Friday, January 29, 2010

Gadai Nama Allah Demi Politik.



Demi Politik, Kalimah Allah DiGadai.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Syirik adalah perbuatan menyamakan atau menyekutukan Allah SWT dengan makhluk dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, kepercayaan, perbuatan dan iktikad. Para ulama membahagikan syirik kepada dua kategori iaitu syirik akbar (besar) dan syirik asghar (kecil). Syirik besar seperti menyekutukan Allah secara terang-terangan termasuk menyembah sesuatu selain Allah atau menyamakan kuasa Allah dengan makhluk. Manakala syirik kecil seperti riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia dan sebagainya.

Apa yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah ada segelintir orang Islam yang sanggup mencadangkan supaya pengunaan kalimah-kalimah Islam termasuk nama Allah SWT dibenarkan pengunaannya oleh orang yang bukan Islam. Mimbar amat bimbang cadangan tersebut boleh terjerumus dalam perbuatan syirik. Tiada faedah seseorang itu beribadat siang dan malam, jika imannya rosak dan dipengaruhi oleh unsur-unsur syirik, perbuatan syirik hanya akan menghalang seseorang mukmin dari mendapat keredaan dan syurga Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72, maksudnya:

Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan syirik adalah berdosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT dan tempat mereka di akhirat nanti adalah di neraka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap bahawa iman sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah paduan antara keyakinan di hati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Ini bermakna kepercayaan tanpa diikuti dengan amal ibadah, atau tanpa meninggalkan maksiat, maka belum dikira sempurna iman.


Petikan di atas adalah teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk dibaca pada 29/01/2010. Sebelum ini juga, Prof. Dato' Haroon Din al-Hafiz telah menerangkan bahawa akan jadi kufur jika kita membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian. Terpulanglah kepada kita untuk menilai samada ingin mengikut kata-kata ahli politik yang mendahului politiknya daripada agama atupun nak dengar nasihat daripada ulama. Kalau nak selamat dunia dan akhirat, kita berpeganglah kepada kata-kata ulama agar aqidah kita tidak terpesong.


No comments: