Friday, October 8, 2010

Di manakah Pendirian Kita???

Di saat dunia Islam dikejutkan dengan perbuatan biadap paderi tua Terry Jones yang ingin membakar beribu-ribu nashkah Al-Quran, umat Islam di negara ini dilihat sepi dalam usaha untuk mengutuk perbuatan biadap paderi tua tersebut.Begitu juga dengan tindakan seorang paderi yang murtad iaitu Benjamin Stephen menghina Islam, menghina Nabi Muhammad s.a.w dan menghina kandungan kitab suci Al-Quran dalam ceramahnya di sebuah gereja, tidak ada tanda-tanda langsung kelibat umat Islam yang keluar beramai-ramai untuk mengutuk perbuatan si Dajal tersebut. Apakah tidak ada sekelumit pun perasaan marah di hati kita bilamana Islam dihina sebegitu rupa???
Sebelum ini ada juga usaha umat Islam yang keluar beramai-ramai membantah akhbar Jyllands Postem Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w. dengan berdemo di hadapan kedutaan Denmark.Namun untuk mengutuk dan membantah tindakan paderi tua Terry Jones dan perbuatan Benjamin Stephen, tidak pula dilakukan sebagaimana sebelum ini. Apakah tindakan kedua-dua Dajal ini tidak membangkitkan kemarahan di kalangan kita sebagai umat Islam???
Jika satu ketika dulu, umat Islam begitu marah apabila pihak gereja ingin menggunakan kalimah Allah di dalam geraja mereka.Apakah tindakan ini ikhlas untuk mempertahankan kalimah Allah atau tidak lebih dari pengaruh politik sahaja???
Begitu juga apabila ada pihak yang menganjurkan demo untuk menuntut hak royalti minyak???Kenapa mereka-mereka ini tidak berdemo untuk membantah tindakan Terry Jones dan perbuatan Benjamin Stephen???
Ada juga yang menganjurkan demo apabila seorang Tok Guru membaca doa laknat ke atas seorang pemimpin negara.Kenapa kumpulan ini sepi dalam mempertahankan Al-Quran dari dibakar oleh Syaitan yang bernama Terry Jones dan Iblis yang bernama Benjamin Stephen???
Seharusnya pegangan politik perlu dibuang jauh-jauh apabila Al-Quran diperlakukan sedemikian rupa, Nabi Muhammad s.a.w dihina dan Islam dipersendakan.Tidak kiralah samada kita dari PAS atau UMNO atau PKR sekalipun, apabila Islam dicabar, perlu kita bangkit menentang dengan sekeras-kerasnya.Dalam UMNO ada umat Islam, dalam PAS pun begitu dan PKR juga sama.Marilah kita berganding tangan dalam mempertahankan maruah Islam agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain.

1 comment:

abu mohsein said...

Syiah tidak pernah mengkafirkan sahabat nabi
Ayatullah Jaafar Subhani salah seorang Marji' Taqlid terkemuka menyatakan, "Syiah tidak pernah mengkafirkan para sahabat, bahkan mencintai dan menghormati mereka. Namun kami tidak menganggap mereka semua adil."




Qom- Petang Selasa kelmarin, Ayatullah Jaafar Subhani dalam kuliah tafsir surah al-Hasyr di Madrasah 'Ali Fiqh mendedahkan, "Hanya orang yang tidak berpelajaran sahaja yang menganggap sahabat nabi bersikap adil dari awal sampai akhir hayat mereka, atau mengatakan riwayat daripada mereka itu muktabar. Meskipun Syiah memberi penghormatan kepada mereka, ini bukanlah alasan untuk menutup mata dan memuktabarkan riwayat daripada sahabat." Beliau menambah, tidak seperti fitnah yang tersebar luas, Syiah juga mengasihi mereka namun sebahagian pembohongan menuduh syiah mengkafirkan sahabat."

"Kekafiran dan keadilan adalah dua masalah entiti yang berbeza dan tidak boleh kedua-duanya dicampur adukkan. Pada pandangan Syiah dikalangan sahabat lebih dari 70 peratus mereka itu bertaqwa dan berlaku adil, namun sebilangan daripada mereka ada juga bersikap tidak adil. Tidak adil dan kafir sangat jauh bezanya."

"Bagaimana mungkin Syiah mengkafirkan semua sahabat sedangkan lebih 150 orang daripada kalangan mereka itu adalah pengikut Ali (as). Oleh itu hendaklah mereka yang membuat tuduhan itu takut kepada Allah dan tidak berdusta lagi." tambah beliau.

Berkenaan riwayat-riwayat Ahlusunnah seperti di dalam Sahih Bukhari beliau mengatakan, "Dalam kitab Sahih Bukhari sebahagian riwayat menunjukkan kemurtadan para sahabat. Syiah menganggap kemurtadan ini adalah berpaling dari kepimpinan, bukannya keluar dari Islam. Oleh itu barangsiapa yang membuat tuduhan liar terhadap Syiah, mereka itu dikira tidak berpelajaran."

Merujuk kepada beberapa peristiwa bersejarah tentang ketidak adilan sebahagian para sahabat, ulama tafsir ini menjelaskan, "Sejarah menunjukkan bahawa sahabat Nabi beberapa kali mengingkari baginda dan banyak ayat telah turun untuk memberi hidayat dan menghalang mereka dari kesesatan dan kefasikan yang mana teladan itu dapat disaksikan dalam surah al-Hasyr."

Ayatullah Subhani menegaskan, "Sebahagian khutbah Nabi dan peperangan setelah wafat baginda seperti perang Jamal, Nahrawan dan..... perkara ini membuktikan sebahagian para sahabat terjebak seperti apa yang dirisaukan baginda dan gugurlah keadilan dari mereka itu."

Menurut beliau lagi, "Allah (swt) mendifinisikan sifat dan ciri-ciri para sahabat di dalam berbagai ayat, namun jelas sekali definisi itu tidaklah meliputi semua sahabat namun kebanyakan daripada mereka termasuk di dalamnya."

"Maksud ayat-ayat seperti ini ialah sahabat hakiki yang memiliki sifat dan personaliti seperti ini sahaja, bukan bermaksud pakaian keadilan dan kesucian dibusanakan ke tubuh semua sahabat." menurut beliau lagi.