Sunday, November 21, 2010

Kesesatan Wahabi Wajib DiBongkar.

Petikan kata-kata di atas keluar dari mulut seorang pelopor Wahabi di Kuala Pilah yang dikenali sebagai Ustaz Hashim Ghani.Walaupun kenyataan ini dikeluarkan pada 15hb. January 1958 sewaktu Us. Hashim Ghani dipanggil mengadap Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan dan berdebat dengan Tuan Mufti ketika itu, SS Tuan Haji Ahmad Bin Hj Said, namun kenyataan guru Wahabi ini masih digunapakai oleh pengikut-pengikutnya di I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah sehingga kini.Maka berlakulah satu penangkapan terhadap beberapa individu di I'ttiba Us-Sunnah yang hanya menunaikan solat zuhur di markas mereka dan beranggapan solat Juma'at yang diadakan di masjid berhampiran melakukan perkara bida'ah yang sesat.
Pihak JHEAINS sudah lama menyedari tentang beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh golongan Wahabi ini di I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah dan seharusnya perkara sebegini harus ditamatkan dengan segera agar tidak menjadi lebih parah lagi.Salah satu tindakan yang perlu diambil ialah dengan merobahkan sahaja premis I'ttiba Us-Sunnah yang terang-terangan telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh JHEAINS.
Ini pula ialah kenyataan yang keluar dari tokoh Wahabi yang menjadi sanjungan golongan Wahabi Malaysia yang memperlekehkan pengajian Sifat 20.Di antara tokoh-tokoh Wahabi di Malaysia yang sering memperlekehkan pengajian Sifat 20 ialah Dr Asri (mantan Mufti Perlis), Fathul Bahri, Sofwan Badri (Pengerusi an-Nida), Rasul Dahri (pendakwah bebas Wahabi) dan beberapa lagi tokoh yang sealiran dengan mereka.Mereka menganggap bahawa pengajian Sifat 20 yang dibawa oleh Asyairah dan Maturidiyyah sebagai ajaran dari Yunani dan Greek. Tokoh-tokoh Wahabi ini sering diberi tempat untuk menyampaikan fahaman mereka oleh mereka yang cetek dalam pengajian ilmu Tauhid dan ini boleh menyebabkan kegelinciran aqidah umat Islam apatah lagi bila mereka mengambil pendekatan dengan menjisimkan zat Allah seperti Allah duduknya di Arasy, ada tangan tak serupa dengan makhluk, ada wajah tapi tak serupa makhluk dan sebagainya. Sedangkan MAHA SUCI ALLAH dari menyerupai makhluknya dan ALLAH ITU WUJUD DAN TAK BERTEMPAT.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang sayangkan aqidah agar tidak dicemari oleh fahaman Wahabi seperti ini, maka WAJIB bagi kita membongkar penyelewengan mereka dan bukanlah untuk memburuk-burukkan nama sesiapa. Ingatlah, apabila rosak aqidah, maka rosaklah segala amalan kita.

Thursday, November 18, 2010

Apakah Erti "Korban" Sebenarnya?

Setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha, begitu banyak binatang ternakan seperti unta, lembu atau kambing dikorbankan oleh umat Islam sebagai memenuhi tuntutan agama agar kita dapat menginfakkan sedikit wang yang ada dalam menjalankan ibadah korban. Ibadah korban ini juga adalah satu cara untuk kita memperingati bagaimana besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang patuh dengan perintah Allah swt apabila diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Selain itu ia juga boleh menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt di atas segala nikmat yang begitu banyak dikurniakan kepada kita sebagai hambaNya serta boleh mendekatkan jurang di antara simiskin dengan sikaya.
Mengikut pendapat Imam Syafie, perkara sunat ini dituntut bagi mereka yang mempunyai harta yang berlebihan dan ibadah korban ini boleh dilakukan sewaktu hari tasyrik, 10,11 dan 12 Zulhijjah. Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang memahami erti sebenar "korban" ini dalam konteks yang lebih luas?
Ramai di antara kita yang menganggap dengan menyertai nama satu bahagian ataupun lebih dalam program ibadah korban binatang ternakan, sudah memadai bagi mereka sebagai melakukan satu pengorbanan untuk setahun. Jika direnung dalam konteks yang lebih luas tentang makna sebenar "korban" itu sendiri, ia merangkumi segala bentuk pengorbanan kita memperhambakan diri kita kepada Yang Maha Esa. Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup mengorbankan waktu tidur mereka untuk bangun malam melakukan solat tahajud walaupun cuma 2 rakaat? Berapa ramai pula yang sanggup berjalan dalam kedinginan subuh untuk bergerak ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh berjema'ah di masjid-masjid berhampiran? Begitu juga, berapa ramaikah yang sanggup duduk sejam atau dua di masjid-masjid bagi mengutip ilmu daripada kuliah-kuliah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput. Berapa ramai pula yang sanggup mencari-cari ilmu walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja bagi mentelaah dan menadah kitab bersama tuan-tuan guru?
Jika dilihat trend hari ini, ramai umat Islam yang begitu bersemangat menyumbangkan tenaga bila program ibadah korban diadakan baik secara persendirian ataupun di masjid ataupun surau-surau.Malah ada di antara mereka sanggup mengorbankan waktu solat fardhu dek sibuknya bekerja dalam program ibadah korban sedangkan kewajipan menunaikan solat fardhu itu lebih utama sekali. Dari pagi selepas sahaja solat sunat Hari Raya selesai, mereka yang bertugas telah bersedia untuk memikul tugas sehingga selesai pada petangnya.Azan Zuhur yang berkumandang pun seolah-olah tiada apa-apa kesan bagi mereka kerana terlalu ghairah bersama-sama teman mengerjakan beberapa ekor lembu. Malah ada juga peserta yang mengambil bahagian kerana adanya lebihan wang melakukan ibadah korban sedangkan solat fardhu diabaikan begitu sahaja.Di manakah nak disandarkannya pahala ibadah korban ini jika solatnya tiada?
Alangkah ruginya jika erti "korban" ini dalam konteks yang lebih luas tidak difahami oleh kita.Takut-takut ibadah korban yang kita lakukan saban tahun hanyalah sebagai satu pesta penyembelihan binatang ternakan tanpa kita memahami maksud yang tersirat di sebaliknya.


Sunday, November 14, 2010

Pengikut Hashim Ghani DiTahan Di Ittiba Us-Sunnah.

JHEAINS tahan tiga lelaki


Anggota penguat kuasa JHEAINS menahan seorang lelaki (tengah) yang dipercayai melakukan perbuatan menyalahi hukum syarak di Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 12 Nov. - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga lelaki termasuk seorang yang mendakwa solat Jumaat di Kampung Parit di sini sebagai amalan bidaah.

Penyelaras Operasi jabatan itu, Mohd. Zol Sidek berkata, ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak dalam satu serbuan di Maahad Ittiba' Assunnah di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka dipercayai melakukan solat zuhur ketika waktu solat Jumaat belum dilakukan lagi tanpa uzur syarie.

Penyelaras Operasi jabatan itu, Mohd. Zol Sidek berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut.

''Salah seorang daripada tiga individu yang ditahan itu juga melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti Kerajaan Negeri.

''Lelaki itu kini ditahan mengikut Seksyen 51 enakmen sama dan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut ditahan adalah dua wanita yang turut berada dalam madrasah berkenaan dan mereka telah dibebaskan selepas keterangan diambil oleh anggota penguat kuasa JHEAINS di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

''Mereka telah menggunakan fahaman sendiri berhubung solat Jumaat. Salah seorang daripadanya mendakwa solat Jumaat yang diadakan di sebuah masjid dalam kariah Kampung Parit di sini merupakan perkara bidaah.

''Disebabkan dakwaan itu, mereka tidak mengerjakan solat Jumaat di masjid berkenaan dan dilihat berada dalam sebuah madrasah di Kilometer 1.5, Jalan Seremban Lama," katanya.

Operasi yang disertai 60 anggota terdiri daripada penguat kuasa JHEAINS, polis dan Majlis Keselamatan Negara cawangan negeri itu diketuai oleh Ketua Unit Operasi, Ahmad Zaki Hamzah.

Katanya, semua yang ditahan itu telah dibawa ke IPD untuk disoal siasat.

''Hasil siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaraya sebelum pertuduhan dapat dibuat di mahkamah kelak," katanya.

ulasan: Sejak Ittiba Us-Sunnah al-Punah ini diterajui oleh penyebar Wahabi iaitu Hashim Ghani lagi, mereka sudah membida'ahkan Solat Jumaat di Masjid Kg. Parit. Inilah rosaknya bila Wahabi tidak dikekang dan Ittiba Us-Sunnah dibiarkan menjalankan aktiviti yang menyongsangkan aqidah umat Islam.Kononnya mereka inilah yang betul-betul mengikut sunnah Nabi sedangkan aqidah yang dibawa ternyata menyongsangkan umat Islam.

Sepatutnya kerajaan negeri mesti bertindak dengan merobohkan bangunan yang mereka gunakan untuk menyongsangkan umat Islam.Penceramah yang pernah ditangkap di sini dulu ialah Us. Rasul Dahri dan Fathul Bahri yang begitu tegar menyampaikan fahaman Wahabi di Kuala Pilah.Syabas kepada JHEAINS kerana bertindak dengan menahan puak-puak Wahabi yang tegar ini.

Monday, November 1, 2010

Terbongkarnya kesesatan Rasul Dahri.


Sudah jelas dan terang seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang penyelewengan Rasul Dahri dalam ceramahnya di Youtube.Rasul Dahri inilah yang pernah diundang ke I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah dan kemudiannya ditangkap kerana cuba menyelewengkan aqidah umat Islam.
Namun sayang kerana masih ada lagi golongan Wahabi yang begitu menyanjung ustaz mereka ini yang terang-terang sudah ditolak oleh begitu ramai para ulama di Malaysia.