Monday, April 12, 2010

Buktikan Dakwaan Kamu Wahai Asri.

Dr Asri menulis.

Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan ‘upacara’ orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu ‘menikmati’ seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!

Ulasan.

Ustaz MalaysiaKini Dr. Asri yang namanya semakin tenggelam kerana penulisannya ditolak oleh Utusan Malaysia, malah dihalang berceramah pula di Selangor nampaknya cuba memburuk-burukkan ahli Tareqat dengan tuduhan-tuduhan yang tidak mempunyai asas. Malah beliau telah meminta pihak JAIS menyiasat tentang apa yang ditulisnya dalam kolum MalaysiaKini dan blognya tentang dakwaannya itu.

Wahai Dr. Asri!!!! Siapa dia ustaz yang kamu maksudkan itu, dan masjid mana di Selangor yang mengadakan upacara seperti itu? Jika berani tolong beritahu daripada mana sumber maklumat yang kamu dapat besertakan dengan bukti dan saksi atau kamu sengaja mengada-adakan cerita agar apa yang kamu tulis diberi perhatian oleh pihak JAIS. Nampaknya pihak JAIS dah terperangkap dengan helah Dr Asri sehinggakan ingin menyiasat perkara ini walaupun tiada laporan yang diterima. Pihak JAIS sepatutnya memanggil Dr. Asri untuk memberi keterangan, dan jika beliau enggan, ini bermakna beliau telah melakukan satu pendustaan untuk mengaibkan guru Tareqat serta masjid yang ada di Selangor. Selama ini terlalu banyak kenyataan-kenyataan dan tulisan Dr Asri yang sering memperlekehkan golongan Sufi dan Tareqat.

Saya pernah beberapa kali mengikuti upacara-upacara seperti pembacaan Qasidah, Hizib Selawat, Ratib Hadad, pengajian Kitab Hikam, pengajian Kitab Tasawuf dan berbagai-bagai lagi yang diketuai oleh seorang guru Tareqat, baik di masjid-masjid di Selangor ataupun pusat pengajian guru tersebut, namun tidak pernah saya ketemu upacara seperti apa yang dinyatakan oleh Dr Asri.Malah setiap upacara-upacara yang saya hadiri, akan saya rakamkan agar mudah bagi saya dan para sahabat yang hadir mengulangkaji apa yang kami pelajari.

Saya menyeru agar pihak JAIS menyiasat perkara ini dengan memanggil Dr Asri untuk membuktikan dakwaan beliau kerana beliaulah yang bertanggung-jawab mensesasikan cerita ini berdasarkan daripada sumber-sumber samada benar atau tidak yang diambil olehnya.Jika beliau sengaja mengada-adakan cerita tanpa bukti yang kukuh, maka pihak JAIS perlu mengambil tindakan ke atas beliau kerana memburuk-burukkan masjid di Selangor. Jika kamu benar wahai Dr Asri, jangan takut berhadapan dengan pihak JAIS, keluarkan bukti dan saksi agar dendam kamu terhadap JAIS terubat setelah kamu ditangkap dek fahaman Wahabi yang kamu bawa. Memang puak-puak Wahabi semuanya anti Tareqat, anti Sufi, anti Tasawuf kerana pengajian-pengajian yang diambil oleh ustaz-ustaz Wahabi tidak bersanad dan berijazah. Yang ada hanyalah sekeping ijazah dari pusat pengajian tinggi dan bukannya daripada tokoh-tokoh guru yang 'alim.

No comments: