Thursday, April 22, 2010

Mantan PM = Mantan Mufti.

PUTRAJAYA 21 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, umat Islam perlu membuka minda mereka kepada penafsiran agama yang lebih ‘masuk akal’ dan sejajar dengan perkembangan zaman.

ulasan: Penafsiran agama kalau nak ikut "masuk akal", sebab dah rasa terlampau cerdik, alamat hancurlah agama itu.Agama bukan semata-mata boleh difikirkan ikut akal sebab banyak perkara-perkara ghaib yang akal kita tak sampai nak memikirkannya.Kisah Isra' dan Mikraj pun kalau ikut akal memang tak logik, jadi nak tolak juga ke?Orang yang dah mati beribu-ribu tahun, malah ada yang mati kena bom dan hancur tetapi akan dihidupkan semula untuk dihitung amal perbuatannya, kalau ikut akal, logik ke? Inilah akibatnya kalau rasa dah terlampau cerdik maka hukum akal nak digunakan dalam memahami agama.Maka orang yang berkata perlu memahami agama ikut "masuk akal" inilah yang pernah berkata, sewaktu di zaman Rasulullah s.a.w dahulu tak ada gillete (pisau cukur) dan payah nak jumpa air, maka Rasulullah s.a.w tak adalah bercukur janggutnya.Kata-kata ini disebabkan ikut hukum akal yang rasa dah cerdik sangat.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana umat Islam amat bergantung kepada penafsiran yang dilakukan oleh para ulama dalam memahami serta mengamalkan ajaran agama.

ulasan: Kalau kita tak bergantung kepada penafsiran ulama, siapakah yang layak nak buat tafsiran? Apakah boleh kita membuat tafsiran sendiri dengan merujuk dari terjemahan Al-Quran sahaja?Ini juga satu kata-kata yang membahayakan umat Islam sehinggakan merasa diri lebih hebat membuat penafsiran tanpa merujuk kepada ulama.Ulama adalah pewaris Nabi yang diamanahkan untuk mewarisi apa yang ditinggalkan oleh Nabi dan menyampaikannya kepada umat Islam.Tak nak ikut ulama, nak ikut kepala hotak siapa!!!!!

Bagaimanapun, beliau berkata, penafsiran itu tetap terdedah kepada kesilapan selain kadang kala berlaku pertentangan besar di kalangan segelintir ahli tafsir.

“Kita ikuti hingga terikat kepada tafsiran mereka seolah-olah mereka tidak silap sedangkan mereka adalah manusia biasa.

ulasan: Memang betul, ulama juga manusia biasa tetapi mereka adalah orang yang paling layak melakukan penafsiran dan bukannya kita yang serba jahil ini. Urusan agama kalau dilakukan oleh yang bukan ahlinya maka akan berlakulah kerosakan yang maha dasyat.Siapa yang lebih banyak melakukan kesilapan dalam penafsiran agama, ulama ataupun kita yang jahil? Berkata-kata dengan slogan ulama adalah manusia biasa ini selalu dicanangkan oleh pemuka-pemuka Wahabi sahaja, dah terikut-ikut ke rentak mereka!!!!!Kalau rasa dah hebat cuba buat tafsiran satu surah dan ulama satu surah, tengok siapa yang paling banyak membuat kesilapan, ulama ataupun kita.Terjemahan Al-Quran pun masih terkial-kial, nak sentuh bab tafsir....Nauzubillah......

“Jadi kita perlukan tafsiran yang masuk akal pada zaman ini dan ia (tafsiran) berbeza-beza dari satu zaman ke zaman,” katanya.

ulasan: Eloklah kalau nak ubah tafsiran ikut zaman, maka sebab itulah hukum hudud ditolak mentah-mentah dengan alasan ramai umat Islam akan kudung tangan dan kakinya jika hukum hudud dilaksanakan.Zaman sekarang aurat perempuan dah tak kisah lagi sebab ikut tafsir moden, tak payah ikut tafsiran ulama terdahulu.Jangan cabar Allah untuk menukar akal kita daripada waras kepada gila sebab terlampau sangat nak ikut hukum "masuk akal".Takut-takut daripada "masuk akal", terus "hilang akal", inilah dia fatwa sesat.

Menurut Dr. Mahathir, pada zaman dahulu ramai ahli tafsir mengemukakan pandangan mereka sehingga ada yang ditahan atau diusir dan terpaksa pergi ke tempat yang lebih bebas untuk mengeluarkan pandangan.

ulasan: Ahli tafsir yang tak betul daripada golongan Wahabi memang patut ditahan dan diusir. Kenapa ulama seperti Almarhum Dato' Ishak Baharom, Mantan Mufti Selangor dulu ditamatkan perkhidmatannya?Siapa dia yang menghalang Dato' Haron Din, Dato' Ismail Kamus daripada menyampaikan kebenaran dan menegur pemimpin yang tak betul?Mereka juga berhak menyampaikan pandangan mereka berteraskan daripada hukum Allah yang sebenar tetapi tak dibenarkan berceramah sewaktu Mantan PM ini berkuasa.Berapa ramai ulama yang tidak bebas menyampaikan kebenaran sewaktu orang ini berkuasa, tapi kini nak bagi pula Mantan Mufti Wahabi ini kebebasan...tak payahlah.

“Ada raja yang zalim suruh ulama keluarkan tafsiran yang disukai oleh raja… sehingga 200 tahun pandangan itu diterima.

“Ini tekanan yang dihadapi ulama,” katanya.

ulasan: Dulu ulama ditekan sewaktu orang ini berkuasa, dah lupa ke?Mufti kata jangan benarkan konsert Micheal Jackson diadakan, haram bagi orang Islam memasuki pertandingan ratu cantik, orang ini komen macam-macam pasal Mufti.Benarlah bak kata orang ini sendiri "Melayu Mudah Lupa".

Justeru, beliau berkata, umat Islam perlu bersikap terbuka kepada perbezaan tafsiran agama.

ulasan: Siapa yang tidak bersikap terbuka dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah ataupun Wahabi?Wahabi tak nak beramal dengan berzikir, tahlil, baca Yasin, berqunut, baca Al-Quran di kubur, itu mereka punya pasal sebab mereka ini jenis malas nak beramal. Maka bila kami buat dituduhnya macam-macam, bidaah lah, sesatlah, syiriklah dan banyak lagi fatwa Wahabi yang membuatkan kami bangkit menentang mereka.

Katanya, penafsiran tersebut perlu dipastikan tidak akan membawa kelemahan kepada umat Islam.

“Kalau tidak dapat terima (perbezaan tafsiran), kita kembali kepada al-Quran seperti kata pepatah Melayu, kalau sesat (di hujung) jalan, kembali ke pangkal jalan,” katanya.

ulasan: Baguslah kalau nak kembali ke pangkal jalan dengan berpandukan Al-Quran. Jangan cakap tak serupa bikin sudahlah.Yang pertama sekali perlu tarbiah anak dan isteri kita kerana merekalah orang yang paling hampir sekali dengan kita.Nak tarbiah apa? Kalau tak tutup aurat, suruh tutup aurat, kalau dok bergelumang dengan rasuah, hentikan semua tu, kalau dok fitnah orang liwat sana liwat sini, tak payahlah nak hebah-hebahkan dan banyak lagi yang kita kena ikut.Kalau rasa-rasa tak cukup amalan untuk dibawa ke akhirat, umur masih ada ni lebih baik kita sibukkan diri dengan beramal banyak-banyak sebab rasanya dalam usia sebegini, tak payah lagilah kita dok sibuk dengan urusan duniawi.Akhir sekali, janganlah kita persiakan umur kita dengan membaca buku-buku Wahabi yang tak memberi apa-apa manafaat, lebih baik baca Al-Quran, sudahlah.........sebab Mantan Mufti tu bukannya ahli tafsir, buat apa kita nak ikut.



No comments: