kecil seperti riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia dan sebagainya.

Apa yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah ada segelintir orang Islam yang sanggup mencadangkan supaya pengunaan kalimah-kalimah Islam termasuk nama Allah SWT dibenarkan pengunaannya oleh orang yang bukan Islam. Mimbar amat bimbang cadangan tersebut boleh terjerumus dalam perbuatan syirik. Tiada faedah seseorang itu beribadat siang dan malam, jika imannya rosak dan dipengaruhi oleh unsur-unsur syirik, perbuatan syirik hanya akan menghalang seseorang mukmin dari mendapat keredaan dan syurga Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72, maksudnya:

Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan syirik adalah berdosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT dan tempat mereka di akhirat nanti adalah di neraka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap bahawa iman sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah paduan antara keyakinan di hati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Ini bermakna kepercayaan tanpa diikuti dengan amal ibadah, atau tanpa meninggalkan maksiat, maka belum dikira sempurna iman.


Petikan di atas adalah teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk dibaca pada 29/01/2010. Sebelum ini juga, Prof. Dato' Haroon Din al-Hafiz telah menerangkan bahawa akan jadi kufur jika kita membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian. Terpulanglah kepada kita untuk menilai samada ingin mengikut kata-kata ahli politik yang mendahului politiknya daripada agama atupun nak dengar nasihat daripada ulama. Kalau nak selamat dunia dan akhirat, kita berpeganglah kepada kata-kata ulama agar aqidah kita tidak terpesong.


Thursday, January 28, 2010

Internal Security Act - ISA.

PUTRAJAYA 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan hanya 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.

Menurut beliau, penahanan tersebut membabitkan sembilan orang warganegara asing dan seorang rakyat tempatan.

‘‘Semua kegiatan terorisme yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas antarabangsa merupakan ancaman kepada negara.

‘‘Sama ada mereka merancang melakukan di sini atau di luar negara, selagi (pengganas) berada dalam kawasan kita, ini menjadi bidang kuasa kita dan kita serius dalam menangani terorisme,” tegas beliau.

Kesemua mereka yang ditahan diberitakan oleh Malaysiakini sedang mengikuti kelas agama di Sungai Cincin, Gombak, Selangor. Kerajaan nampaknya harus menyiasat apakah fahaman yang dianuti oleh kesemua mereka yang ditahan ini. Jika mereka berfahaman sebagai pelampau agama, maka kerajaan harus membendung gejala menyebarkannya dari terus merebak di negara ini. Ini disebabkan pelampau agama yang bertindak sebagai teroris sering menghalalkan darah umat Islam yang lain untuk dibunuh.

Kerajaan telah bertindak dengan tangkas kerana kita tidak mahu negara ini terjadinya pengeboman yang sering berlaku di Indonesia kerana fahaman pelampau agama ini. Saya tidak berani untuk mengaitkan mana-mana fahaman, namun gejala seperti ini harus disiasat dengan begitu rapi oleh pihak polis.

Selain itu juga pihak berkuasa mesti bertindak tegas terhadap kumpulan atau individu yang mencemarkan nama negara dengan melakukan kerosakan-kerosakan di rumah-rumah ibadat, samada gereja ataupun masjid. Mereka ini juga dilihat sebagai mengancam keselamatan negara kerana bertindak untuk menghuru-harakan keharmonian perpaduan kaum yang sudah lama terpupuk. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin politik yang cuba menjadi jaguh dengan memburuk-burukkan imej negara ke luar negara. Tindakan pencegahan terpaksa digunakan agar keharmonian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama tidak diganggu-gugat oleh pemimpin-pemimpin politik yang mendahulukan partinya daripada kepentingan agama.

Tuesday, January 26, 2010

Al-Fatihah Buat Teman Seperjuangan.

Allahyarhamah Puan Aryna.

Pemergian Puan Aryna ke Rahmahtullah amat dirasai oleh pejuang-pejuang yang menegakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tulisan-tulisannya di dalam blog "muhasabah diri" begitu menyentuh jiwa, begitu juga dengan komentar-komentar yang beliau lontarkan demi mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemergian beliau ke Rahmahtullah pada 24/01/2010 Hari Ahad telah mengejutkan beberapa kenalannya baik yang pernah bertemu atau tidak pernah bertemu dengan beliau. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Sekalung takziah juga buat suami, anak-anak serta saudara mara beliau.


Monday, January 25, 2010

Hina Sultan, Hina Islam.

YB Khalid Samad telah mempertahankan agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian dengan mengatakan enakmen Islam yang dikuatkuasakan sebagai ketinggalan zaman. Ini secara terang telah menghina titah Sultan Selangor sewaktu hari keputeraan baginda yang menyatakan bahawa kalimah Allah adalah milik umat Islam.Sebagai seorang ahli Parlimen yang tinggal di Negeri Selangor, sepatutnya beliau mesti akur dengan titah Sultan selagi ia tidak bersalahan dengan hukum syarak.



Video yang dipaparkan di atas juga adalah satu lagi bentuk penghinaan terhadap institusi raja di negara ini.Video pertama menunjukkan bantahan penduduk Johor terhadap blogger aduka taruna yang terang-terang menghina Almarhum Sultan Johor.Ini menunjukkan betapa biadapnya blogger tersebut apatah lagi menghina orang yang telah pergi menyahut seruan Illahi.Apakah ini adab yang dikatakan seseorang yang memperjuangkan Islam melalui Parti Islam?Perbuatan seumpama ini terlalu jijik sedangkan kita diajar agar tidak mengatakan apa-apa keburukan terhadap saudara Islam yang sudah meninggal dunia.Malah kita dituntut untuk mendoakan kebaikan bagi roh-roh yang telah pergi menemui Allah.
Video seterusnya juga memperlihatkan seorang pemimpin politik sanggup menggadai aqidahnya demi mempertahankan kepentingan politiknya untuk meraih sokongan daripada mereka yang terang-terangan menolak Islam.Ini juga merupakan satu penghinaan terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan yang secara tidak langsung membelakangi perlembagaan negara yang mempersetujui Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam.
Yang menjadi persoalan di sini ialah tentang penggunaan kalinah Allah dan bukannya kebebasan beragama.Apakah dengan kebebasan beragama yang dibenarkan maka kita juga membenarkan kalimah suci umat Islam iaitu "Allah" dipergunakan sewenang-wenangnya?
Kerajaan yang memerintah seharusnya bertindak lebih tegas terhadap mereka-mereka yang mencabar titah perintah Raja-Raja Melayu.Di sini tidak timbul tentang fahaman politik, tetapi yang lebih jelas ialah mempertahankan kesucian agama Islam dan intitusi diraja.Adalah amat malang jika kepentingan politik didahulukan dengan menggadai maruah institusi diraja serta aqidah umat Islam.

Monday, January 18, 2010

Menteri Lupa Peranan Yang DiPertuan Agong.

Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang
Jan 18, 10 3:00pm

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun.

Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

ulasan: Kenyataan Datuk Seri Mohd Nazri ini nampaknya seakan-akan dia lupa akan peranan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Negara Malaysia. Inilah padahnya jika menteri sendiri tak faham tentang agama tapi berlagak seperti menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam negara ini.
Walaupun negeri-negeri seperti Sabah, Serawak, P,Pinang dan Wilayah Persekutuan tidak bersultan namun keempat-empat negeri ini masih tertakluk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Apakah motif sebenar Datuk Seri Mohd Nazri beriya-iya sangat nak membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah di negeri-negri yang tidak bersultan? Apakah negeri-negeri ini tidak mempunyai Mufti untuk menentukan arah tuju Islam untuk rakyatnya? Sepatutnya menteri ini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini dan sepatutnya merujuk dahulu perkara ini bersama-sama jemaah menteri yang ada. Nampaknya Perdana Menteri perlu menegur perbuatan menterinya ini yang hanya pandai-pandai mengeluarkan kenyataan sedangkan begitu jahil dalam kata-katanya.

Sunday, January 17, 2010

Sekitar Muzakarah Ulama Se-Malaysia.





Muzakarah Ulama Se-Malaysia - Dalam Menangani Isu Aqidah Dan Syariah telah diadakan di D'Palma Hotel Kuala Lumpur pada 17/01/2010 bermula jam 9.00 pagi-5.00 petang. Di antara pembentang kertas kerja yang dijemput untuk menyampaikan maklumat kepada hadirin ialah al-Fadhil Ustaz Mahfuz Bin Muhammad al-Khalil (Fahaman Aqidah Yang Bertentangan Dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah), Al-Fadhil Ustaz Dr. Abdul Aziz Hanafi (Isu-Isu Berkaitan Fiqh Dan Masalah Khilafiyah) dan al-Fadhil Ustaz Zamihan Bin Mat Zin al-Ghari (Perkembangan Semasa Aliran Yang Bertentangan Dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
Sebelum itu kata-kata aluan majlis telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Syed Hussein al-Habshee dan perasmian telah dilakukan oleh Pengarah JAKIM iaitu Yang Berbahagia Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz.
Para hadirin yang turut sama dalam majlis ini terdiri daripada para Mufti, Timbalan Mufti, Ahli Majlis Fatwa Negeri-Negeri, Para Ulama dan Ilmuan Islam, Tuan Guru Pondok, Pendakwah serta Guru-Guru Agama.
Selepas selesai pembentangan kertas kerja oleh ketiga-tiga ahli panel, maka muzakarah pun bermula dengan penuh adab dalam menyampaikan usul-usul untuk diketengahkan. Di antara mereka termasuklah Dr. Uthman Muhamadiy, Dato' Noh Gadut, Dato' Hassan Ahmad (Mufti Pulau Pinang), Tuan Guru Haji Salleh dan beberapa lagi tokoh-tokoh ilmuan Islam.
Adalah diharap agar matlamat muzakarah yang diadakan ini mencapai objektifnya terutama sekali untuk disampaikan kepada Ketua Agama dan pihak yang berwajib bagi membendung penyebaran fahaman aqidah/fiqh yang mengelirukan.
Muzakarah tertutup ini yang dianjurkan bersama oleh Institut Silsilah Assadah, Yayasan Al Sofa, Pertubuhan Kebajikan Al Jamiatul Khairah Selangor & Wilayah Persekutuan, Madrasah Islamiah Jenderam, Persatuan Intelektual Warisan Islam diharap dapat dijadikan satu muzakarah tahunan demi memartabatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.
Segala isi kandungan dalam muzakarah ini tidak dapat disiarkan dalam blog ini dan biarlah ianya dibawa oleh pihak penganjur ke meja perundingan bersama Ketua Agama, pihak berwajib dan lain-lain lagi.

Saturday, January 16, 2010

khutbah Jumaat 15/01/2010.


Setelah berbagai-bagai kejadian yang tidak diingini berlaku berhubung dengan penggunaan kalimah Allah, akhirnya khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM bertajuk "Akidah Benteng Kekuatan Ummah" dibaca oleh khatib. Mungkin ada yang sering berpendapat kalimah Allah tersebut boleh digunakan oleh golongan Kristian tidak suka mendengar khutbah tersebut dan berpendapat bacaan khutbah tersebut dibaca disebabkan oleh arahan pihak berwajib.Nampaknya pihak yang begitu taksub dengan pegangan politik mereka masih belum nampak implikasi buruknya jika kalimah Allah ini dibenarkan penggunaannya oleh golongan Kristian.Di bawah ini biarlah saya sertakan dengan beberapa dakyah serta penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Kristian dengan kalimah suci "Allah".


Kedua-dua gambar di atas menunjukkan kepada kita betapa biadapnya golongan Kristian mempersendakan kalimah-kalimah suci umat Islam. Sayangnya apabila ada umat Islam sendiri tidak faham dengan syahadah yang diucapkannya kerana keperibadian mereka tidak menonjolkan diri mereka sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah. Semua ketetapan dalam Al-Quran diperlekehkan, larangan Allah dipersendakan, maka golongan Kristian ini mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam itu sendiri. Ada juga yang dilihat seolah-olah mempertahankan kalimah suci ini dengan tindakan ganas yang tidak mencerminkan keperibadian Islam sebenar.Oleh itu, untuk mempertahankan kalimah suci ini daripada dinodai oleh golongan Kristian, sewajibnya umat Islam memperkukuhkan pegangan akidah mereka berteraskan ajaran Rasulullah s.a.w yang berpandukan kepada Al-Quran. Dampingilah majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama-ulama muktabar agar diri kita tidak diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.

Monday, January 11, 2010

Khutbah Jumaat 08/01/2010.


Teks khutbah yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM bertajuk "Akidah Benteng Kekuatan Ummah" nampaknya tidak dibaca oleh kebanyakan khatib-khatib di beberapa masjid di Lembah Kelang. Amat malang sekali kerana ada jabatan agama yang takut untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah daripada terus dipergunakan sewenang-wenangnya oleh golongan Kristian.
Kebanyakan masjid-masjid di Lembah Kelang hanya membaca teks khutbah yang lama bertajuk "Jangan Lepas Dari Genggaman" yang menyentuh isu kesesatan Haji Kahar dan Ayah Pin. Isu ini sudah lama ditangani oleh pihak berkuasa sehingga tertangkapnya Rasul palsu Haji Kahar. Begitu juga dengan penempatan Ayah Pin yang telahpun dimusnahkan dan beliau tetap menjadi buruan pihak berkuasa agama.
Amat malang sekali apabila sidang hadirin Jumaat dihidangkan dengan bacaan khutbah yang lama kerana ada isu semasa yang begitu penting perlu diperjelaskan kepada semua umat Islam melalui bacaan khutbah. Isu semasa yang menyentuh akidah umat Islam diganggu-gugat oleh golongan Kristian berkenaan dengan kalimah Allah sepatutnya dibaca oleh khatib-khatib yang menaiki mimbar. Apakah pihak jabatan dan khatib-khatib takut untuk mempertahankan kalimah Allah sehingga mengalihkan bacaan khutbah dengan isu-isu yang sudah selesai?
Diberitakan hanyalah Masjid Negara sahaja yang membacakan khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM sehinggakan Imam yang menyampaikannya menjadi sebak sewaktu membacakan doa untuk mempertahankan kalimah Allah yang agung. Kalau pihak Kristian berani mencabar umat Islam menuntut kalimah Allah dikongsi bersama, apakah kita takut untuk mempertahankannya?Mempertahnkan kalimah Allah ini juga tidak sepatutnya ditunjukkan dengan tindakan ganas sehingga merosakkan rumah ibadat mereka. Ini juga timbul satu persoalan disebalik dalang yang bertindak ganas sebegini. Segalanya berkemungkinan dengan seribu persoalan.Siapakan dalang-dalang ini?Biarlah isu sebegini disiasat oleh pihak berkuasa dengan mengheret dalang-dalang tersebut ke muka pengadilan.

Thursday, January 7, 2010

Bukti Penyelewengan Nama Allah.

Bertanda Hijau,"Allah Bapa Kita, Dan Tuhan Yesus Kristus".
Bertanda Hijau,"Inilah pesan dari Anak Allah, yang mataNya bernyala-nyala seperti api, dan kakiNya berpijar seperti tembaga dibakar".

Kedua-dua contoh penyelewengan penggunaan nama Allah ini dilakukan dalam kitab Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Indonesia. Apakah kita sanggup melihat nama Allah ini digunakan dalam risalah dan Bible yang dialih kepada Bahasa Malaysia ditulis sedemikian rupa?Kalau dilihat dalam risalah yang pertama, mereka mengatakan,"Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberi berkat dan sejahtera kepada mu".Siapakah Tuhan yang sebenarnya dalam tulisan ini, Allah ataupun Yesus? Begitu juga dengan risalah yang kedua yang mengatakan "Anak Allah".Apakah yang dimaksudkan dengan "Anak Allah"?
Bagi orang Kristian, ini bukanlah satu penyelewengan kerana itulah fahaman yang mereka anuti.Namun jika risalah seperti ini disebarkan oleh mubaligh-mubaligh mereka yang aktif bergerak ke sana kemari mencari pengikut-pengikut baru terutamanya remaja Islam yang tidak faham tentang agama Islam, maka siapakah yang harus kita persalahkan.Jika kita membaca buku yang ditulis oleh Ustaz Ann Wan Seng bertajuk,"Murtad, Jangan Pandang Sebelah Mata", maka kita akan lebih terdedah dengan gejala yang amat membimbangkan ini.Tepuk dada, tanyalah Iman, apakah muslihat golongan Kristian ini beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Pertahankan Kalimah Allah.





Isu kalimah Allah ini semakin menjadi tajuk di mana-mana media baik akhbar elektronik,media cetak,internet, blog-blog dan sebagainya.Berbagai-bagai reaksi yang dikeluarkan oleh beberapa pertubuhan samada daripada badan politik, NGO, individu dan sebagainya.
Dalam isu yang sensitif sebegini, saya lebih memihak kepada pandangan orang yang lebih 'alim dan diketahui tentang ilmunya daripada menerima pakai pandangan orang yang taksub dengan pegangan partinya.Selain itu juga, isu penggunaan kalimah Allah ini telahpun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 5hb.Mei-7hb.Mei 2008 bertempat di Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah.(Bil.Muzakarah Kali Ke-82).Hujah menolak penggunaan kalimah Allah oleh Kristian ini juga diperkukuhkan lagi dengan kenyataan terbaru di http://www.islam.gov.my/portal/ dalam web JAKIM.
Adalah amat malang sekali apabila ada pihak yang menganggap isu ini sengaja dipolitikkan sedangkan ia adalah isu yang perlu ditangani bersama demi mempertahankan hak umat Islam yang sebenar.Dengan hujah-hujah seperti mengatakan jika golongan Kristian mengatakan bahawa "Allah yang menjadikan bumi", "Allah yang menurunkan hujan" apakah kita harus menolaknya dengan menyuruh mereka mengatakan "Patung Budha yang menciptakan bumi","Tokong yang menurunkan hujan", adalah satu hujah yang amat dangkal sekali.Bagaimana jika golongan Kristian ini menggunakan kalimah Allah dengan mengatakan "Allah Merahmati Kamu Semua" kerana mengikuti ajaran dari Kitab Bible.Bagaimana pula jika mereka mengatakan "Allah telah menurunkan seorang Rasul untuk kamu ikuti" dengan berpandukan kepada Nabi Isa a.s dan menolak ajaran Muhammad s.a.w?Inilah implikasi yang berkemungkinan akan terjadi maka sebelum ianya terjadi, maka lebih baiklah dicegah.
Saya bukanlah seorang hafiz yang memahami keseluruhan isi kandungan di dalam Al-Quran.Namun saya lebih suka merujuk tentang perkara sebegini kepada ulama-ulama senior yang telahpun diperakui keilmuannya baik dari kalangan sahabat ataupun kalangan musuhnya.Adakalanya kita terpaksa mengenepikan kepentingan politik dan bersatu demi memertabatkan Islam seperti apa yang dilakukan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haroon Din.Soalnya siapakah yang sebenarnya yang suka mempolitikkan isu-isu semasa hingga sanggup menggadai maruah perjuangan Islam dan bersekongkol dengan musuh Islam.Lu fikirlah sendiri.......

Tuesday, January 5, 2010

AWAS!!!!!! Cara Solat Wahabi.


Cara Solat Wahabi.(min 1.16 - 1.35)

Jawapan Kepada Solat Wahabi.


Cara Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat Yang Betul.


Monday, January 4, 2010

Laporan Polis Terhadap Dr. Asri.


Tidak beradab dalam menyampaikan ilmu.

Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Persatuan Jamalullail Perak terhadap kebiadaban Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri yang menghina golongan syed dalam ceramahnya.Sebelum ini Persatuan Jamalullail yang mewakili keturunan Syed di Malaysia telah meminta Dr Asri untuk memohon maaf secara terbuka di atas kebiadabannya menghina keturunan Syed.
Inilah dia satu contoh kebiadaban seorang tokoh agama yang pernah disuarakan oleh Dr Uthman Muhamaddiy dalam siri al-Kuliyah yang turut disertai oleh Dr Asri. Janganlah disebabkan dengan gelaran Dr. yang memiliki PhD, kita sudah merasa diri begitu hebat sehinggakan sanggup menghina golongan lain.Persatuan Jamalullail juga akan bertindak menyaman Dr Asri akibat keceluparannya menghina keturunan Syed. Nampaknya Dr Asri bukan sahaja berhadapan dengan tindakan saman balas RM100 juta daripada Ustaz Zamihan al-Ghari, namun berkemungkinan akan disaman juga oleh Persatuan Jamalullail. Syabas diucapkan kepada Persatuan Jamalullail kerana bertindak tegas dalam hal sebegini.

Friday, January 1, 2010

Wahabi Kena Belasah Di Puchong Perdana.

Sebagai mengakhiri berlabuhnya Tahun 2009, satu program ceramah perdana mengenai isu Wahabi telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Hj Zamihan Bin Hj. Mat Zin al-Ghari telah membelasah puak-puak Wahabi dengan hujah-hujah serta bukti-bukti tentang bahayanya fahaman Wahabi jika ia dibiarkan berleluasa.
Ceramah yang memakan masa selama 2 1/2 jam yang bermula pada pukul 8.00 dan berakhir pada 10.30 malam telah memberi kefahaman yang begitu jelas kepada sidang hadirin yang ada.
Di antara tokoh-tokoh Wahabi yang disebut membawa fahaman yang melampau ialah Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri, Rasul Dahri, Hashim Ghani, Hasan Bandung, Syeikh Abd Hadi dan beberapa tokoh dari luar negara.Dengan menggunakan paparan slide, Ustaz Zamihan telah berjaya menunjukkan bukti-bukti kukuh tentang bahayanya fahaman Wahabi ini di negara kita yang cuba dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang disebut. Saya sempat merakamkan beberapa siri ceramah yang dibentangkan oleh al-Ghari untu paparan Youtube sebagai tatapan orangramai yang tidak berkesempatan mengikuti ceramah beliau. Tajuk ceramah di Youtube ialah, "Ustaz Zamihan Mat Zin-Fahaman Wahabiy". Kesemua siri tersebut mengandungi 17 video.
Pihak penganjur Masjid As-Salam telah memberi kerjasama yang begitu baik, begitu juga dengan penduduk tempatan.Saya juga telah diberi kesempatan untuk mewar-warkan kepada sidang jemaah untuk sama-sama menghadiri program solat gerhana bulan yang diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur.Rata-rata keseluruhan jemaah yang hadir berpuashati dan berazam untuk tidak membenarkan puak-puak Wahabi untuk cuba mempengaruhi penduduk-penduduk Puchong Perdana. Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.