Thursday, October 14, 2010

Bala Dari Allah Pasti Datang.

Di saat ini, malam Juma'at, umat Islam sedang mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau dengan bacaan Yasin,bertahlil dan ada di antaranya membaca Maulid Nabi kerana mereka mengharapkan agar rahmat Allah akan turun. Di saat ini juga ada umat Islam yang sedang meraikan bakal-bakal haji yang akan berangkat ke Mekah. Malam Juma'at adalah malam yang penuh dengan keberkahan, maka ramai yang mempertingkatkan amalan-amalan sunat untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan ke hari akhirat.
Namun malang sekali, pada malam Juma'at yang penuh dengan keberkahan ini, pesta maksiat pula berlangsung di Stadium Bukit Jalil tanpa menghiraukan bantahan-bantahan mereka yang tahu akan hukum-hakamnya. Seorang penyanyi yang penuh dengan kontroversi bernama Adam Lambert diundang untuk mengepalai pesta maksiat tersebut dengan nyanyianya.
Mana dia Mufti-Mufti kita??? Mana dia penasihat agama???Mana dia ustaz-ustaz kita??? Negara kita sudah tidak selamat lagi dari bala Allah jika keadaan sebegini masih berterusan.Saban hari terpampang di dada-dada akhbar tentang masalah gejala sosial,buang bayi,seks luar tabi'i, sumbang mahram,rogol dan bermacam-macam lagi yang dah tak larat kita dengar.Maka datanglah penasihat-penasihat agama memberi ceramah agar perkara ini dibendung dari terus berleluasa.Nak bendung macamana jika pesta maksiat masih diberi ruang secukupnya untuk terus menguasai negara ini?Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin yang sering menasihati rakyatnya dengan tema "modal insan".Kamu yang bagi lampu hijau untuk pesta maksiat ini, bagaimana kamu nak lahirkan "modal insan"???
Besok Hari Juma'at, khatib akan membaca doa agar negara ini terselamat dari segala bala bencana, aman dan sebagainya.Apakah Allah akan mendengar doa kita jika perkara yang mungkar tidak dicegah???Rasanya kita sudah bosan dengan segala yang keluar dari mulut orang yang memegang tampuk kuasa agar umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah setiap kali berlangsungnya tilawah Al-Quran.Semuanya dusta,munafiq,pembohong dan cuba menipu Allah dengan kata-katanya.Maka dengan itu, tunggu saja kerana bala dari Allah pasti akan turun.

Friday, October 8, 2010

Di manakah Pendirian Kita???

Di saat dunia Islam dikejutkan dengan perbuatan biadap paderi tua Terry Jones yang ingin membakar beribu-ribu nashkah Al-Quran, umat Islam di negara ini dilihat sepi dalam usaha untuk mengutuk perbuatan biadap paderi tua tersebut.Begitu juga dengan tindakan seorang paderi yang murtad iaitu Benjamin Stephen menghina Islam, menghina Nabi Muhammad s.a.w dan menghina kandungan kitab suci Al-Quran dalam ceramahnya di sebuah gereja, tidak ada tanda-tanda langsung kelibat umat Islam yang keluar beramai-ramai untuk mengutuk perbuatan si Dajal tersebut. Apakah tidak ada sekelumit pun perasaan marah di hati kita bilamana Islam dihina sebegitu rupa???
Sebelum ini ada juga usaha umat Islam yang keluar beramai-ramai membantah akhbar Jyllands Postem Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w. dengan berdemo di hadapan kedutaan Denmark.Namun untuk mengutuk dan membantah tindakan paderi tua Terry Jones dan perbuatan Benjamin Stephen, tidak pula dilakukan sebagaimana sebelum ini. Apakah tindakan kedua-dua Dajal ini tidak membangkitkan kemarahan di kalangan kita sebagai umat Islam???
Jika satu ketika dulu, umat Islam begitu marah apabila pihak gereja ingin menggunakan kalimah Allah di dalam geraja mereka.Apakah tindakan ini ikhlas untuk mempertahankan kalimah Allah atau tidak lebih dari pengaruh politik sahaja???
Begitu juga apabila ada pihak yang menganjurkan demo untuk menuntut hak royalti minyak???Kenapa mereka-mereka ini tidak berdemo untuk membantah tindakan Terry Jones dan perbuatan Benjamin Stephen???
Ada juga yang menganjurkan demo apabila seorang Tok Guru membaca doa laknat ke atas seorang pemimpin negara.Kenapa kumpulan ini sepi dalam mempertahankan Al-Quran dari dibakar oleh Syaitan yang bernama Terry Jones dan Iblis yang bernama Benjamin Stephen???
Seharusnya pegangan politik perlu dibuang jauh-jauh apabila Al-Quran diperlakukan sedemikian rupa, Nabi Muhammad s.a.w dihina dan Islam dipersendakan.Tidak kiralah samada kita dari PAS atau UMNO atau PKR sekalipun, apabila Islam dicabar, perlu kita bangkit menentang dengan sekeras-kerasnya.Dalam UMNO ada umat Islam, dalam PAS pun begitu dan PKR juga sama.Marilah kita berganding tangan dalam mempertahankan maruah Islam agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain.