Monday, April 5, 2010

Hati Hati Menjadi Imam.

Astro Oasis sekarang ini sibuk melakukan ujibakat untuk mencari Imam-Imam muda dan mungkin bagi menggantikan Imam-Imam yang dah nak bersara. Baguslah begitu, namun jawatan sebagai Imam ini bukanlah satu pekerjaan yang mudah seperti yang disangka. Ini disebabkan terlalu banyak ujian yang perlu Imam-Imam yang ada menempuhinya apatah lagi dengan kerenah manusia di zaman muta'akhir ini.
Kalau dulu, apabila seseorang itu berstatus Imam, maka masyarakat akan memandang mulia serta hormat kepada Imam tersebut. Imam sering dijadikan rujukan kepada permasalahah yang berbangkit terutama sekali yang berhubung kait dengan hal-ehwal agama. Namun kini, akibat kejahilan manusia ataupun keperibadian Imam tersebut yang kurang baik, maka status Imam sudah tidak lagi dipandang mulia oleh masyarakat. Banyak berlaku kisah-kisah Imam ditamatkan, ditukar tanpa sebab, difitnah dan diragui kewibawaannya berlaku di zaman yang penuh mencabar hari ini.
Di bawah ini adalah keratan akhbar yang menceritakan nasib seseorang Imam.


Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.
Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.
Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.
Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Umar Al-khattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.



Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.
Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.



Kisah-kisah seperti ini mungkin hanyalah segelintir sahaja yang diberitakan, namun apa yang terjadi adalah terlalu banyak kisah-kisah Imam dipecat, ditukar tanpa sebab dan tidak diberitakan berlaku dengan banyak sekali.
Jika seseorang itu berilmu, mungkin mereka tidak akan memilih jawatan sebagai Imam sekiranya jawatan yang dipegang perlu kepada syarat-syarat menjadi "YES MAN" sahaja. Kemungkaran dipihak pemerintah tidak boleh disebut, menegakkan hukum Islam yang bersalahan dengan undang-undang manusia tidak boleh diperkatakan, malah berbagai-bagai lagi syarat-syarat yang dikenakan.Imam-Imam kini hanyalah ditugaskan mengimami solat lima waktu, baca teks khutbah yang dah disediakan, baca doa jika dipanggil dan tak lebih dari itu. Jika terlanjur mengkritik demi menegakkan hak Islam, alamatnya kena pecat ataupun ditukar ke jabatan lain yang tak boleh lagi nak bercakap.
Akhirnya Imam-Imam tak berani lagi nak bersuara, takut-takut akan diambil tindakan oleh majikannya.Jika ada sesuatu hukum ditanyakan kepada Imam tersebut, maka akan dijawab oleh Imam tersebut, "susahlah nak cakap.....kalau cakap, orang marah, kalau tak cakap Allah marah.....tak tahulah saya...."Inilah jawapan yang sering diutarakan oleh Imam-Imam kepada kita. Bak kata Dato' Ismail Kamus, nak kata halal pun bukan, nak kata haram pun bukan, maka jadi satu hukum "HALAM".Dengan itu bagi sesiapa yang nak menjawat jawatan Imam, banyak-banyaklah minta ampun dengan Allah agar kebisuan anda dalam memperkatakan kebathilan bukan bererti anda setuju dengannya.

No comments: