Monday, August 30, 2010

Ini Baru Betul......

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dijemput lagi ke Surau al-Muhajirin Bukit Mahkota untuk menyampaikan sumbangannya.Kalau sebelum ini beliau dikecam kerana berada didalam surau iaitu pada saf di mana umat Islam sujud kepada Allah tetapi kali ini beliau tidak masuk ke dalam surau, hanya berada di dewan yang disediakan.Ini baru betul.
Bukanlah tujuan kita hendak memperkecilkan peranan seorang wakil rakyat tidak kira apa bangsa sekalipun, tetapi yang kita bangkang dan marah adalah kurangnya adab untuk menjaga kesucian surau atau masjid itu sendiri sehingga ruang solat boleh disamakan dengan kawasan-kawasan lain.Nampaknya Ahli Parlimen ini sudah faham mengapa beliau dikecam tambahan pula oleh musuh politiknya.Sebaiknya kefahaman untuk memasuki ruang solat perlu diterangkan terlebih dahulu kepada yang bukan Islam kerana mereka itu adalah dalam keadaan berhadas besar.Cuma yang peliknya ada Tok Guru yang cuba mempertahankan tindakan Teo Nie Cing memasuki ruang solat sedangkan keputusan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan sudah jelas tentangnya.Mungkin selepas ini kita boleh jemput Teresa Kok,Elizabeth Wong dan ramai lagi pemimpin wanita DAP duduk di saf hadapan di Masjid Pulau Melaka tempat Tok Guru Nik Aziz.Ini disebabkan hanya Tok Guru Nik Aziz seorang sahaja yang faham tentang agama Islam sehinggakan surau dan masjid pun nak dikongsi dengan bukan Islam setelah Nik Aziz bersetuju untuk berkongsi nama Allah dengan orang Kafir serta berkongsi pula ayat-ayat Al-Quran sewenang-wenangnya dipergunakan oleh Nga Kor Ming walaupun Nga Kor Ming tidak percaya dan beriman dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.Mungkin selepas ini Nik Aziz boleh membenarkan pengikutnya berhujah dengan menggunakan apa yang terkandung di dalam Bible walaupun kita tidak beriman dan percaya dengan apa yang ada di dalam Bible.

Friday, August 27, 2010

Jual Agama Demi Politik!!!!!!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat tetapi dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam.

Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Manakala orang bukan Islam tersebut harus tampil dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Tetapi Anehnya Teo Nie Ching dibenarkan masuk ke ruang solat utama tanpa menutup aurat di dalam masjid, sepertimana syarat yang biasa digariskan kepada bukan Islam di mana-mana masjid di Malaysia sebelum ini.


ulasan:

Ini apa dah jadi dengan surau di Selangor, sampai dah tak ada ustaz yang boleh nak menyampaikan tazkirah dalam bulan Ramadhan sampai panggil yang bukan Islam??Seringkali jika ada majlis pernikahan dilakukan di masjid-masjid, maka Imam akan meminta agar perempuan yang tidak menutup aurat duduk di luar masjid dan bukannya di dalam masjid, sebagai menghormati kesucian masjid tersebut.Namun yang berlaku, Imam di dalam gambar tu seolah-olah menjadi bodoh sehingga tak boleh nak berkata apa-apa dan hanya melihat sahaja kemungkaran di depan mata. Imam tu tak tanya ke wanita tersebut, dah mandi hadas ke belum nak masuk ruang solat ni?Ustaz-ustaz yang tak bertauliah pun tidak diizinkan memberi tazkirah, ini pula seorang wanita yang terang-terangan kafir yang menolak Islam.Apa dah jadi ni sampai jual agama demi politik!!!!!!!



Thursday, August 19, 2010

Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor.



Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa.........

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, semoga puasa tahun ini lebih baik dari puasa yang lepas-lepas.Tuan Blog memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah kata, tersilap nukilan dan menyinggung perasaan sesiapa yang membaca blog ini.Kebenaran memperjuangkan I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar akan terus diperjuangkan hingga ke akhir hayat tanpa menoleh ke belakang lagi.Kebenaran akan terus ditegakkan dan kebathilan akan terus ditentang walaupun ianya pahit untuk dilaksanakan. Selamat Berpuasa.

Saturday, August 7, 2010

Dr Asri Mencipta Soalan Palsu.

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

sinar3.jpg

Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.

Rasa nak ketawa bila membaca posting Dr Asri di laman webnya tentang soalan beberapa orang yang pastinya tidak wujud.Yang bertanya dikatakan berasal dari Selangor dan sudah tentu pula penceramahnya menyampaikan ceramahnya di Selangor juga.Sepanjang pengalaman saya bila mendengar ceramah tentang Ramadhan dan solat Tarawikh, belum ada seorang pun penceramah yang mengatakan tidak boleh melakukan Solat Tarawikh 11 rakaat, apatah lagi nak menyesatkan orang yang tidak membaca selawat yang mengiringi setiap rakaat dalam Solat Tarawikh.Malah Solat Tarawikh ini bukanlah satu kefardhuaan dan tidak sesat bagi mereka yang tidak mengamalkannya disebabkan kemalasannya dalam menambahkan amal di bulan Ramadhan seperti apa yang dilakukan oleh golongan Wahabi.

Sebelum ini Dr Asri juga mencipta soalan tentang amalan-amalan sunat dalam bulan Sya'aban dengan meletakkan nama penanyanya berasal dari Bangi Selangor.Maka mulalah Sang Wahabi ini memainkan peranannya berhujah mengikut kemahuannya membida'ahkan amalan-amalan sunat umat Islam.Malah Sang Wahabi ini memulakan peranannya untuk mengatakan tentang hadis-hadis palsu tentang fadhilat beramal di bulan Rejab dan Sya'aban.

Aduhai Dr Asri, kenapa begini jadinya perilaku kamu dengan mencipta soalan yang begitu bodoh dan dangkal demi mencapai matlamat kamu untuk berhujah palsu.Kalaupun kamu ingin mengeluarkan hujah-hujah kamu untuk membida'ahkan amalan umat Islam, tak perlulah kamu mencipta soalan yang dilihat langsung tak masuk akal.Alangkah malangnya umat Islam yang membaca dan terpengaruh dengan posting yang kamu lakukan, sedangkan soalan yang sebegitu sebenarnya tidak pernah wujud dan merupakan pembohongan kamu sahaja untuk mencipta nama.Kesihan juga kita tengok bila cara terdesak begini dilakukan oleh seseorang yang pernah di gelar sebagai Mufti.Selepas ini tak tahu pula kita, apa soalan yang akan dicipta oleh Si Asri ini untuk menipu para pembacanya.