Monday, April 19, 2010

Maaf Kepada Semua.

Dalam pertuturan, perbahasan, penulisan baik dalam media elektronik, media cetak ataupun media alternatif, kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam menyampaikan mesej dan adakalanya ia disalahtafsir oleh seseorang. Begitu juga dengan saya yang sekian lama sudah menulis, adakalanya melakukan kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Apatah lagi bila kita menulis tentang sesuatu perkara dengan menyatakan "tempat" berlakunya peristiwa tersebut.Walaupun ianya hanya umum, namun meletakkan tempat berlakunya sesuatu perkara menjadikan ianya bukan lagi umum. Maka saya telah mengedit semula penulisan tersebut tanpa menyatakan nama tempat ianya berlaku.
Penulisan di blog dilakukan oleh ramai orang untuk meluahkan apa-apa sahaja baik dari peringkat menteri, ahli politik, cendiakiawan, tok guru, ustaz,ketua jabatan sehinggalah ke peringkat orang bawahan. Ia telah menjadi satu medan media alternatif baik untuk memuji,mengkritik, mengampu ataupun menceritakan tentang persekitaran yang berlaku.Secara tidak sedar pengaruh blog semakin berkembang hingga mencecah jutaan nama.
Sebagai penulis blog, saya pernah memuji dan mengkritik sesuatu yang saya rasa perlu untuk diutarakan.Dalam ceramah-ceramah agama, ustaz-ustaz adakalanya akan menempelak orangramai baik dari kalangan jemaah ataupun bukan jemaah, namun di hujung kritikannya, beliau akan berkata, "bukan di sini ianya berlaku....tapi tempat saya..." Saya harus mencontohi apa yang dikatakan oleh sebahagian penceramah ini. Adakalanya kritikannya pedas, maka sesiapa yang berkaitan akan panas telinga mendengarnya tetapi bagi yang tidak, mereka mengiyakan sahaja kata-kata ustaz tersebut.
Penulisan saya tentang beberapa isu yang berlaku mungkin telah memanaskan keadaan. Seorang anak muda telah berjumpa dan menegur saya menulis tentang isu-isu yang berlaku.Walaupun penulisan tersebut tidak menyatakan nama-nama yang terlibat, namun saya akui kesilapan saya meletakkan nama tempat berlakunya peristiwa tersebut. Maka dengan itu rasanya tidak salah untuk saya meminta maaf di atas ketidakperihatinan saya itu. Saya berterima kasih kepada anak muda tersebut di atas tegurannya itu tetapi untuk saya berhenti menulis seperti apa yang disarankan olehnya tidak mungkin akan berlaku. Maka alternatifnya ialah saya perlu menjauhkan diri daripada melihat perkara-perkara yang tidak berkenan di hati berlaku dengan melakukan penghijrahan ke tempat yang lebih baik. Memang saya akui bahawa saya telah menulis beberapa kali tentang isu-isu yang terjadi kerana isu-isu tersebut juga berulang-ulang kali pula terjadi. Maka dengan itu saya nekad untuk berhijrah ke tempat yang lebih baik agar tidak lagi mendengar, melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku.
Penulisan saya tentang wahabi juga disentuh oleh anak muda tersebut dengan mengatakan mereka tidak menyusahkan saya. Yang ini saya tolak kerana bagi anak muda tersebut, dia tidak pernah peka dengan apa yang terjadi. Saya menggunakan penulisan saya untuk menentang wahabi secara "counter-back"kerana mereka sering menuduh setiap amalan kami sebagai bidaah, syirik dan sesat. Buktinya di bawah ini:

"Adapun cara-cara ibadat kami adalah berbeza dengan apa yang telah diamalkan oleh pengikut-pengikut mazhab seperti apa yang saya katakan tadi, kerana kami hanya mengamalkan apa yang diperintahkan dan diakui oleh Sunah Rasul sahaja dan kami tidak diperintahkan supaya bertaqlid kepada seorang Imam Mazhab. Oleh itu jika kami dapati ada orang yang mengamalkan Ibadat selain daripada perintah atau dilakukan Rasul, maka kami adalah memandangnya Bid’ah, sedang tiap-tiap Bid’ah itu sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu kedalam neraka.

Maka menurut pendapat kami bahawa ibadat Jumaat yang didirikan di Masjid itu banyak dicampuri dengan perkara perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya begitu juga Imam-imam yang Empat. Kami dapati perkara perkara ibadat disitu bercampur gaul dengan bid’ah dari sejak mengambil air sembahyangnya sehinggalah sesudah salamnya, seperti membaca ussali, azan dua kali, membaca Yaa Ma’assiral Muslimin, menaikkan imam, cara-cara kuthbah dan sebagainya."-Hashim Ghani.

Ini berlaku di masjid berhampiran kampung saya sendiri. Mahu bukti lagi anak muda!!!Sila ke link di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=0_ikXmKVwXs

Buku-buku yang ditunjukkan adalah buku-buku yang saya jual di masjid-masjid suatu ketika dahulu. Apakah saya harus berdiam diri membiarkan orang memperlekehkan buku-buku yang saya jual?
Selain itu puak wahabi juga memfitnah guru saya dengan berbagai-bagai tuduhan. Nak diam aja!!!!Maka saya mengambil pendekatan tidak mahu ambil pusing tentang tempat yang saya tidak lagi berkenan dengan melakukan penghijrahan ke tempat lain namun untuk menyuruh saya tidak menulis lagi tentang wahabi, jawapannya tidak sama sekali.
Apapun kepada sesiapa yang terasa dengan tulisan-tulisan saya, saya minta maaf kerana menyatakan nama tempat berlakunya peristiwa tersebut. Saya mungkin akan merindui mendengar bacaan seorang Imam yang amat saya gemari. Tidak mengapa, kerana banyak bacaan-bacaannya saya rakamkan di dalam telefon bimbit saya tanpa beliau sedari dan kerapkali juga saya perdengarkan kepada sahabat-sahabat saya di masjid yang lain. Malah guru saya juga memuji-muji bacaan anak muda ini sebagai yang terbaik. Jumpa lagi jemaah Masjid .............(tak boleh tulis).

1 comment:

razi70 said...

aku dah lama berhijrah ke masjid lain.lain kali jangan tulis dalam blog, tengok tak betul report terus kat jawi.tak sudah2 perangai masing2,tengok pun naik menyampah.nasib baik ada hj husin bukak pintu pagi2, nak harap yg lain tak payah lah.skrg ni switch lampu kat dlm masjid, klu kat dalam bilik diaorang, jawabnya bergelaplah lu orang sembahyang klu diorang tak dtg.