Sunday, April 18, 2010

Hijrah Masjid.

Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan.

Sebagai jemaah biasa, kita bebas untuk memilih masjid untuk berjemaah kerana di Kuala Lumpur dan Selangor terdapat berlambak masjid untuk kita kunjungi.Itu tidak termasuk surau-surau yang berada di sekeliling kita asalkan kita mahu berjemaah. Kita boleh memilih tempat berjemaah yang memberi ketenangan kepada kita tanpa perlu memikirkan apa-apa yang membebani pemikiran untuk terus berjemaah. Jika kita ingin menukar haluan kita untuk berjemaah, pilihlah tempat yang kita suka kerana tiada siapa boleh menghalang penghijrahan kita.
Saya memilih Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan kerana asalnya dulu bertahun-tahun juga saya bersama-sama dengan jemaah di masjid ini bergaul-mesra sehinggakan terasa rindu untuk bertemu mereka semula. Kenapa saya melakukan penghijrahan semula ke masjid ini adalah menurut kehendak hati saya sendiri dan tak perlu dipersoalkan lagi. Sebagaimana yang saya katakan di atas, sebagai jemaah biasa kita bebas untuk memilih di mana kita rasakan tempat yang lebih baik untuk berjemaah asalkan hati kita lebih tenang dan damai. Sepanjang saya berada di Masjid Nurul Hidayah suatu ketika dahulu, tugas saya hanya menunggu azan, solat, bersalaman dan bersurai, tak perlu nak sibuk-sibuk lagi.

No comments: