Saturday, January 16, 2010

khutbah Jumaat 15/01/2010.


Setelah berbagai-bagai kejadian yang tidak diingini berlaku berhubung dengan penggunaan kalimah Allah, akhirnya khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM bertajuk "Akidah Benteng Kekuatan Ummah" dibaca oleh khatib. Mungkin ada yang sering berpendapat kalimah Allah tersebut boleh digunakan oleh golongan Kristian tidak suka mendengar khutbah tersebut dan berpendapat bacaan khutbah tersebut dibaca disebabkan oleh arahan pihak berwajib.Nampaknya pihak yang begitu taksub dengan pegangan politik mereka masih belum nampak implikasi buruknya jika kalimah Allah ini dibenarkan penggunaannya oleh golongan Kristian.Di bawah ini biarlah saya sertakan dengan beberapa dakyah serta penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Kristian dengan kalimah suci "Allah".


Kedua-dua gambar di atas menunjukkan kepada kita betapa biadapnya golongan Kristian mempersendakan kalimah-kalimah suci umat Islam. Sayangnya apabila ada umat Islam sendiri tidak faham dengan syahadah yang diucapkannya kerana keperibadian mereka tidak menonjolkan diri mereka sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah. Semua ketetapan dalam Al-Quran diperlekehkan, larangan Allah dipersendakan, maka golongan Kristian ini mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam itu sendiri. Ada juga yang dilihat seolah-olah mempertahankan kalimah suci ini dengan tindakan ganas yang tidak mencerminkan keperibadian Islam sebenar.Oleh itu, untuk mempertahankan kalimah suci ini daripada dinodai oleh golongan Kristian, sewajibnya umat Islam memperkukuhkan pegangan akidah mereka berteraskan ajaran Rasulullah s.a.w yang berpandukan kepada Al-Quran. Dampingilah majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama-ulama muktabar agar diri kita tidak diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.

No comments: