Monday, January 25, 2010

Hina Sultan, Hina Islam.

YB Khalid Samad telah mempertahankan agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian dengan mengatakan enakmen Islam yang dikuatkuasakan sebagai ketinggalan zaman. Ini secara terang telah menghina titah Sultan Selangor sewaktu hari keputeraan baginda yang menyatakan bahawa kalimah Allah adalah milik umat Islam.Sebagai seorang ahli Parlimen yang tinggal di Negeri Selangor, sepatutnya beliau mesti akur dengan titah Sultan selagi ia tidak bersalahan dengan hukum syarak.



Video yang dipaparkan di atas juga adalah satu lagi bentuk penghinaan terhadap institusi raja di negara ini.Video pertama menunjukkan bantahan penduduk Johor terhadap blogger aduka taruna yang terang-terang menghina Almarhum Sultan Johor.Ini menunjukkan betapa biadapnya blogger tersebut apatah lagi menghina orang yang telah pergi menyahut seruan Illahi.Apakah ini adab yang dikatakan seseorang yang memperjuangkan Islam melalui Parti Islam?Perbuatan seumpama ini terlalu jijik sedangkan kita diajar agar tidak mengatakan apa-apa keburukan terhadap saudara Islam yang sudah meninggal dunia.Malah kita dituntut untuk mendoakan kebaikan bagi roh-roh yang telah pergi menemui Allah.
Video seterusnya juga memperlihatkan seorang pemimpin politik sanggup menggadai aqidahnya demi mempertahankan kepentingan politiknya untuk meraih sokongan daripada mereka yang terang-terangan menolak Islam.Ini juga merupakan satu penghinaan terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan yang secara tidak langsung membelakangi perlembagaan negara yang mempersetujui Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam.
Yang menjadi persoalan di sini ialah tentang penggunaan kalinah Allah dan bukannya kebebasan beragama.Apakah dengan kebebasan beragama yang dibenarkan maka kita juga membenarkan kalimah suci umat Islam iaitu "Allah" dipergunakan sewenang-wenangnya?
Kerajaan yang memerintah seharusnya bertindak lebih tegas terhadap mereka-mereka yang mencabar titah perintah Raja-Raja Melayu.Di sini tidak timbul tentang fahaman politik, tetapi yang lebih jelas ialah mempertahankan kesucian agama Islam dan intitusi diraja.Adalah amat malang jika kepentingan politik didahulukan dengan menggadai maruah institusi diraja serta aqidah umat Islam.

No comments: