Thursday, June 24, 2010

Wahabi Melatah.

Apabila kerajaan bertegas untuk membenteras isu keganasan di negara ini, nampaknya ramai di kalangan pendukung-pendukung Wahabi melatah.Portal Malaysiakini yang semua orang tahu sebagai ruang untuk golongan Wahabi meluahkan rasa hati mereka dilihat cuba menangguk di air keruh dengan membuat pembohongan besar bagi melaga-lagakan beberapa individu yang terlibat.Sebagai contoh, Ustaz Zamihan al-Ghari dikatakan mengaitkan nama TG Haji Hadi Awang dan Dato' Shahidan Kasim dalam pembentangan kertas-kerjanya, sehinggakan kedua-dua individu ini tanpa usul periksa melatah memberikan reaksi mereka.
Saya telah banyak mengikuti pembentangan kertas kerja tentang masalah Wahabi ini oleh Ustaz Zamihan tetapi tidak pernah beliau menyebut nama TG Haji Hadi Awang ataupun Mantan Menteri Besar Perlis dalam ceramahnya.Malah saya juga ada merakamkan dan memuatkan ceramah Ustaz Zamihan berkenaan Wahabi di laman Youtube, dan ternyata beliau tidak pernah menyentuh tentang kedua-dua individu ini.Nama individu yang sering disebut oleh beliau ialah Dr Asri, Rasul Dahri dan penceramah-pemceramah Wahabi yang sering membidaahkan amalan umat Islam.
Malaysiakini yang memberi ruang penulisan kepada Dr Asri dilihat cuba menjadi "Batu Api" dalam permasalahan ini.Begitu juga dengan Dr Asri yang sering diasak kerana pegangannya mirip Wahabi, cuba mencari "supporter" agar dia tidak keseorangan.Maka dituduhnya kerajaan berbohong, orang ini menipu dan sebagainya sedangkan dialah individu yang sering membuat pembohongan fakta dalam tulisannya.Sebagai contoh, Dr Asri pernah menuduh seorang guru tareqat yang dihormati memberi anak muridnya menelan air ludah dalam satu upacara di masjid.Apabila pihak JAIS menyiasat dan mendapati perkara tersebut tidak benar, maka Dr Asri mengubah pula kenyataannya.
Bagi TG Haji Hadi Awang dan Mantan Menteri Besar Perlis pula, kenapa cepat-cepat nak melatah sekiranya anda bukanlah individu yang disebut oleh Ustaz Zamihan?Ini menunjukkan seperti ada yang tak kena sebagaimana pepatah Melayu menyebut, "Siapa makan cili, dialah rasa pedasnya".Sebagai pemimpin rakyat, sikap cepat melatah ini menampakkan ketidak matangan anda berdua dalam menyelesaikan kemelut yang timbul.Pihak polis lebih bijak untuk menangani isu keganasan ini dan pihak polis juga tidak akan terpengaruh dengan satu-satu fakta yang dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh.Maka serahkan perkara ini kepada pihak polis demi kesejahteraan negara agar tidak diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang ekstrim.
Saya juga pernah didatangi oleh individu di masjid agar saya memberhentikan penulisan tentang Wahabi.Saya tidak tahu kenapa beliau seakan resah apabila isu Wahabi ini ditulis seperti apa yang saya katakan tadi, "Siapa yang makan cili, dia akan merasa pedasnya".Kalau anda bukan dari jenis yang berfahaman Wahabi, menyokong Wahabi, kenapa harus takut!!!!Inilah masalahnya apabila tak mengaku Wahabi tetapi perangai mirip Wahabi juga, ganas....nak bergaduh...bengis....kurang ajar dan cepat nak naik angin.Inilah dia sikap-sikap fanatik Wahabi.

No comments: