Saturday, June 26, 2010

Agenda Tersembunyi Wahabi.

Malaysiakini melaporkan kemasukan 40 orang ulama muda menyertai UMNO, sebuah parti yang berpengaruh dan berkuasa membentuk kerajaan.Di antaranya yang disebut ialah kemasukan Fathul Bari yang kesnya masih lagi belum selesai selepas ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah di Madrasah I'ttiba Us-Sunnah (Markas Wahabi), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Mengikut jurucakap kumpulan ini, tujuan mereka menyertai UMNO adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah di dalam parti tersebut, betul ke?
UMNO sebenarnya tidak perlu kepada mereka-mereka ini untuk mengerjakan kerja dakwah, kerana di dalam UMNO sendiri sudah ada berlambak ulama-ulama yang berwibawa untuk berdakwah.Disebabkan parti UMNO sebagai parti yang berkuasa dan berpengaruh, maka kumpulan ini mengambil kesempatan menyertainya agar kerja menyampaikan fahaman Wahabi mudah dilaksanakan dan tidak lagi diganggu-gugat.Maka dengan itu, UMNO dijadikan platform apatah lagi ianya dibantu oleh tokoh politik yang mempunyai fahaman seperti mereka.
UMNO sepatutnya perlu berhati-hati dengan agenda tersembunyi pihak-pihak yang cuba menyampaikan fahaman yang tidak mengikuti ajaran dan amalan arus perdana yang telahpun diperkenankan oleh Sultan-Sultan sebagai Ketua Agama.Dengan berlatar-belakang pengajian agama dari Jordan, Mesir, Arab Saudi, Madinah dan sebagainya, bukanlah satu jaminan untuk menentukan seseorang itu patuh dengan apa yang telah ditetapkan oleh majlis-majlis agama ataupun Majlis Fatwa Kebangsaan.Jika ada di antara kumpulan ini yang mempunyai fahaman seperti Fathul Bari, maka perlu difikirkan apakah wajar mereka ini diberikan ruang untuk terus meluaskan fahaman Wahabinya.
Sejak dahulu lagi UMNO dilihat terus mengekalkan amalan-amalan baik seperti membaca Yasin malam Juma'at, membaca tahlil untuk dihadiahkan kepada pemimpin-pemimpin yang telah meninggal dunia, menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul dengan beberapa program diatur, mengadakan majlis cukur jambul dengan bacaan Berzanji dan lain-lain amalan baik yang telah disepakati oleh majoriti ulama.Alangkah baiknya jika kumpulan ini juga diajak turut serta dan memimpin majlis-majlis yang disebutkan, terutama sekali kepada Fathul Bari.Mereka ini semuanya ulama-ulama muda yang berpendidikan tinggi, rasanya tidak salah jika dijemput dan dilantik memimpin majlis-majlis tersebut.Jika mereka enggan, maka cukup sekadar mereka itu menjadi ahli UMNO tanpa diberi ruang untuk menyampaikan fahaman Wahabinya agar UMNO tidak terjebak dengan agenda tersembunyi mereka. Jangan lupa UMNO dengan wasiat yang ditinggalkan oleh ulama Syaikh Abdullah Fahim tentang tipu daya Wahabi.

No comments: