Friday, July 2, 2010

"Ulama" Cari Makan.

Selepas menyertai parti politik, Us Fathul Bari nampaknya semakin sibuk dengan mesyuarat sana-sini dengan pemimpin pemuda parti tersebut.Dengan bertemakan "Islam For All", kononnya "ulama muda' ini nak mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam.Nak tanya juga Ustaz yang dilabelkan sebagai ulama ni, pegangan akidah yang macamana yang nak diperkukuhkan?Apakah pegangan akidah yang menjisimkan sifat Allah yang nak diserapkan kepada umat Islam sebagaimana yang sering dipromosikan oleh Wahabi dengan menolak pengajian Sifat 20?
Dulu Ustaz Fathul Bari ini pernah ditangkap di Madrasah I'ttiba Us-Sunnah, (markas Wahabi) di Kuala Pilah kerana menyampaikan kuliah agama tak bertauliah.Di antara penyokongnya yang turut serta mengiringinya ke mahkamah adalah penyokong-penyokong Parti PKR Kuala Pilah.Kali ini kalau dipanggil oleh mahkamah Kuala Pilah, nak ke rasanya geng-geng PKR tu mengiringi "ulama muda UMNO" ni?Alahai si Fathul Bari, nampaknya cara anta nak "cari makan" tak direstui oleh ramai puak-puak Wahabi di Kuala Pilah yang pernah menyanjung anta sebagai "ulama muda' juga.Nampaknya betullah kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya bertajuk "Wahabi Bodoh"(lihat di Youtube), bahawa ustaz-ustaz Wahabi mengajar untuk "cari makan" sahaja.Tak kisahlah mana parti sekalipun yang kita ikuti, tapi rasanya bukan semua orang UMNO akan bagi peluang kat ustaz-ustaz Wahabi ni berceramah.Ini ditambah pula dengan titah Sultan Johor yang menolak ajaran Wahabi masuk ke Johor.Di bawah ini adalah di antara titah Sultan Johor yang merupakan amaran untuk semua pendukung Wahabi tegar.

Kita perlu peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan perselisihan antara ummah di negeri Johor ini.

"Seperti fahaman tidak mengamalkan doa qunut, talkin, wirid dan berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yasin pada malam Jumaat, ternyata mampu menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika perasmian pembukaan penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Sultan Ibrahim berkata, usaha memperkukuh dan menjelaskan tentang fahaman yang boleh menjejaskan perpaduan ummah dari segi akidah, ibadah dan akhlak perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak berkuasa terutama polis, Bahagian Keselamatan Negara, pejabat daerah, Imigresen dan agensi penguat kuasa supaya membendung penularan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah," tegasnya.

Amacam Wahabi!!!!Berani masuk Johor, kena tangkap lu tanggunglah sendiri.

No comments: