Friday, April 16, 2010

JAIS vs ASRI - Round 2.


Waran tangkap jika Mohd. Asri tidak hadir

SHAH ALAM 15 April - Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin jika beliau gagal hadir dalam tempoh seminggu untuk menjelaskan tentang 'upacara telan air liur' yang didakwanya dilakukan seorang tokoh agama di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tempoh seminggu yang bermula hari ini hingga 21 April diberi kerana pihaknya belum mendapat kerjasama Mohd. Asri untuk menjelaskan dakwaannya itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengepos dan menghantar melalui faksimili surat arahan supaya Mohd. Asri hadir membuat penjelasan.

Menurut beliau, surat arahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (Nombor 9) 1995.

"Kita memerlukan maklumat mengenai 'upacara telan air liur' daripada beliau. Sebelum ini kita memang tidak mempunyai maklumat mengenai 'upacara' itu atau menerima aduan mengenainya daripada mana-mana pihak sehinggalah Mohd. Asri mendedahkannya di portal berita Internet.

"Jika Mohd. Asri gagal hadir seperti diarahkan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 iaitu mengeluarkan waran tangkap," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, JAIS tidak mempunyai masalah dengan Mohd. Asri tetapi jika beliau enggan bekerjasama tindakan mengikut undang-undang akan diambil.

Sementara itu Dr. Mohd. Asri mendakwa JAIS mengetahui mengenai kewujudan 'upacara telan air liur' yang melibatkan seorang tokoh agama di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa aduan mengenai upacara itu telah dikemukakan kepada JAIS pada Isnin lalu, iaitu hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenainya di sebuah portal berita propembangkang.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang dikatakan membuat aduan mengenai kegiatan tokoh agama itu.

Justeru menurut Mohd. Asri, beliau tidak perlu menjelaskan isu itu kepada JAIS kerana pihak berkuasa agama itu sudah maklum mengenai perkara tersebut.

"Saya rasa Pengarah (JAIS) sendiri sudah mengetahui perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan: Kebencian serta dendam Dr Asri kepada JAIS serta kedengkian Dr Asri terhadap pengamal Tareqat akan memakan dirinya sendiri. Forum untuk menyampaikan dakwah yang sepatutnya digunakan oleh Dr Asri digunakan untuk menabur fitnah dengan cerita-cerita yang karut marut mengikut selera hatinya yang busuk. Kenapa takut untuk berdepan dengan memberi laporan jika kamu orang yang benar? Cerita direka cipta untuk menarik pengunjung MalaysiaKini membaca artikel bodohnya tanpa ada asas, bukti dan saksi. Daripada kamu wahai Dr Asri membuang masa menulis yang bukan-bukan disebabkan kamu mendakwa sebagai seorang pakar hadis dengan PhD yang ada, adalah lebih baik kamu menulis sebuah kitab yang boleh digunakan oleh umat Islam di dunia ini. Tak tahulah jika kitab yang kamu tulis itu boleh digunakan atau tidak kerana kerja kamu dari dulu sampai kini tak sudah-sudah nak membida'ahkan amalan baik umat Islam, mensyirikkan bacaan-bacaan yang baik, menuduh ulama silam itu dan ini, menuduh umat islam bertakliq buta dan sebagainya. Kalau itulah pengajian yang kamu dapat sewaktu belajar di Jordan dulu, alangkah ruginya negara ini kerana mempunyai seorang yang dipanggil tokoh agama tetapi hanya mempelajari semua kitab-kitab yang tak sampai sahaja. Maksudnya, semua amalan baik yang diamalkan oleh umat Islam dari dulu hingga kini yang dituduh bida'ah, semuanya tak sampai pahalanya.

Adalah lebih malang lagi apabila golongan cerdik pandai yang dianugerahkan akal yang bijak tak boleh menilai penyampaian ilmu oleh Dr Asri baik dan buruknya. Malah ada juga di antara mereka terikut-ikut rentak yang dimainkan oleh Dr Asri, sedangkan rentak yang dimainkan olehnya ternyata hanyalah rentak yang bathil dan sia-sia. Kesihan kita tengok kepada golongan-golongan elit yang diperdayakan oleh Dr Asri kerana tidak tahu bagaimana nak membezakan di antara yang bathil dengan yang hak. Rasanya baik lagi orang kampung yang kerjanya menoreh getah kerana tahu bagaimana nak mantauhidkan Allah walaupun akal fikiran mereka bukanlah dari golongan cerdik pandai yang tak punya sijil Phd sekalipun. Mungkin juga gelaran PhD yang diusung ke sana ke mari oleh Dr Asri membawa maksud (Pakai Hentam Dakwah).

No comments: