Saturday, July 31, 2010

JAWI..sila ambil perhatian.

Program terbitan Asro Oasis, Imam Muda sudah melabuhkan tirainya apabila Imam Muda Asyraf dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul.Tahniah kepada Astro Oasis dan JAWI yang telah berjaya melahirkan Imam-Imam Muda yang berkualiti untuk diserapkan sebagai Imam-Imam di masjid.
Saya satu keluarga tidak pernah ketinggalan menonton rancangan ini sejak ia mula ke udara hinggalah ke akhir episod.Dengan itu rasanya tidak salah untuk saya memberikan ulasan tentang rancangan yang digemari oleh begitu ramai penonton.
Para peserta dalam rancangan ini bukanlah calang-calang insan, malah mereka mempunyai latar belakang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam pendidikan agama.Dalam episod akhir, 2 Imam Muda telah diuji untuk menjawab soalan spontan daripada Mudir.Salah satu soalannya adalah berkenaan tanggung-jawab Imam untuk menarik golongan remaja mengimarahkan masjid-masjid.Saya begitu teruja dengan jawapan daripada Imam Muda Asyraf yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya untuk Imam-Imam keluar untuk berdakwah dan bukan sekadar duduk di masjid.Begitu juga dengan jawapan Imam Muda Hizbur yang mahu setiap Imam-Imam lebih mesra agar mereka disukai oleh semua lapisan masyarakat.
Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh kedua-dua Imam Muda ini.Ada masjid-masjid terutamanya di Wilayah Persekutuan sendiri, Imam-Imamnya lebih mementingkan diri mereka sendiri.Tiada kemesraan yang ditunjukkan, malah ada di antaranya terlalu berbangga dengan title Imam itu sendiri.Seorang Imam bukan terletak kepada labuhnya jubah ataupun berjelanya serban yang dipakai atau disandang, tetapi lebih kepada keilmuan yang dimiliki oleh mereka agar menjadi rujukan terhadap apa-apa permasalahan.Jika sekadar menjadi Imam di masjid, membaca doa tahlil, membaca talqin, jadi juru nikah, apakah cukup untuk kita jadikan seseorang itu sebagai Imam???
Pihak JAWI terutamanya yang mentadbir masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, seharusnya melihat perkara ini dengan serius dengan mengambil kira jawapan yang diberikan oleh Imam Muda Asyraf.Ada masjid yang ditadbir oleh JAWI sendiri gagal menarik penduduk setempat untuk datang berjemaah, kenapa????Pihak JAWI perlu mencari jawapannya, adakah disebabkan bacaan Imamnya yang meleret-leret yang membuatkan orang tidak ke masjid???Apakah disebabkan azan yang dilaungkan hanya sekadar asal bunyi sudah, tanpa taranum dan tangkap muat sahaja membuatkan orang tidak tertarik ke masjid???Banyak faktor-faktor yang perlu dipandang serius oleh pihak JAWI agar masjid yang mereka sendiri sebagai pentadbirnya dapat menarik orang datang berjemaah.
Saya berpendapat dengan adanya program Imam Muda ini, ramai Imam-Imam yang merasa kedudukan mereka tergugat dengan kehebatan peserta-peserta yang ada.Imam-Imam yang tak berkualiti seharusnya diganti dengan orang seperti mereka ini.Di negara kita ini, terlalu ramai ilmuan-ilmuan agama yang muda sepatutnya dipilih untuk menerajui sesebuah masjid agar masjid itu sendiri diisi oleh mereka-mereka yang betul-betul berkualiti.Contohnya, berapa ramai anak-anak muda yang berkelulusan dari Darul Quran dan pusat-pusat Tahfiz, kenapa tidak dimanafaatkan ilmu mereka ini??Tidak guna untuk kita selalu memikirkan atau memperdebatkan, mengapa masjid-masjid tidak ramai jemaahnya tanpa kita mengambil langkah pro-aktif.Maka dengan itu saya menyeru agar pihak JAWI dapat bertindak dengan bijak dalam menangani permasalahan ini.Masalah Imam yang hanya terperuk di masjid, membaca meleret-leret, masalah bilal yang hanya jadi bilal untuk waktu-waktu tertentu sahaja dan tidak pula menjadi bilal waktu solat Jumaat dan membaca selawat untuk solat Tarawikh, perlu untuk pihak JAWI fikirkan.Apakah mereka ini ditugaskan sebagai tangkap muat sahaja???Jika tidak ada langkah yang bijak oleh pihak JAWI, maka selama-lamanyalah masjid-masjid yang ditadbir oleh mereka dikunjungi oleh beberapa jemaah sahaja.

2 comments:

Al Sunnah said...

Salaam semoga, Imam Muda diberi foundation yg betul dari sudut akidah dan ijmak ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah sebelum mereka menjejak ke Universiti Madinah yg terkenal dgn doktrin/pendapat al Wahabiah Salafiyyah... jgn nanti balik,bila ore mintak pimpin doa selamat ke tahlil ke, talqin ke.. "Bida'ah mungkar tokleh ni"...

Al Sunnah said...

Salaam semoga, Imam Muda diberi foundation yg betul dari sudut akidah dan ijmak ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dlm bab fiqh dsbnya sebelum mereka menjejak ke Universiti Madinah... jgn nanti balik,bila ore mintak pimpin doa selamat, tahlil atau talqin ke.. "Bida'ah mungkar tokleh ni"...