Monday, January 18, 2010

Menteri Lupa Peranan Yang DiPertuan Agong.

Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang
Jan 18, 10 3:00pm

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun.

Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

ulasan: Kenyataan Datuk Seri Mohd Nazri ini nampaknya seakan-akan dia lupa akan peranan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Negara Malaysia. Inilah padahnya jika menteri sendiri tak faham tentang agama tapi berlagak seperti menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam negara ini.
Walaupun negeri-negeri seperti Sabah, Serawak, P,Pinang dan Wilayah Persekutuan tidak bersultan namun keempat-empat negeri ini masih tertakluk dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Apakah motif sebenar Datuk Seri Mohd Nazri beriya-iya sangat nak membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah di negeri-negri yang tidak bersultan? Apakah negeri-negeri ini tidak mempunyai Mufti untuk menentukan arah tuju Islam untuk rakyatnya? Sepatutnya menteri ini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini dan sepatutnya merujuk dahulu perkara ini bersama-sama jemaah menteri yang ada. Nampaknya Perdana Menteri perlu menegur perbuatan menterinya ini yang hanya pandai-pandai mengeluarkan kenyataan sedangkan begitu jahil dalam kata-katanya.

2 comments:

Abu Nur al-Dununiyy said...

Sahih ke pernyataan al-Wazir Nazri bahawa penduduk kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan nama Allah sejak 300 tahun lalu? Apa buktinya? Bilakah Bible mula diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Melanau, Kadazan, Iban, Dayak, Bidayuh dan sebagainya? Adakah dalam terjemahan itu ada menggunakan lafzul-jalalah "ALLAH" sebagai padanan kepada kalimah "god" dalam Bible versi Inggeris. Apakah bahasa Bible asal yang diterjemahkan itu...adakah dari versi bahasa Inggeris, Sepanyol, Belanda atau Portugis? Kerana empat bangsa Kristian inilah yang pernah menjajah sebahagian Nusantara suatu ketika dahulu...

Cuba buat kajian sebelum cakap wahia al-Wazir Abdul Aziz....

Cuba buat kajian sebelum cakap wahai al-Wazir Abdul Aziz....