Thursday, May 20, 2010

Jangan Tiru Solat Wahabi.



Cara Solat mendukung bayi di atas dilakukan dengan berpandukan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Dari Abu Qatadah An Anshari r.a katanya, "Aku melihat Nabi s.a.w. mengimami solat orang banyak sambil mendukung Umamah binti Abil 'Ash, bayi Zainab binti Muhammad s.a.w. di kuduk beliau.Apabila beliau ruku' diletakkan bayi itu dan apabila beliau berdiri dari sujud, diambilnya kembali" - Sahih Muslim r.a.

Inilah akibatnya kerana kononnya ingin mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, lelaki di dalam video tersebut mengenepikan hukum feqah yang dikatakan menyusahkan mereka.Dalam sbuah kitab feqah dinyatakan bahawa salah satu perkara-perkara yang membatalkan solat ialah dengan bergerak 3 kali berturut-turut seperti melangkah 3 kali berturut-turut atau memukul 3 kali berturut-turut.Dalam hal lain juga, lelaki di atas juga sudah berpaling dari kiblat sewaktu berjalan mengambil anaknya, malah mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang solat.

Jika kita rujuk di dalam beberapa Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan di dalam kitab Sahih Muslim r.a., terdapat banyak larangan-larangan melintas di hadapan orang yang sedang solat. Di antaranya ialah,

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a.,katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila kamu sedang solat, maka jangan biarkan orang lewat di hadapan kamu.Tolaklah dia sedapat mungkin.Jika dia enggan, maka pukullah dia, kerana dia itu Syaitan".

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila kamu sedang solat, maka janganlah dibiarkan orang lewat di hadapan kamu.Jika dia tidak mahu dilarang, pukullah dia kerana bersamanya ada Syaitan yang menemaninya".

Dari Abu Juhaim r.a.katanya,Rasulullah s.a.w bersabda, "Kalau tahulah orang yang lewat di hadapan orang solat akan dosanya,nescaya mahulah dia berdiri 40 hari atau bulan atau tahun daripada melewati di hadapan orang yang sedang solat".

Pelik juga kerana puak-puak Wahabi yang mendakwa mengikut Hadis Rasulullah s.a.w, tetapi mengenepikan larangan-larangan yang dinyatakan oleh beberapa petikan Hadis di atas.Apakah ini yang dikatakan khusyuk dalam solat sehinggakan boleh mengambil botol air dan berjalan-jalan untuk mendapatkan anaknya yang merayau-rayau?Siapa kita kalau nak dibandingkan dengan khusuknya Rasulullah s.a.w di dalam solatnya.Semoga umat Islam tidak terikut-ikut cara solat yang dilakukan oleh puak-puak Wahabi ini kerana ini akan mengakibatkan solat kita sia-sia dan batal.Ini bukannya sifat solat yang diajar oleh Nabi s.a.w, tetapi ia merupakan sifat solat Wahabi yang sebenar.Kalau nak bawa budak solat berjemaah, duduklah saf di belakang sekali dan rasanya budak tersebut tak payahpun nak didukung, biarkan dia main sorang-sorang.Jangan sia-siakan solat anda.

5 comments:

Abu Danial said...

assalammualaikum...
Tuan adalah seorang yang baik dan ikhlas dalam menyampaikan dakwah (penerangan "jangan tiru solat wahabi") walaubagaimanapun ikhlas sahaja masih belum mencukupi untuk memperkatakan kesalahan orang kerana masih ada ruang ianya bertukar menjadi fitnah...pahala yang dihajat dosa pula yang dapat...perhatikanlah maksud ayat alquran "orang2 yg paling takut pada Tuhan (azab) adalah orang yang berilmu"....ini bermakna ilmu sangat penting dan ikhlas juga sangat penting..1).mendokong anak ketika solat ada hadisnya maka haram mengatakan ianya salah. malah sesuatu yang baik pada pandangan ramai orang tetapi bertentangan dengan as-sunnah itulah yang perlu ditinggalkan.
2). melintas dihadapan orang solat memang diharamkan, tetapi kajilah hadis-hadis dengan lebih banyak lagi, ini kerana larangan melintas adalah dihadapan imam atau dihadapan mereka yang solat bersendirian sahaja (ini bermakna mereka yang lalu didepan makmum mungkin sebab wuduk dah terbatal tidak lah jadi kesalahan), lalu dihadapan imam atau orang persaorangan juga tidak menjadi kesalahan jika dihadapan mereka ada penghadang misalnya tongkat, kerusi, kenderaan atau apa-apa yg menghadang......
wassalam

shahrudin zakaria

Hamba Allah. said...

Waalaikuussalam kepada Saudara Abu Danial.Saya meletakkan hadis tentang keharusan solat mendukung anak tanpa mengatakan ianya batalnya solat.Yang menjadikan batalnya solat lelaki tersebut kerana pergerakannya berjalan lebih 3 kali berturut2 dan sudah berpaling dari kiblat.
Memang ada hadis yg menyuruh kita meletakkan sesuatu di hadapan sebelum solat agar tidak diganggu.Contohnya, Dari Musa Ibnu Talhah r.a. dari ayahnya,katanya Rasullullah s.a.w bersabda,"Apabila kamu telah memancapkan semacam pancang (batas) di hadapanmu,maka kamu boleh solat tanpa menghiraukan orang yg lalu lintas di balik pancang itu".
Yg jadi masalah, lelaki tersebut sudah mengganggu solat orang lain kerana lebih sibuk dgn anaknya.Masalah wuduk terbatal tidak sama dgn melalui di hadapan orang yg sedang solat dgn kedudukan berpaling dari kiblat dan masuk semula ke saf.Hukum feqah perlu dipelajari agar solat kita tidak sia-sia.

ei said...

Salam,

Saya nak pastikan sesuatu..betul ke mamat tu pengikut/pengamal ajaran wahabi?dari mana saudara dapat tahu yang mamat tu dari wahabi?apa kepastian yang ajaran wahabi macam tu?tolong cerahkan..jangan buat tuduhan membuta tuli..insyaallah semua aman.

-Belajar ilmu agama perlu menyeluruh dan JANGAN TAQLIK BUTA!!KALAU BARU SEKERAT JALAN,JANGAN PANDAI2 TUDUH HAMBA ALLAH YANG LAIN KAFIR,SESAT,BUTA AGAMA!!

Hamba Allah. said...

Salam ei, nama pun pelik!!!Bila kita suruh belajar bab feqah tak nak, inilah jadinya.Kemudian pandai2 kata jangan taqlik buta.Ikut mazhab, senang cerita kalau belum sampai tahap mushtahid.Kita tidak pernah menghukum sesiapa sesat dan kafir, tapi puak wahabilah yg sering membida'ahkan bab2 khilafiyah dgn mengatakan ianya sesat dan masuk Neraka.Kaji dulu sebelum komen.

Daruzi said...

Salam

Saya bersetuju dgn pendapat saudara Abu Dania dalam komennya diatas. Dan saya juga tidak menolak hadis yg diberikan dalam artikal ini, cuma kalau boleh saudara Hamba Allah boleh masukkan sekali hadis mendokong anak ketika solat dalam artikal ini.

p/s nama saya tak pelik.