Saturday, August 7, 2010

Dr Asri Mencipta Soalan Palsu.

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

sinar3.jpg

Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.

Rasa nak ketawa bila membaca posting Dr Asri di laman webnya tentang soalan beberapa orang yang pastinya tidak wujud.Yang bertanya dikatakan berasal dari Selangor dan sudah tentu pula penceramahnya menyampaikan ceramahnya di Selangor juga.Sepanjang pengalaman saya bila mendengar ceramah tentang Ramadhan dan solat Tarawikh, belum ada seorang pun penceramah yang mengatakan tidak boleh melakukan Solat Tarawikh 11 rakaat, apatah lagi nak menyesatkan orang yang tidak membaca selawat yang mengiringi setiap rakaat dalam Solat Tarawikh.Malah Solat Tarawikh ini bukanlah satu kefardhuaan dan tidak sesat bagi mereka yang tidak mengamalkannya disebabkan kemalasannya dalam menambahkan amal di bulan Ramadhan seperti apa yang dilakukan oleh golongan Wahabi.

Sebelum ini Dr Asri juga mencipta soalan tentang amalan-amalan sunat dalam bulan Sya'aban dengan meletakkan nama penanyanya berasal dari Bangi Selangor.Maka mulalah Sang Wahabi ini memainkan peranannya berhujah mengikut kemahuannya membida'ahkan amalan-amalan sunat umat Islam.Malah Sang Wahabi ini memulakan peranannya untuk mengatakan tentang hadis-hadis palsu tentang fadhilat beramal di bulan Rejab dan Sya'aban.

Aduhai Dr Asri, kenapa begini jadinya perilaku kamu dengan mencipta soalan yang begitu bodoh dan dangkal demi mencapai matlamat kamu untuk berhujah palsu.Kalaupun kamu ingin mengeluarkan hujah-hujah kamu untuk membida'ahkan amalan umat Islam, tak perlulah kamu mencipta soalan yang dilihat langsung tak masuk akal.Alangkah malangnya umat Islam yang membaca dan terpengaruh dengan posting yang kamu lakukan, sedangkan soalan yang sebegitu sebenarnya tidak pernah wujud dan merupakan pembohongan kamu sahaja untuk mencipta nama.Kesihan juga kita tengok bila cara terdesak begini dilakukan oleh seseorang yang pernah di gelar sebagai Mufti.Selepas ini tak tahu pula kita, apa soalan yang akan dicipta oleh Si Asri ini untuk menipu para pembacanya.

No comments: