Friday, January 1, 2010

Wahabi Kena Belasah Di Puchong Perdana.

Sebagai mengakhiri berlabuhnya Tahun 2009, satu program ceramah perdana mengenai isu Wahabi telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Hj Zamihan Bin Hj. Mat Zin al-Ghari telah membelasah puak-puak Wahabi dengan hujah-hujah serta bukti-bukti tentang bahayanya fahaman Wahabi jika ia dibiarkan berleluasa.
Ceramah yang memakan masa selama 2 1/2 jam yang bermula pada pukul 8.00 dan berakhir pada 10.30 malam telah memberi kefahaman yang begitu jelas kepada sidang hadirin yang ada.
Di antara tokoh-tokoh Wahabi yang disebut membawa fahaman yang melampau ialah Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri, Rasul Dahri, Hashim Ghani, Hasan Bandung, Syeikh Abd Hadi dan beberapa tokoh dari luar negara.Dengan menggunakan paparan slide, Ustaz Zamihan telah berjaya menunjukkan bukti-bukti kukuh tentang bahayanya fahaman Wahabi ini di negara kita yang cuba dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang disebut. Saya sempat merakamkan beberapa siri ceramah yang dibentangkan oleh al-Ghari untu paparan Youtube sebagai tatapan orangramai yang tidak berkesempatan mengikuti ceramah beliau. Tajuk ceramah di Youtube ialah, "Ustaz Zamihan Mat Zin-Fahaman Wahabiy". Kesemua siri tersebut mengandungi 17 video.
Pihak penganjur Masjid As-Salam telah memberi kerjasama yang begitu baik, begitu juga dengan penduduk tempatan.Saya juga telah diberi kesempatan untuk mewar-warkan kepada sidang jemaah untuk sama-sama menghadiri program solat gerhana bulan yang diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur.Rata-rata keseluruhan jemaah yang hadir berpuashati dan berazam untuk tidak membenarkan puak-puak Wahabi untuk cuba mempengaruhi penduduk-penduduk Puchong Perdana. Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.

1 comment:

aryna said...

salam tuan rumah..

alhamdulillah. terimakasih kepada tuan dgn usaha video youtube buat kami yg tak dapat menghadiri ceramah tersebut.
semoga usaha tuan ini juga dapat berterusan memandangkan peranan youtube ini sangat besar terutama kepada golongan remaja dan intelek yang baru nak berjinak-jinak dgn agama..

tahniah juga buat ust.Zamihan dan masyarakat Puchong..

semoga usaha2 yang baik ini diberkati ALLAH..