Thursday, January 7, 2010

Pertahankan Kalimah Allah.





Isu kalimah Allah ini semakin menjadi tajuk di mana-mana media baik akhbar elektronik,media cetak,internet, blog-blog dan sebagainya.Berbagai-bagai reaksi yang dikeluarkan oleh beberapa pertubuhan samada daripada badan politik, NGO, individu dan sebagainya.
Dalam isu yang sensitif sebegini, saya lebih memihak kepada pandangan orang yang lebih 'alim dan diketahui tentang ilmunya daripada menerima pakai pandangan orang yang taksub dengan pegangan partinya.Selain itu juga, isu penggunaan kalimah Allah ini telahpun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 5hb.Mei-7hb.Mei 2008 bertempat di Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah.(Bil.Muzakarah Kali Ke-82).Hujah menolak penggunaan kalimah Allah oleh Kristian ini juga diperkukuhkan lagi dengan kenyataan terbaru di http://www.islam.gov.my/portal/ dalam web JAKIM.
Adalah amat malang sekali apabila ada pihak yang menganggap isu ini sengaja dipolitikkan sedangkan ia adalah isu yang perlu ditangani bersama demi mempertahankan hak umat Islam yang sebenar.Dengan hujah-hujah seperti mengatakan jika golongan Kristian mengatakan bahawa "Allah yang menjadikan bumi", "Allah yang menurunkan hujan" apakah kita harus menolaknya dengan menyuruh mereka mengatakan "Patung Budha yang menciptakan bumi","Tokong yang menurunkan hujan", adalah satu hujah yang amat dangkal sekali.Bagaimana jika golongan Kristian ini menggunakan kalimah Allah dengan mengatakan "Allah Merahmati Kamu Semua" kerana mengikuti ajaran dari Kitab Bible.Bagaimana pula jika mereka mengatakan "Allah telah menurunkan seorang Rasul untuk kamu ikuti" dengan berpandukan kepada Nabi Isa a.s dan menolak ajaran Muhammad s.a.w?Inilah implikasi yang berkemungkinan akan terjadi maka sebelum ianya terjadi, maka lebih baiklah dicegah.
Saya bukanlah seorang hafiz yang memahami keseluruhan isi kandungan di dalam Al-Quran.Namun saya lebih suka merujuk tentang perkara sebegini kepada ulama-ulama senior yang telahpun diperakui keilmuannya baik dari kalangan sahabat ataupun kalangan musuhnya.Adakalanya kita terpaksa mengenepikan kepentingan politik dan bersatu demi memertabatkan Islam seperti apa yang dilakukan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haroon Din.Soalnya siapakah yang sebenarnya yang suka mempolitikkan isu-isu semasa hingga sanggup menggadai maruah perjuangan Islam dan bersekongkol dengan musuh Islam.Lu fikirlah sendiri.......

No comments: