Monday, January 11, 2010

Khutbah Jumaat 08/01/2010.


Teks khutbah yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM bertajuk "Akidah Benteng Kekuatan Ummah" nampaknya tidak dibaca oleh kebanyakan khatib-khatib di beberapa masjid di Lembah Kelang. Amat malang sekali kerana ada jabatan agama yang takut untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah daripada terus dipergunakan sewenang-wenangnya oleh golongan Kristian.
Kebanyakan masjid-masjid di Lembah Kelang hanya membaca teks khutbah yang lama bertajuk "Jangan Lepas Dari Genggaman" yang menyentuh isu kesesatan Haji Kahar dan Ayah Pin. Isu ini sudah lama ditangani oleh pihak berkuasa sehingga tertangkapnya Rasul palsu Haji Kahar. Begitu juga dengan penempatan Ayah Pin yang telahpun dimusnahkan dan beliau tetap menjadi buruan pihak berkuasa agama.
Amat malang sekali apabila sidang hadirin Jumaat dihidangkan dengan bacaan khutbah yang lama kerana ada isu semasa yang begitu penting perlu diperjelaskan kepada semua umat Islam melalui bacaan khutbah. Isu semasa yang menyentuh akidah umat Islam diganggu-gugat oleh golongan Kristian berkenaan dengan kalimah Allah sepatutnya dibaca oleh khatib-khatib yang menaiki mimbar. Apakah pihak jabatan dan khatib-khatib takut untuk mempertahankan kalimah Allah sehingga mengalihkan bacaan khutbah dengan isu-isu yang sudah selesai?
Diberitakan hanyalah Masjid Negara sahaja yang membacakan khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM sehinggakan Imam yang menyampaikannya menjadi sebak sewaktu membacakan doa untuk mempertahankan kalimah Allah yang agung. Kalau pihak Kristian berani mencabar umat Islam menuntut kalimah Allah dikongsi bersama, apakah kita takut untuk mempertahankannya?Mempertahnkan kalimah Allah ini juga tidak sepatutnya ditunjukkan dengan tindakan ganas sehingga merosakkan rumah ibadat mereka. Ini juga timbul satu persoalan disebalik dalang yang bertindak ganas sebegini. Segalanya berkemungkinan dengan seribu persoalan.Siapakan dalang-dalang ini?Biarlah isu sebegini disiasat oleh pihak berkuasa dengan mengheret dalang-dalang tersebut ke muka pengadilan.

1 comment:

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

Aslkm,slm ziarah,nice blog.Erm,nak tahu info yang unik x ? jom ke blog saye ni di http://tolongsenyap.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni jgak,ok bye