Saturday, July 31, 2010

JAWI..sila ambil perhatian.

Program terbitan Asro Oasis, Imam Muda sudah melabuhkan tirainya apabila Imam Muda Asyraf dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul.Tahniah kepada Astro Oasis dan JAWI yang telah berjaya melahirkan Imam-Imam Muda yang berkualiti untuk diserapkan sebagai Imam-Imam di masjid.
Saya satu keluarga tidak pernah ketinggalan menonton rancangan ini sejak ia mula ke udara hinggalah ke akhir episod.Dengan itu rasanya tidak salah untuk saya memberikan ulasan tentang rancangan yang digemari oleh begitu ramai penonton.
Para peserta dalam rancangan ini bukanlah calang-calang insan, malah mereka mempunyai latar belakang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam pendidikan agama.Dalam episod akhir, 2 Imam Muda telah diuji untuk menjawab soalan spontan daripada Mudir.Salah satu soalannya adalah berkenaan tanggung-jawab Imam untuk menarik golongan remaja mengimarahkan masjid-masjid.Saya begitu teruja dengan jawapan daripada Imam Muda Asyraf yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya untuk Imam-Imam keluar untuk berdakwah dan bukan sekadar duduk di masjid.Begitu juga dengan jawapan Imam Muda Hizbur yang mahu setiap Imam-Imam lebih mesra agar mereka disukai oleh semua lapisan masyarakat.
Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh kedua-dua Imam Muda ini.Ada masjid-masjid terutamanya di Wilayah Persekutuan sendiri, Imam-Imamnya lebih mementingkan diri mereka sendiri.Tiada kemesraan yang ditunjukkan, malah ada di antaranya terlalu berbangga dengan title Imam itu sendiri.Seorang Imam bukan terletak kepada labuhnya jubah ataupun berjelanya serban yang dipakai atau disandang, tetapi lebih kepada keilmuan yang dimiliki oleh mereka agar menjadi rujukan terhadap apa-apa permasalahan.Jika sekadar menjadi Imam di masjid, membaca doa tahlil, membaca talqin, jadi juru nikah, apakah cukup untuk kita jadikan seseorang itu sebagai Imam???
Pihak JAWI terutamanya yang mentadbir masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, seharusnya melihat perkara ini dengan serius dengan mengambil kira jawapan yang diberikan oleh Imam Muda Asyraf.Ada masjid yang ditadbir oleh JAWI sendiri gagal menarik penduduk setempat untuk datang berjemaah, kenapa????Pihak JAWI perlu mencari jawapannya, adakah disebabkan bacaan Imamnya yang meleret-leret yang membuatkan orang tidak ke masjid???Apakah disebabkan azan yang dilaungkan hanya sekadar asal bunyi sudah, tanpa taranum dan tangkap muat sahaja membuatkan orang tidak tertarik ke masjid???Banyak faktor-faktor yang perlu dipandang serius oleh pihak JAWI agar masjid yang mereka sendiri sebagai pentadbirnya dapat menarik orang datang berjemaah.
Saya berpendapat dengan adanya program Imam Muda ini, ramai Imam-Imam yang merasa kedudukan mereka tergugat dengan kehebatan peserta-peserta yang ada.Imam-Imam yang tak berkualiti seharusnya diganti dengan orang seperti mereka ini.Di negara kita ini, terlalu ramai ilmuan-ilmuan agama yang muda sepatutnya dipilih untuk menerajui sesebuah masjid agar masjid itu sendiri diisi oleh mereka-mereka yang betul-betul berkualiti.Contohnya, berapa ramai anak-anak muda yang berkelulusan dari Darul Quran dan pusat-pusat Tahfiz, kenapa tidak dimanafaatkan ilmu mereka ini??Tidak guna untuk kita selalu memikirkan atau memperdebatkan, mengapa masjid-masjid tidak ramai jemaahnya tanpa kita mengambil langkah pro-aktif.Maka dengan itu saya menyeru agar pihak JAWI dapat bertindak dengan bijak dalam menangani permasalahan ini.Masalah Imam yang hanya terperuk di masjid, membaca meleret-leret, masalah bilal yang hanya jadi bilal untuk waktu-waktu tertentu sahaja dan tidak pula menjadi bilal waktu solat Jumaat dan membaca selawat untuk solat Tarawikh, perlu untuk pihak JAWI fikirkan.Apakah mereka ini ditugaskan sebagai tangkap muat sahaja???Jika tidak ada langkah yang bijak oleh pihak JAWI, maka selama-lamanyalah masjid-masjid yang ditadbir oleh mereka dikunjungi oleh beberapa jemaah sahaja.

Friday, July 30, 2010

Persediaan Menyambut Ramadhan.

Bulan Sya'aban telah masuk hari yang ke 18 dan sebagai gantinya Ramadhan pula akan menyusul.Ramai di kalangan kita yang begitu bersemangat untuk menyambut Ramadhan, malah ada di antaranya mengadakan kenduri menyambut bulan puasa sepanjang bulan Sya'aban ini.Apakah persiapan kita yang sebenarnya telah kita atur dengan baik untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini?
Dalam saki baki yang tinggal di bulan Sya'aban inilah sepatutnya kita mula mengorak langkah dalam mempertingkatkan amal dan diteruskan pula pada bulan Ramadhan.Jika Al-Quran yang kita simpan tanpa menyentuhnya, maka saat inilah sepatutnya kita mengambil dan membacanya.Jika kita begitu liat untuk bangun melakukan solat tahajud, maka disarankan mulakanlah ia pada bulan Syaaban yang ada ini.Janganlah kita menunggu-nunggu dengan bersemangat datangnya bulan Ramadhan tanpa ada apa-apa persediaan yang kita lakukan.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah untuk keperluan Hari Raya juga disarankan agar berbuat demikian dalam bulan Sya'aban.Ini penting agar tidak menggangu kualiti berpuasa yang kita jaga sepanjang bulan Ramadhan.
Amat malang sekali, apabila ada di antara kita lebih menitik-beratkan tentang persoalan mencari juadah di bazar-bazar Ramadhan yang disediakan.Setelah kita penat berpuasa sepanjang hari, maka yang tinggal berbaki satu jam untuk berbuka, kita dilalaikan dengan mencari juadah di bazar-bazar Ramadhan yang dipenuhi juga oleh mereka-mereka yang tak tahu langsung menghormati bulan Ramadhan dengan berpakaian seksi.Janganlah disebabkan oleh meraka ini, maka pahala puasa kita gugur sedikit demi sedikit.
Bagi peniaga-peniaga wanita, anda disarankan untuk menutup aurat sepanjang bulan Ramadhan walaupun anda tidak pernah melakukannya sepanjang bulan-bulan yang lain.Bagitu juga dengan si lelaki yang jahil tentang agama, maka janganlah kita sebagai umat Islam membeli sesuatu makanan hasil dari tangan orang yang tidak pernah melakukan solat.Apakah kita mahu hasil dari tangan yang tidak berkat disuapkan ke mulut kita yang berpuasa??
Bulan Ramadhan adalah untuk kita menjaga kualiti puasa kita semaksimum yang mungkin agar ianya lebih baik dari puasa-puasa kita yang lepas.Adalah lebih baik bagi kita mengurangkan pergaulan dan menyibukkan diri beribadah kepada Allah sepanjang sebulan kita berpuasa.Disebabkan terlalu sibuk dengan pergaulan, maka berbagai-bagai perkara yang sia-sia, malah ada di antaranya menjadi dosa setiap kali kita melafazkan kata-kata ataupun mendengar perkara-perkara yang buruk.Semoga kita lebih bersedia kali ini untuk menyambut Ramadhan dan diberi ganjaran yang begitu besar oleh Allah swt.

Tuesday, July 27, 2010

Nisfu Sya'aban.

Amalan malam Nisfu Sya'aban sering diperlekehkan oleh golongan-golongan Wahabi yang ada di Malaysia dengan mewartakan setiap Hadis tentang Nisfu Sya'aban merupakan Hadis Dhaif.Apakah beramal dengan Hadis Dhaif satu dosa dan tidak dibolehkan?Ulama muktabar telah bersepakat mengatakan bahawa beramal dengan Hadis Dhaif bukannya satu amalan yang sia-sia ataupun bida'ah.
Dirawikan dari Umamah al-Bahili r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Manakala masuk bulan Sya'aban, sucikanlah darimu dan perbaiki niatmu".Dalam kitab An-Nasai dari Hadis Usamah r.a. "Aku berkata, Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa sunat pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya'aban". Rasulullah s.a.w bersabda,"Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan.Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Allamin.Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa".
Dikatakan untuk Malaikat di langit ada dua malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada dua hari raya.Malam raya bagi Malaikat ialah malam Nisfu Sya'aban dan malam Lailatul Qadar, sedangkan bagi kaum muslimin ialah Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Malam Nisfu Sya'aban adakalanya disebut malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun.Sedangkan malam Juma'at dapat menghapuskan dosa seminggu dan malam Al-Qadar dapat menghapuskan dosa seumur hidup.Ini bermakna, menyambut malam-malam itu dengan beribadah merupakan sebab penghapusan dosa.
Malam Nisfu Sya'aban juga disebut malam Takfir atau malam Ihya' di mana dalam Hadis Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Sya'aban, tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati mati.
Disamping itu malam Nisfu Sya'aban juga disebut sebagai malam Syafaat.Dalam satu Hadis disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w pada tanggal 13 Sya'aban memohon kepada Allah syafa'at bagi umatnya maka diberi oleh Allah sepertiga.Kemudian pada tanggal ke 14, Rasulullah s.a.w memohon lagi, maka diberi oleh Allah dua pertiga.Pada malam ke 15, Rasulullah s.a.w bermohon lagi, maka diberi oleh Allah keseluruhannya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.Sesungguhnya Allah membebaskan manusia pada malam Nisfu Sya'aban dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing kecuali enam golongan iaitu, peminum arak, menderhakai ibu-bapanya, membiasakan zina, yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah.
Nisfu Sya'aban juga disebut malam Qiamah dan Takdir.Satu Hadis yang dirawikan oleh Atha Bin Yassar, Rasulullah s.a.w bersbda, "Pada malam Nisfu Sya'aban, dihapuskan oleh Malaikat Maut setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Sya'aban ke Sya'aban yang lain.Seseorang yang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati tetapi Malaikat Maut tidak memandangnya kecuai ketika dia diperintahkan oleh Allah, maka kemudian dicabutnya nyawa orang itu".

Sumber: Kitab Mukashafah Al-Qulub, Imam Ghazali.

Tuesday, July 20, 2010

Hitler Dan Yahudi.

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ ________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/38435_413470971282_111965761282_511.jpg
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/34237_413471026282_111965761282_511.jpg

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/38354_413471061282_111965761282_511.jpg
http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/34541_413471101282_111965761282_511.jpg
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/35330_413471151282_111965761282_511.jpg
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/35232_413471241282_111965761282_511.jpg
http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/34838_413471276282_111965761282_511.jpg
http://i106.photobucket.com/albums/m252/fcranell/34510_413471326282_111965761282_511.jpg

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Thursday, July 15, 2010

Informasi Kekejaman Israel Laknatullah.

Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza ...
Ni cerita asal usul nama kapal berkenaan....


Perjuangan Sedunia untuk Palestin


http://www.lookleftonline.org/wp-content/uploads/2010/04/Screen-shot-2010-04-02-at-22.59.57.png

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza .
Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?

http://pikirancerah.files.wordpress.com/2009/03/rachel-corrie.jpg

Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).

http://www.friendskorner.com/forum/photopost/data/500/rachel_corrie.gif

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza .

http://www.aqplink.com/imagenes_aqp/tierra/rachel_corrie/rachel-corrie5.jpg

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

http://www.palestinefacts.org/images/corrie_before.jpg
Sebelum dilanggar


http://www.palestinefacts.org/images/corrie_after.jpg
Selepas dilanggar

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



http://arastiralim.com/wp-content/uploads/2007/01/rachel_corrie_memorium.jpg


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

http://anikakhan.files.wordpress.com/2008/07/rachel-corrie-flag-shrouded.jpg

Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d5/Rachel_Corrie_memorial_pics.jpg/150px-Rachel_Corrie_memorial_pics.jpg


Tuesday, July 13, 2010

Kuala Lumpur Berselawat.


Jom ramai-ramai kita menghadiri majlis selawat di Masjid As-Syakirin KLCC pada 18/07/2010.Anak-anak yang mengikuti kelas pengajian berselawat akan turut dibawa untuk majlis yang penuh gilang-gemilang ini.Jumpa di sana...sana...sana.

Friday, July 9, 2010

Apa Itu Sesat?

SESAT!!!!! Itulah ungkapan yang sering kita dengar tanpa kita memahami makna SESAT itu sendiri.Perkataan SESAT ini bolehlah diterjemahkan dengan bahasa yang mudah iaitu tersalah jalan atau tidak mengikut jalan yang betul setelah diberitahu.Contohnya, seseorang bertanyakan jalan kepada kita bagaimana nak pergi ke suatu tempat.Maka kita tunjukkan jalannya, tetapi orang itu tidak mengikut apa yang kita tunjukkan, maka dia akan SESAT.
Setiap hari kita melaksanakan solat dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 17 kali.Dalam Surah Al-Fatihah tersebut ada ayat yang maksudnya berbunyi,"Tunjukkanlah aku jalan yang lurus".Maka Allah swt telahpun menunjukkan kepada kita jalan yang lurus sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w. untuk menjadi panduan kepada kita agar tidak terSESAT .Jika kita tidak mengikut apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w.,maka kita akan terSESAT dan perlu kita kembali semula ke pangkal jalan agar tidak terus terSESAT.
Dewasa ini, semakin ramai yang berani menuduh seseorang dengan perkataan SESAT walaupun orang yang dituduh itu sebenarnya mengikut "jalan yang lurus" sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran.Apakah seseorang itu menjadi SESAT kerana dia menegakkan hukum Allah?Apakah seseorang itu menjadi SESAT kerana menyeru manusia agar senantiasa bertakwa kepada Allah?Apakah seseorang itu menjadi SESAT apabila menyampaikan ilmu agama sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.?Apakah seseorang itu menjadi SESAT kerana melazimkan diri berjemaah di masjid-masjid dan surau-surau?
Teringat saya dalam satu kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Bin Ahmad.Saya tidak begitu mengenalinya, tetapi apabila berta'aruf dengannya, maka tahulah saya bahawa beliau merupakan adik kepada Mufti Pulau Pinang dan juga Dato' Salleh Bin Ahmad.(Yang DiPertua Majlis Ulama-Ulama seMalaysia).Di dalam kuliahnya beliau berkata, "Seandainya saya diberi peluang untuk mengajar di masjid ini(Masjid Nurul Hidayah), saya akan menukar waktu berpuasa kepada malam hari bermula waktu Maghrib dan berbuka puasa selepas azan Subuh.Dengan itu kita akan bertarawikh dalam keadaan berpuasa dan tidur pada malam hari tanpa melihat perkara-perkara mungkar di siang hari.Jika itu yang saya ajar, sudah tentu tuan-tuan sekelian akan mengatakan saya SESAT." Ustaz tersebut meneruskan lagi katanya,"Cuma yang pelik, apabila hukum Allah untuk mereka yang berzina, merompak, mencuri, minum arak dan sebagainya ditukar tanpa mengikut arahan daripada Al-Quran, malah ada pula yang memperlekehkannya, tidak pula tuan-tuan mengatakan itu adalah SESAT. Malah ada pula yang membela dan memberi ampun kepada peminum arak, sedangkan hak itu adalah hak Allah untuk kita sebagai hambaNya meminta keampunan".
Kata-kata Ustaz tersebut memang benar sekali kerana kita tidak pernah berusaha untuk menegakkan hukum Allah, malah memberi berbagai-bagai alasan dan tidak yakin dengan hukum Allah tersebut.Inilah yang boleh kita katakan sebagai SESAT malah menyesatkan umat Islam dengan seSESAT-SESATnya.Maka tidak hairanlah kita apabila penzinaan berlaku berleluasa kini, anak-anak kecil di buang merata-rata, arak menjadi santapan untuk majlis kehormat dan berbagai-bagai lagi kemaksiatan berlaku kerana hukum Allah dikatakan sebagai zalim, menyiksa, memudaratkan dan berbagai-bagai lagi alasan yang bodoh lagi jahil. Renungkanlah siapa yang SESAT sebenarnya.

Friday, July 2, 2010

"Ulama" Cari Makan.

Selepas menyertai parti politik, Us Fathul Bari nampaknya semakin sibuk dengan mesyuarat sana-sini dengan pemimpin pemuda parti tersebut.Dengan bertemakan "Islam For All", kononnya "ulama muda' ini nak mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam.Nak tanya juga Ustaz yang dilabelkan sebagai ulama ni, pegangan akidah yang macamana yang nak diperkukuhkan?Apakah pegangan akidah yang menjisimkan sifat Allah yang nak diserapkan kepada umat Islam sebagaimana yang sering dipromosikan oleh Wahabi dengan menolak pengajian Sifat 20?
Dulu Ustaz Fathul Bari ini pernah ditangkap di Madrasah I'ttiba Us-Sunnah, (markas Wahabi) di Kuala Pilah kerana menyampaikan kuliah agama tak bertauliah.Di antara penyokongnya yang turut serta mengiringinya ke mahkamah adalah penyokong-penyokong Parti PKR Kuala Pilah.Kali ini kalau dipanggil oleh mahkamah Kuala Pilah, nak ke rasanya geng-geng PKR tu mengiringi "ulama muda UMNO" ni?Alahai si Fathul Bari, nampaknya cara anta nak "cari makan" tak direstui oleh ramai puak-puak Wahabi di Kuala Pilah yang pernah menyanjung anta sebagai "ulama muda' juga.Nampaknya betullah kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya bertajuk "Wahabi Bodoh"(lihat di Youtube), bahawa ustaz-ustaz Wahabi mengajar untuk "cari makan" sahaja.Tak kisahlah mana parti sekalipun yang kita ikuti, tapi rasanya bukan semua orang UMNO akan bagi peluang kat ustaz-ustaz Wahabi ni berceramah.Ini ditambah pula dengan titah Sultan Johor yang menolak ajaran Wahabi masuk ke Johor.Di bawah ini adalah di antara titah Sultan Johor yang merupakan amaran untuk semua pendukung Wahabi tegar.

Kita perlu peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan perselisihan antara ummah di negeri Johor ini.

"Seperti fahaman tidak mengamalkan doa qunut, talkin, wirid dan berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yasin pada malam Jumaat, ternyata mampu menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika perasmian pembukaan penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Sultan Ibrahim berkata, usaha memperkukuh dan menjelaskan tentang fahaman yang boleh menjejaskan perpaduan ummah dari segi akidah, ibadah dan akhlak perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak berkuasa terutama polis, Bahagian Keselamatan Negara, pejabat daerah, Imigresen dan agensi penguat kuasa supaya membendung penularan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah," tegasnya.

Amacam Wahabi!!!!Berani masuk Johor, kena tangkap lu tanggunglah sendiri.