Monday, February 22, 2010

Tok Guru Oh Tok Guru.....



Di antara kata-kata Nik Aziz dalam video di atas ialah:

"Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w. Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi."
"Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah".
"Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain. Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'..........

Inilah dia kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang dilabelkan sebagai Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya. Apakah Nabi Muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi Rasul sama dengan manusia-manusia lain yang bernama Muhammad? Apakah Allah melantik seorang Rasul dengan melihat dalam ramai-ramai manusia yang ada di muka bumi ini?
Sebelum Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul, telah termaktub dalam kitab Injil akan kelahirannya serta tanda-tanda kerasulannya.Malah Nabi Muhammad dilahirkan adalah dari nasab Nabi Ibrahim a.s, apakah sama dengan Muhammad yang ada di Kelantan? Nabi Muhammad sewaktu kecilnya telah dibedah dadanya oleh 2 Malaikat untuk menyuci hati Baginda sewaktu Baginda sedang bermain-main dengan anak Halimah (ibu susuan Baginda). Apakah ia berlaku pada Mat atau Muhmmad yang lain?
Sewaktu Nabi Muhammad berusia 12 tahun, Baginda telah dibawa ke Syam oleh Abu Talib dalam urusan perdagangan.Seorang Rahib di Busra telah melihat tanda-tanda kerasulan Baginda seperti apa yang tercatat di dalam Kitab Injil dan Taurat dan meminta Abu Talib membawanya pulang agar tidak tidak diapa-apakan oleh orang Yahudi. Apakah ini juga berlaku sama dengan Muhammad atau Mat di kampung Tok Guru? Nabi Muhammad s.a.w sebelum menjadi Rasul telah diberi gelaran "Al-Amin" kerana beliau seorang yang dipercayai dan tidak pernah berdusta walaupun sekali. Apakah Muhammad atau Mat yang ada di Kelantan sama akhlaknya seperti Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi Rasul? Abu Talib iaitu bapa saudara Nabi pernah menasihatkan beliau agar tidak mendedahkan tubuhnya kerana pesanan seorang Rahib yang melihat tanda-tanda kerasulan Baginda pada tubuhnya. Ini bagi mengelakkan orang Yahudi akan mengapa-apakan Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka juga membaca apa yang tercatat di dalam Kitab Taurat dan Injil tentang tanda-tanda seorang Rasul. Apakah Muhammad atau Mat yang ada di kampung Tok Guru begitu juga sewaktu sedang menangkap ikan di laut? Seperkara lagi, sewaktu Muhammad s.a.w pulang dari berdagang di Syam, pembantu Siti Khadijah iaitu Maisarah telah melihat segumpal awan telah mengikuti perjalanan Muhammad s.a.w bagi melindunginya dari kepanasan teriknya cahaya matahari. Apakah ini juga terjadi kepada Mat-Mat di kampung Tok Guru? Semua peristiwa ini berlaku sebelum Muhammad s.a.w diutus menjadi Rasul yang agong.
Adalah terlalu dangkal dan celupar jika Tok Guru ini ingin menyamakan Nabi Muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi Rasul sama dengan Muhammad yang lain. Kalaupun Tok Guru ni alergi dengan sambutan Mulidur Rasul, tak seharusnya beliau berkata seolah-olah satu penghinaan kepada kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. Ingatlah Tok Guru, sebelum Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan, nama Baginda telah dilihat sendiri oleh Nabi Adam a.s tertulis di langit. Jangan samakan Nabi Muhammad s.a.w sebelum diutus menjadi Rasul dengan Mat-Mat lain walaupun namanya Nik Mat sekalipun. Tidak sekali-kalinya sama.......Maaf jika tersebut Nik Mat kerana Tok Guru secara biadab mengeluarkan kata-kata manghina nasab serta kemulian Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kalau nak jadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang terpuji, beradablah bila membicarakan nasab Nabi Muhammad s.a.w.

7 comments:

anak said...

Salam;
Selawat dan salam buat penghulu seluruh manusia, nabi junjungan Muhammad SAW sebagai salam yang sempurna nan azali, berselawatnya kami demi mentaati perintah Mu,demi beriman kepadanya,demi mencintainya,demi merinduinya,demi mentakzimkan kedudukannya,dan demi kerana baginda nabi kami SAW yang selayaknya menerima segala penghormatan itu...

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدٍ نُورِ الجَمَالِ وَبَهَاءِ الكَمَالِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمْ.

anak said...

Salam;
Selawat dan salam buat penghulu seluruh manusia, nabi junjungan Muhammad SAW sebagai salam yang sempurna nan azali, berselawatnya kami demi mentaati perintah Mu,demi beriman kepadanya,demi mencintainya,demi merinduinya,demi mentakzimkan kedudukannya,dan demi kerana baginda nabi kami SAW yang selayaknya menerima segala penghormatan itu...

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمدٍ نُورِ الجَمَالِ وَبَهَاءِ الكَمَالِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمْ.

wankimz said...

ntah la tok guru, yg aku belajar, Nabi Muhammad ni telah dimuliakan sejak dlm kandungan lagi, kaum nasrani dan yahudi dah lama tau berita tu ( akan muncul nabi akhir zaman bernama Ahmad yakni Muhammad berbangsa quraisy dari keturunan bani hashim), semuanya ada dalam taurat dan zabur, byk peristiwa2 ganjil berlaku semenjak kelahiran Nabi Muhammad. Bintang, cahaya, awan yang melindungi Nabi S.A.W, pendita buhaira pun mengakui kebenaran berita ini dan diceritakan kpd bapa saudara nabi. takkan tak baca terjemahan dpd quran/ sejarah nabi. Rasanya Allah memilih/ memuliakan seseorang tak sama dgn cara manusia/ pengarah syarikat serah pangkat/ tanggungjwb kpd staff, kene tengok perestasi kerja @ apa2, tiada apa pun sifat manusia dpt menyamai sifat Allah.

aku dr amin said...

salam tuan blog. nampaknya tuan blog ni tak faham maksud dari kata kata tok guru. kena belajar bahasa kelantan la dulu. bukan bermaksud tok guru nak hina nabi muhammad apatah lagi majlis maulud. tok guru tak pernah nak halang kami masyarakat kelantan nak sambut maulud. tapi tak sudah majlis maulud tu maknanya tak sudah kalau kita sekadar beriya iya nak sambut majlis maulud tapi lupa tentang nak berjuang menegakkan syariat nabi muhammad. ni tok guru tuju pada puak2 UMNO. pastu muhammad sebagaimana manusia lain adalah manusia biasa juga. tak ada kelebihan selain dengan proses kenabian yang diberi oleh Allah. kerana baginda juga adalah manusia biasa. baginda bukan anak tuhan sebagaimana yang dipegang puak kristian. so adakah salah kata 2 tok guru itu? fahamilah sebelum berkata kata. harap maklum buat tuan blog

agas said...

Kalu mu reti bahase, tok guru tak pernah hina nabi..video ni sudah dipotong.Tak leh buat bukti o.

szulficar said...

salam sejahtera untuk anda semua..
maafkan saya kerana mencelah..kalau kita tak faham akan apa yg dikata kan org jangan kita terus menjatuhkan hukum.. seperti saudara yg mengatakan tok guru menhina nabi.. kerana tuduhan itu serupa mengkafirkan oran islam, jika kita silap menghukum maka diri sendiri yg kafir nauzubillah..bg saya apalah sangat sambutan maulud yg kita buat berbanding dengan bapa saudara nabi sendiri iaitu abu jahal sedangkan beliau sendiri yg merupakan perancang utam utuk membunuh nabi.. bukan kerana ia muhammad tetapi kerana ajaran yg di bawa oleh muhammad.. UDHULU FISSILMI KAFFAH" kalau setakat puasa sembahyang haji je dah nak sambut maulud beria-ria benar maka kita tak jauh beza ngan abu lahab.. itu yg di maksud kan oleh tuan guru nik aziz..

arezies said...

Assalamualaikum, buat tuan punya blog teruskan membuat pendedahan akan kepincangan wahabi wahabi ini.. jangan pedulikan komen2 mereka yang x kenal siapa itu nik aziz.. mereka hanya menilai dari segi zahir nik aziz bukan aqidahnya.. mereka menyokong kerana mereka x tahu atau jahil dalam adab kepada nabi sehinggakan ada seorang yang buta hati boleh membandingkan muslim dgn abu jahal.. mereka tak tgk pun apa komen "anak" dan "wankimz" mereka hanya nampak nik aziz.. nik aziz.. mereka jahil bab adab.. Nabi SAW bukan manusia biasa macam kita.. kita amik cth paling rendah sudah lah iaitu bab najis.. najis nabi pun Allah muliakan iaitu x jatuh bumi.. najis kita?? darah kita kotor tp darah kotor nabi jaminan syurga buat seorang sahabat.. mereka xkan faham.. kerana akal dan minda mereka telah dipengaruhi oleh pemikiran yang suul adab terhadap nabi.. nik aziz tolak maulud tp sambut harijadi sendiri dengan kek besar.. nik aziz pernah berkata kpd kakitangan kerajaan negeri pada satu majlis amanat yang aku turut hadir didalamnya.. dia kata syafaat nabi tiada yang syafaat nabi bagi dia adalah ajaran nabi dan bagi dia nabi xleh bagi syafaat.. nie contoh manusia yang nak pergi pd tuhan tapi tidak mahu melalui KekasihNya.. banyak lagi kenyataan takbur, sombong, bongkak nik aziz yang malas aku nak tulis sini.. bg mereka yang tak buta mata hati boleh pergo tgk pada tv pas.. kat situ mereka boleh nampak.. Wallahualam..