Thursday, April 8, 2010

Bacaan Maulid Ad-Daiba'i.

Kitab Maulid Ad-Daiba'i yang telah dikarang oleh Al-Hafiz Wajihuddin Abu 'Abdillah Abdul Rahman Ibnu 'Ali Ibni Muhammad Ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang masyur dengan gelaran Al-Imam Ibnu Ad-Daiba'i amat kurang dikenali oleh masyarakat Melayu di zaman ini. Walaupun kitab ini sudah berumur 450 tahun, namun kepekaan masyarakat kita untuk mengamalkan bacaannya amat kurang sekali.
Dalam pengamatan penulis, bacaan Maulid Ad-Daiba'i hanya dibaca oleh 2-3 buah masjid sahaja di Kuala Lumpur ataupun Selangor. Kebanyakan masyarakat Melayu hanya didedahkan dengan bacaan Maulid Barzanji, namun warga muda yang ada semakin tidak memperdulikannya akibat terpengaruh dengan ajaran yang dibawa oleh tokoh-tokoh Wahabi yang menuduh pengamalnya sebagai melakukan kesyirikan kepada Allah.
Penulis mengambil inisetif untuk mewujudkan satu kumpulan bagi menghidupkan semula bacaan Maulid Ad-Daiba'i ini setelah mengikuti bacaan-bacaannya yang diadakan di Masjid Al-Bukhary, Masjid Muaz Bin Jabal, Yayasan Al-Jenderami dan beberapa tempat yang dibaca oleh pelajar-pelajar Yayasan Sofa. Sewaktu berkunjung di Indonesia, penulis juga telah diperdengarkan bacaan Maulid Ad-Daiba'i ini oleh Habib Abdullah Bin Ali Al-Attas bersama-sama dengan kumpulannya.
Terdapat banyak kelebihan dan fadhilatnya apabila kita membaca Maulid Ad-Daiba'i ini dan ia adalah satu satu junjungan perintah daripda Allah swt agar kita memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Bagi penduduk setempat yang mengenali penulis, anda bolehlah berhubung terus dengan penulis dan kitab Maulid Ad-Daiba'i juga akan dibekalkan secara percuma beserta dengan cd bacaan. Pengajian kitab ini akan dimulai dengan tontonan video bacaan Maulid Ad-Daiba'i oleh Habib Ali Bin Saleh Al-Attas dan Habib Abdullah Bin Ali Al-Attas bagi kita mengenali secara lebih dekat lagi betapa indahnya bacaan-bacaan syair yang terdapat di dalam kitab Maulid Ad-Daiba'i ini. Bagi puak-puak Wahabi yang keras hatinya dan tidak memahami bait-bait syair yang ada di dalam kitab ini serta menuduh pula pengamalnya sebagai syirik, anda diminta tidak payah bersusah payah untuk hadir atau mendengar atau mengomentar atau menghukum kami yang ingin menghidupkan sunnah berselawat berterusan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

2 comments:

AMAL said...

salam nk tya pasal kitab mawlid...cmne nk hbngi tuan

Hamba Allah. said...

Waalaikumussalam, jika Tuan berminat utk dapatkan kitab ini, emailkan kpd saya hanifsalleh@gmail.com. Tuan hanya perlu membayar kos penghantaran, kitab diberi percuma.