Saturday, December 17, 2011

Demi Politik, Hukum Allah DiPersenda!!!




Bagi umat Islam yang beriman, pasti akan terguris dengan penghasilan video klip ini yang ternyata menghina, mempersenda dan memperlekehkan hukum Allah swt.Hukum Hudud ini bukanlah ciptaan manusia tetapi sudah jelas dirakamkan dalam Al-Quran yang berbunyi,“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).Ini adalah salah satu ayat yang saya sebutkan sedangkan ada yang lain lagi dirakamkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran.

Perlaksanaan hukum Hudud ini juga dibahaskan oleh para 'alim ulama dan bukannya sewenang-wenang ia dilaksanakan.Namun disebabkan kejahilan umat Islam itu sendiri, maka hukum Allah ini dipermain-mainkan dan kesannya akan merosakkan aqidah mereka dan terbatallah Imam serta keIslaman mereka sehingga jatuh kepada Murtad.Malangnya persenddan ini disebabkan atas kapasiti politik kepartian, maka tidak ada tindakan diambil oleh mana-mana piak berkuasa seperti Jabatan Agama ataupun Jabatan Mufti untuk memanggil individu-individu yang mengaku beragama Islam di dalam video klip ini untuk dinasihati dan diminta agar bertaubat kepada Allah swt.

Saya menyeru kepada individu-individu yang terlibat menerbitkan video klip ini dan juga pelakon=pelakon dalam video klip ini agar segera bertaubat kepada Allah swt kerana perbuatan mereka ini ternyata adalah satu penghinaan kepada Islam.Begitu juga dengan agamawan-agamawan yang ada di Negara ini seperti Mufti-Mufti, janganlah perkara ini dipandang remeh dan andalah yang berhak memanggil dan menasihati mereka-mereka yang terlibat ini agar bertaubat dengan segera sebelum jasad mereka terkujur dalam keadaan Murtad.Janganlah disebabkan hanya ketaksuban kepada politik kepartian, sehingga sanggup menggadai Iman dan Islam sehingga mengaibkannya di hadapan orang-orang yang bukan Islam.Betaubatlah kamu semua, takutkanlah azab Allah.

Monday, December 12, 2011

Mohd Rizal Azizan Perlu Bertaubat!!!


Mohd Rizal Azizan perlu bertaubat dengan apa yang disampaikannya.Kejahilan kamu menyebabkan kamu dikecam dan dihina di dunia lagi oleh Allah swt apatah kalau di akhirat nanti. Kamu yang memulakan episod ini maka kamu sendirilah yang menanggungnya. Nasihat saya agar kamu berhenti dari menyampaikan ilmu agama kerana penyampaian kamu itu amat menyesatkan orang lain.Bertaubatlah wahai Mohd Rizal Azizan.Ini jawapan untuk apa yang kamu ungkapkan di atas kejahilan kamu sendiri.

Sunday, December 11, 2011

WAHHABIY KALAH MATI DENGAN USTAZ ABU SYAFIQ!!!





Dalam majlis "Diskusi Ahli Sunnah Wal Jamaah & Wahhabiy" di antara tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ustaz Abu Syafiq dan 2 tokoh Wahhabiy Ustaz Fadlan Othman & Hafiz Firdaus yang diadakan di Islamic Information Services, Setiawangsa, golongan Wahabi telah mendapat malu apabila segala persoalan yang dikemukakan kepada Ustaz Abu Syafiq dipatahkan dengan mudah melalui bukti-bukti kukuh hasil tulisan tokoh-tokoh Wahabi sendiri. Berikut ialah sedutan video yang sempat saya rakamkan hasil dari diskusi ilmiah tersebut:




Hafiz Firdaus terperangkap dengan kejahilannya sendiri!!!

Ustaz Abu Syafiq membuktikan apa yang diminta oleh tokoh Wahabi, Hafiz Firdaus manakala Ustaz Fadlan Othman dilihat tidak mampu berhujah dengan persoalan yang ditanyakan oleh Ustaz Abu Syafiq.

Kedua-dua tokoh Wahabi terkedu dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Abu Syafiq.

Berbagai-bagai bukti yang ditunjukkan oleh Ustaz Abu Syafiq tetapi disebabkan kejahilan tokoh-tokoh Wahabi, mereka tetap mengatakan bahawa Allah itu bertempat.Nauzubillah....

Ustaz Fadlan Othman, salah seorang tokoh Wahabi masih cuba menegakkan fahamannya sedangkan segala bukti telah ditunjukkan dengan jelas oleh Ustaz Abu Syafiq.

Akibat jahil, Hafiz Firdaus hanya merujuk kepada kitab-kitab terjemahan kerana gagal memahami kaedah Bahasa Arab dan Ustaz Abu Syafiq terpaksa memberi kefahaman kepada tokoh Wahabi, Hafiz Firdaus yang ternyata jahil dalam berhujah.

Ustaz Fadlan Othman walaupun berfahaman Wahabi tetapi cuba menidakkannya sedangkan terdapat banyak kitab-kitab Wahabi yang mengatakan Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Asqalani bukan dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kesimpulannya. kedua-dua tokoh Wahabi masih tidak faham apa yang diperjelaskan walaupun telah dikeluarkan bukti-bukti yang kukuh akibat kejahilan mereka sendiri mendalami disiplin ilmu aqidah. Mereka juga pada awalnya tidak menyiarkan rakaman video yang dibuat oleh pihak Wahabi sendiri tetapi apabila saya mengeluarkan video ini dengan sengaja memotong beberapa bahagian tertentu (cara nak memerangkap mereka), akhirnya pihak Wahabi menyiarkan video penuh diskusi ini dan hasilnya, terdapat komen-komen dari penonton yang lebih memihak kepada hujah yang disampaikan oleh Abu Syafiq berbanding hujah-hujah tokoh-tokoh Wahabi ini. Berikut ialah komen-komen yang terdapat dalam video yang di siarkan oleh Wahabi yang menukar tajuknya:

zalpas2000 1 day ago firdaus terperangkap.....dngan soalan sendiri......lari2 dari....dr menjawab...soalan abusyafik....last2 telan air liur setelah diberi.....bukti.....tq abu aqif....

@sjsman2 tak belajar langsung, tengok ipad, tak tahu bahasa arab semata-mata nak jadi wahhabi ?

anda pakai jersi wahabi, masuk dalam pasukan wahabi, main dalam pasukan wahabi, tiba2 anda cakap anda bukan wahabi..susah org nak terima..

Monday, November 28, 2011

WAHHABIY BERSATU!!!

Dr Ahmad Jusoh
Aizam Mas'od.

Nampaknya Wahhabi semakin meluaskan pengaruhnya di Melaka. Aizam Mas'od yang seringkali tidak mengaku bersekongkol dan menyebarkan fahaman Wahabi kini bersatu pula dengan Dr Ahmad Jusoh, Wahabi dari Perlis dalam satu seminar yang bertajuk, "Seminar Tasawuf Dan Tarekat" yang akan diadakan pada 14 Disember 2011 di Masjid Saidina Abu Bakar Universiti Teknikal Melaka. Kita nak lihat bagaimana golongan Wahabi ini memperlekehkan ilmu tasawuf dan tarekat yang seringkali kita amalkan dan menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagaimana Aizam Mas'od, sebagai Pegawai Penyelidikan Akidah Cawangan JAKIM boleh bersatu dengan Dr Ahmad Jusoh, menjadi satu persoalan kepada kita dan ini adalah satu kenyataan bahawa Wahabi tidak akan bersatu dengan Ahli Sunnah tetapi Wahabi akan tetap bersama mereka yakni Wahabi juga yang membawa fahaman yang selari dengan pemikiran mereka.

Program Bersama Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.



Dijemput muslimin dan muslimat menghadiri majlis ilmu yang diadakan bagi memantapkan lagi pemahaman kita terutama sekali dalam bab aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Dapatkan penjelasan dari Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari bagi menjalankan ibadat solat sebagaimana yang diajar oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. agar solat yang kita lakukan mendapat ganjaran tertinggi dari Allah swt.

Monday, November 21, 2011

WAHABI BIADAP, HINA ZIKIR IMAM SYAFI'E.


Bacaan yang sering kita baca untuk memohon ampun dari Allah swt tetapi dihina dengan hukuman khurafat, Syirik dan karut marut oleh Wahabi yang berlagak seperti Ustaz bernama Mohd Rizal Azizan.Lokasi ceramahnya di Bukit Jelutong inilah menjadi markas puak-puak Wahabi seperti Fathul Bari menyampaikan ajarannya kepada orangramai.Dengar sendiri bagaimana biadap dan kurang ajarnya Wahabi bernama Mohd Rizal Azizan memperlekehkan zikir atau lebih dikenali sebagai doa taubat yang senantiasa dibaca oleh Salafussoleh dan ulama-ulama kita.

Forum Perdana : Bida'ah : Antara Hasanah & Dhalalah.

Alhamdulillah, pada 19 Nov. 2011, bertempat di hadapan Pejabat Pustaka Syeikh Nuruddin (PSN) di Bandar Pinggiran Subang, dapat saya merakamkan Forum Perdana yang diadakan untuk dikongsi bersama-sama bagi sesiapa yang tidak dapat menghadiri majlis yang penuh bermakna itu.Perbincangan tajuk yang diadakan begitu penting sekali agar semua umat Islam dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan Bida'ah.

Video 1
Video 2
Video 3
Video 4.

Harapan saya, semoga PSN Sdn. Bhd akan menjadi tonggak kepada penerbitan buku-buku yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dalam mendidik masyarakat untuk membaca bahan bacaan oleh ilmuan Islam beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diakui taraf keilmuannya dan memiliki sistem pendidikan yang bersanad sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Tahniah PSN Sdn. Bhd.

Friday, November 11, 2011

WAHHABIY GUNA PENGARUH POLITIK!!!

Ceramah Perdana Di Masjid Padang Lalang, Bkt Mertajam, P.Pinang.
Baik betul si Wahhabiy Asri ini dengan Lim Guan Eng.....
Inilah dia si Dajal yang menggagalkan majlis ilmu yang akan disampaikan oleh Ustaz Zamihan al-Ghari di Masjid Hashim Yahya Pulau Pinang. Sepatutnya majlis tersebut akan diadakan pada 12 November 2011, selepas Solat Maghrib tetapi Malik Kassim menggunakan kuasanya sebagai Exco Agama P.Pinang yang dilantik oleh Lim Guan Eng mengarahkan Jabatan Agama P.Pinang untuk mengumumkan pembatalan Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Ustaz Zamihan al-Ghari yang bertajuk "Siapa Sebenarnya Wahhabiy"?. Takut betul golongan Wahabi dengan buku terbaru Ustaz Zamihan ini kerana buku ini telah membongkar segala jenayah Wahabi satu persatu. Inilah dia cara Wahabi, apabila gagal dalam berhujah, maka mereka menggunakan kuasa politik yang ada untuk menyekat ceramah tokoh-tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kita tahu ada pakatan di antara Dr Asri dengan Malik Kassim untuk menghalang majlis ilmu Ustaz Zamihan al-Ghari. Mereka mengambil kesempatan dalam ketiadaan Dato' Mufti Pulau Pinang yang pergi menunaikan fardhu haji maka dengan itu mereka bertindak mengikut kuasa politik yang ada. Sanggup betul si Malik Kassim ini duduk di bawah pemerintahan golongan Kafir demi untuk mendapat kedudukan sebagai Exco Agama. Hai...Exco agama pun boleh pergi tengok fashion show juga ke??? Malik Kassim inilah yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul di P.Pinang bagi menyambut sambutan yang diadakan.
Sebagaimana yang kita maklum, Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari telah beberapa kali dipanggil berceramah di Pulau Pinang oleh Dato' Mufti sendiri yang merupakan guru kepada Ustaz Zamihan. Alasan yang diberi oleh Wahabi ialah, Ustaz Zamihan al-Ghari membawa perpecahan umat, satu alasan yang dangkal lagi jahil!!! Siapa yang mencipta perpecahan, kami Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang kepada majoriti ulama ataupun Wahabi yang hanya berpegang kepada 2-3 kerat ulama mereka seperti Ibn Taimiyyah, Muhammad Ibn Wahab, Ibn Qayyim dan 2-3 kerat lagi. Siapa yang sering mengkafirkan ulama-ulama muktabar???Siapa dia yang menuduh bida'ah, sesat. syirik, masuk Neraka terhadap golongan yang beramal dengan amalan-amalan sunat yang diajar oleh ulama muktabar??? Nampaknya pembongkaran demi pembongkaran tentang jenayah dan kesesatan Wahabi yang menjisimkan Zat Allah swt yang dilakukan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari membuatkan Wahabi seperti Dr Asri, Fathul Bari, Dr Azwira, Aizam Mas'od, Juanda dan yang sealiran dengan mereka gentar dan tidak berani dengan kehadiran Ustaz Zamihan ke Pulau Pinang. Mungkin juga ini merupakan satu dendam Dr Asri terhadap Ustaz Zamihan apatah lagi Dr Asri pernah dimalukan apabila dia ditangkap oleh JAIS di Selangor.
Apa pun saya tabik dengan keputusan yang dibuat oleh Ustaz Zamihan agar tidak meneruskan ceramahnya di Masjid Hashim Yahya kerana ia adalah angkara halangan dari Exco Agama Malik Kassim. Lihatlah bagaimana si Asri al-Wahabi dan rakan-rakannya yang lain, apabila Sultan Selangor bertitah agar penceramah yang tidak bertauliah tidak dibenarkan berceramah di Selangor, namun mereka masih degil juga dan akhirnya apabila ditangkap, mulanya mencari publisiti murahan di dada akhbar dan telivisyen. Kita akan lihat bagaimana akhirnya kuasa politik yang ada pada Malik Kassim, kerana dia tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Exco Agama P.Pinang apatah lagi hanya berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara sahaja.Buktinya:
Work Info
Education Info
Gender
Male
Email
abdmalik@penang.gov.my

Soalnya...bagaimana seseorang yang bukannya dari kelulusan universiti yang berteraskan kepada ilmu agama boleh dilantik menjadi Exco Agama???Inilah dia seperti apa yang disabdakan oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.,"Apabila urusan agama diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran....." Semoga kuasa politik yang disalahgunakan oleh Malik Kassim ini tidak akan kekal lama dan apabila dia menghalang majlis ilmu yang baik yakni untuk menyelamatkan aqidah umat Islam agar tidak terpengaruh dengan aqidah batil yang dibawa oleh Wahabi, maka tunggulah balasan dari Allah swt terhadap kamu.

Wednesday, November 9, 2011

Siri Jelajah Ustaz Zamihan al-Ghari.


Dijemput semua umat Islam untuk hadir ke Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari bermula di Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru pada 12 November 2011, kemudian akan berlangsung pula pada sebelah malamnya selepas Solat Maghrib di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang. Pada 13 November, satu lagi Ceramah Perdana akan diadakan selepas Solat Maghrib di Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam. Dengar sendiri penerangan tentang Wahhabiy yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari dan sesi soal jawab juga akan diadakan bagi menghuraikan segala permasalahan agama ataupun perihal Wahhabiy bersama Ustaz Zamihan al-Ghari.

Tuesday, November 8, 2011

Khianat Amanah.

Aidiladha sudah dua hari berlalu tetapi saya sering ditanya oleh masyarakat yang mendiami blok saya dengan pertanyaan,"Tahun ini, Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan tak ada agihkan kupon ke untuk ahli kariah mengambil daging?" Setiap kali saya keluar dari rumah dan bertemu dengan orangramai dari blok saya, itulah pertanyaan yang diajukan kepada saya.Maka saya menjawab, rujuklah dengan Ketua Blok jika ada kupon untuk mengambil daging korban diserahkan kepada beliau.Namun jawapan mereka ialah,"Ketua Blok sendiri pun tak dapat kupon dan tak pernah dipanggil untuk mengambil kupon." Salah seorang darinya berkata, dia telahpun menalipon ke pejabat masjid untuk bertanyakan hal ini dan pegawai masjid berkata, kupon telahpun diserahkan kepada Persatuan Penduduk Blok E tetapi mana kuponnya untuk penduduk Blok E15???
Sebenarnya saya tidak berminat lagi untuk menulis perihal masjid ini, namun apabila pertanyaan demi pertanyaan diajukan oleh orangramai kepada saya, maka terpaksalah saya mengulasnya di sini.Sememangnya saban tahun, saya sering diamanahkan untuk mengagih-agihkan kupon kepada penduduk di blok saya tetapi tidak pada tahun ini.Selalunya saya akan naik satu rumah ke satu rumah untuk menyerahkan kupon tersebut dan saya juga meletakkan notis di papan kenyataan blok agar mereka yang belum mendapatkan kupon bolehlah mendapatkannya dari rumah seorang jiran saya yang senantiasa 24 jam berada di rumah.Ini memudahkan mereka mendapatkan kupon setiap kali turun dari tangga kerana rumah tersebut di tingkat bawah dan menjadi laluan orangramai.Maka tidak hairanlah jika orangramai akan bertanya kepada saya tentang kupon tersebut dan saya juga musykil takut-takut ada yang beranggapan saya telah mengkhianati amanah yang diberi sedangkan pada tahun ini tidak ada penyerahan kupon daging korban yang diberikan kepada saya.
Timbul persoalan di sini, siapakan yang telah mengkhianati amanah tersebut???Ini bukanlah isu besar tentang mendapatkan sepotong-dua daging korban tetapi ia berhubung-kait dengan soal menjalankan amanah yang dipikul.Bagi pihak masjid, mereka telahpun menyerahkannya kepada Persatuan Penduduk Blok E tetapi siapakah dia yang memikul amanah tersebut???Blok E15 hanya terletak lebih kurang 150 meter sahaja dari masjid tetapi bagaimana perkara sebegini yang melibatkan soal amanah boleh berlaku???Nampaknya pihak yang memegang amanah tersebut samada pihak masjid ataupun Persatuan Penduduk Blok E terpaksa menjawab kepada seluruh penduduk Blok E15 yang dihuni lebih seratus orang.
Sememangnya dulu, saya adalah jemaah tetap di masjid ini tetapi disebabkan saya lebih banyak menumpukan pengajian saya di Bayt Al-Hikmah Ampang serta sering juga mengikuti program pengajian dan ceramah oleh sahabat saya Ustaz Zamihan al-Ghari maka saya hanya dapat berjemaah di masjid ini dalam Solat fardhu Subuh sahaja.Amatlah malang sekali, jika pihak Masjid Ar-Rahimah begitu gah dengan penyembelihan 19 ekor lembu pada tahun ini tetapi tidak secubit daging pun yang dapat dirasai oleh anak kariah Blok E15. Sekali lagi saya nyatakan di sini, ia bukanlah masalah mendapatkan daging kerana saban hari penduduk di sini mampu untuk membeli daging-daging di pasar TETAPI ianya melibatkan soal AMANAH yang akhirnya menjadi fitnah pada persepsi masyarakat bahawa pihak masjid sebenarnya telah gagal menjalankan amanah walaupun alasan yang diberi dengan menyatakan bahawa kupon telah diserahkan kepada Persatuan Penduduk Blok E. Adalah diharap pihak Masjid Ar-Rahimah lebih berhati-hati selepas ini agar perkara yang dianggap kecil sebegini tidak menjadi fitnah orangramai sehinggakan kepercayaan orangramai akan terhakis dek perkara kecil sebegini. Saya juga menyusun jari sepuloh memohon ampun dan maaf kerana tulisan ini bukanlah untuk mengaitkan kesalahan kepada pihak masjid tetapi ia adalah sekadar satu peringatan agar lebih bertanggung-jawab dalam melaksanakan amanah yang diberi dan pihak masjid juga bolehlah merujuk kepada Persatuan Blok E jika benar amanah itu telahpun diserahkan kepada mereka.

Monday, November 7, 2011

Aidil Adha Bersama Ulama Hadith.

Al-Musnid Muhadith Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki berkhutbah.
TG Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki dikerumuni oleh jemaah selepas selesai berkhutbah.

Sambutan Aidil Adha pada tahun ini begitu bermakna sekali bagi saya dan keluarga apabila berpeluang untuk bersama-sama seorang ulama Hadith yang disegani di Masjid Darul Ehsan Taman TAR, Ampang Selangor. Sejak awal pagi lagi saya sudah bertolak untuk ke Masjid Darul Ehsan apabila mendapat berita bahawa khutbah Hari Raya Aidil Adha akan disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki. Sememangnya penyampaian khutbahnya tanpa teks itu meninggalkan satu kesan yang amat mendalam ke benak hati jemaah yang hadir sehinggakan ramai di antaranya tidak dapat menahan sebak dan menangis dikala mendengar penyampaian khutbah dari Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki.
Di antara intipati khutbahnya, beliau berpesan agar kita mencontohi Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. agar tidak mendoakan kebinasaan terhadap orang lain walaupun seseorang itu adalah ahli maksiat.Pengajaran kisah Nabi Ibrahim a.s. yang terpaksa membayar kaffarah sehinggakan diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. menjadi pengajaran kepada seluruh jemaah yang hadir yang tidak pernah diceritakan oleh mana-mana khatib pun tentang sejarah yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. Kebanyakan khatib hanyalah akan menceritakan tentang kisah penyembelihan Nabi Ismail a.s. tetapi hakikat sebenar perintah itu diturunkan tidak pernah disampaikan oleh khatib-khatib yang membaca khutbah.
Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki juga meminta agar semua umat Islam bersatu dengan aqidah yang sahih yakni aqidah yang disepakati oleh majoriti ulama mengikut aqidah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda.Tuan Syeikh juga bercerita bagaimana pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. pada 10 Zulhijjah, bermunajat di Padang Arafah agar umatnya diampunkan dosa mereka oleh Allah swt tetapi malangnya ramai di kalangan umat Islam yang tidak menghargai pengorbanan Nabi s.a.w. malah ada yang sanggup merendahkan darjat Nabi s.a.w. ke tahap manusia biasa dan ada yang sanggup menghina keturunan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sesungguhnya penyampaian khutbah sebegini tidak terdapat di mimbar-mimbat masjid yang lain kerana kebanyakan khatib-khatib hanyalah membaca khutbah, bukan menyampaikannya dan ianya dibaca adalah disebabkan tugasan.Maka tidak hairanlah apabila kita sering melihat, ramai di antara jemaah akan tertidur atau merasa bosan apabila khutbah yang dibaca tanpa ada keikhlasannya.Namun begitu tidak semua khatib-khatib seperti itu tetapi hakikatnya jika khutbah itu hanyalah dibaca sebagai pelengkap kepada rukun sahnya solat Hari Raya tersebut, maka ianya gagal untuk menarik orangramai mendengarnya apatah lagi nuntuk memahami dan mengambil iktibar dari bacaan khutbah tersebut.

Monday, October 31, 2011

Ahli Sunnah Perlu Bertindak Pro-Aktif.

Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari berceramah dengan fakta yang sahih.
Sebahagian Jemaah Masjid Paroi Jaya, Seremban, N.S.
Cenderahati Untuk Dato' Hj Sulaiman (Nazir Masjid Paroi Jaya Seremban)
Alhamdulillah, program Ceramah Perdana di Masjid Paroi Jaya Seremban berjaya mendapat tumpuan sekalian hadirin. Meskipun dalam masa yang sama berlangsungnya pertandingan akhir bolasepak Piala Malaysia di antara N.Sembilan dan Terengganu, namun kehadiran orangramai ke Masjid Paroi Jaya Seremban amat membanggakan.
Saya selaku orang yang bertanggung-jawab menyusun program ini amat terharu dengan kerjasama yang begitu baik yang ditunjukkan oleh seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid Paroi Jaya kerana mereka amat bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini dengan jayanya.Maka saya hamba yang hina mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga kerja Masjid Paroi Jaya dengan komitmen yang begitu tinggi yang ditunjukkan oleh mereka. Rata-rata hadirin yang hadir begitu teruja dengan pembentangan hujah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari, seorang ulama muda yang begitu gigih memperjuangkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Semoga program seperti ini akan berterusan sepanjang masa demi menegakkan aqidah yang benar dan memberi kefahaman kepada orangramai tentang bahayanya fahaman-fahaman seperti Wahabi,Syiah,Hizbut Tahrir dan lain-lainnya agar tidak menjadi ikutan generasi yang ada.Maka dengan itu wajiblah kita bertindak lebih pro-aktif menyusun program-program sebegini bagi memastikan aqidah yang telah lama disepakati oleh jumhur ulama tidak diselewengkan oleh pelampau-pelampau agama yang meracuni pemikiran umat Islam dengan aqidah yang bathil.

Wednesday, October 19, 2011

Jemputan Ceramah Perdana.

Satu Ceramah Perdana akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Bin Haji Mat Zin al-Ghari akan diadakan di Masjid Paroi Jaya Seremban pada 29 Oktober selepas Solat Maghrib.Al-Fadhil Ustaz Zamihan akan mengupas isu-isu aqidah dan akan memperjelaskan kepada umat Islam tentang bahayanya fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam liberal. Al-Fadhil Ustaz Zamihan dikenali di Nusantara sebagai seorang ulama yang begitu tegas dan berani demi mempertahankan aqidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sama-sama kita mengimarahkan Masjid Paroi Jaya, Seremban pada malam tersebut agar kita tidak mudah tertipu dengan fahaman-fahaman seperti Wahhabiy khususnya yang membawa aqidah yang bathil.

Penulis buku bertajuk "Siapa Sebenarnya Wahhabiy" ini telah menyampaikan lebih daripada 2000 ceramah berkaitan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai Universiti, Institut Pengajian Tinggi, Kementerian dan Jabatan Kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan, Masjid-Masjid & Surau-Surau dan pelbagai Syarikat swasta. Kehadiran Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari sebagai pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah amat digeruni oleh pihak Wahhabiy, Syiah dan lain-lain lagi apatah lagi beliau senantiasa mematahkan hujah-hujah golongan pelampau agama dengan berpandukan kepada nas Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. Maka tidak hairanlah jika kehadiran Al-Fadhil Ustaz Zamihan setiap kali menyampaikan ceramahnya, akan dipenuhi oleh masyarakat untuk mendengar sendiri kalam yang disampaikan oleh ulama muda ini. Sesungguhnya kita harus merasa bersyukur dengan kelahiran anak muda ini yang tegas dalam mempertahankan aqidah dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada diperkotak-katikkan oleh golongan pelampau agama yang ekstrim. Adalah diharap akan lahir lagi ulama-ulama yang berani menegakkan kebenaran tanpa perlu takut seperti apa yang dilakukan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan agar keharmonian beragama mengikut apa yang telah digariskan oleh jumhur ulama tidak diperlekehkan oleh golongan pelampau agama terutamanya golongan Wahhabiy.

Sunday, September 25, 2011

Perasmian Kolej Islam As Sofa.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan nikmat yang tidak terhitung kepada hambaNya. Yayasan Sofa pimpinan Tuan Guru Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al-Maliki telah mengorak satu lagi kemajuannya dalam bidang pendidikan apabila tertubuhnya satu-satunya kolej yang memperjuangkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Kolej Islam As Sofa.Majlis yang berlangsung pada 18 September 2011 bersamaan dengan 20 Syawal 1432H telah disempurnakan oleh Al-Musnid Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad al Maliki dengan dihadiri oleh semua pencinta ilmu. Sesungguhnya dengan adanya kolej yang memperjuangkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah akan tersebarlah ilmu yang telah dipelopori oleh ulama-ulama silam dengan lebih meluas. Kolej Islam As Sofa juga akan melahirkan beberapa ilmuan Islam yang akan menjadi pelapis ulama yang diterajui oleh ulama terunggul yang disayangi oleh semua masyarakat iaitu Al-Musnid Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al-Maliki. Tahniah kepada Yayasan Sofa dengan perkembangan yang begitu memberangsangkan dan ini amat dinanti-nantikan oleh semua pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dua ulama terunggul, Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki & Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad al-Maliki.
Ucapan dari YDP Yayasan Sofa, Dr Yusri Muhammad.

Di antara penuntut-penuntut ilmu di bawah naungan Yayasan Sofa.

Thursday, September 8, 2011

Tokoh Wahabi Jadi Rujukan Drama "Tahajjud Cinta".

Sedutan drama bertajuk "Tahajjud Cinta" arahan Erma Fatima menjadi kegilaan anak-anak muda menontonnya malah dailog drama ini juga dihafal dan diikuti oleh mereka yang cetek dalam ilmu agama disebabkan tidak pernah berguru untuk mempelajari agama tetapi sekadar membaca buku-buku agama yang dijual di pasaran.Bagi pengarah dan penulis skrip drama ini juga sepatutnya lebih berhati-hati apabila ingin menyampaikan sesuatu hadis dan bukannya hanya mengambil dari bahan bacaan apatah lagi hadis yang dibaca datangnya dari tokoh Wahabi yang kebanyakan kata-katanya mengundang kontroversi dan ditentang oleh kebanyakan ulama-ulama muktabar.
Saya rasa terpanggil untuk menyampaikan message ini kepada Pengarah drama "Tahajjud Cinta" iaitu Puan Erma Fatima agar membaca artikel di bawah ini agar beliau tahu siapakan dia "Nasharuddin al-Albani" yang disebut oleh pelakon drama "Tahajjjud Cinta" ini.Janganlah disebabkan keghairahan penerbit filem untuk menerbitkan filem-filem berunsur keagamaan sehingga membelakangkan nilai-nilai ilmu agama apatah lagi apabila ingin membacakan sesuatu hadis.

Ramai tokoh-tokoh Wahabi di Malaysia yang memberi hujjah dalam membela ideology mereka dengan mendaifkan berbagai hadis...sayangnya, mereka ini bukanlah ahli hadis, akan tetapi hanya merujuk kepada salah satu orang yang sangat kontroversi dan pembuat fitnah, iaitu Nashiruddin al-Albani...Perkara ini tidak hanya berlaku di kalangan tokoh-tokoh Wahabi, akan tetapi orang awam yang senang dan suka mendalami Islam dan cuba untuk mempelajarinya tanpa guru, hanya membaca buku-buku karangan perosak Hadis yang bernama Nashiruddin Albani.

Oleh itu umat Islam perlu diddedahkan siapakah dia sebenarnya Nashiruddin al-Alban yang banyak ditolak oleh Ulama Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.

Ini hanyalah satu tulisan yang ringkas untuk dikongsi bersama dan pembaca boleh merujuk kepada banyak kitab2 yang membongkar berbagai kerosakan dan kebohongan al-Albani seperti kitab Tanaqud al-Albani karangan al-Saqqaf...

Bukalah minda kita secara rasional untuk membaca tulisan ini dan menerimanya secara ilmiah.

Harap saudara pembaca dapat menerimanya dan memberi tanggapan atau pertanyaan kalau ada yang musykil...kalau ada yang tak terima, silalah memberi hujjah, tapi masih dalam pembahasan al-Albani, tidak lain darinya...

Nashiruddin al-Albani banyak memiliki pandangan-pandangan kontroversial (syadz) dan keluar dari al-Qur'an dan sunnah, sehingga mendapat kritikan tajam dari para ulama termasuk dari kalangan Wahhabi sendiri. Kritikan-kritikan tersebut adalah sebagai berikut:

a) al-Albani dan Sayyidina Utsman r.a :

Sebagaimana telah dimaklumi oleh kaum muslimin, bahwa pada zaman Rasulullah s.a.w, Sayyidina Abu Bakar r.a dan Umar r,a, azan untuk solat Jumaat hanya dilakukan satu kali iaitu ketika khatib naik ke atas mimbar. Pada masa Sayyidina Usman r.a, bilangan penduduk semakin meningkat, rumah-rumah baru banyak yang dibangun dan jauh dari masjid. Untuk memudahkan mereka dalam menghadiri solat Jumaat agar tidak terlambat, beliau memerintahkan agar azan dilakukan dua kali. Azan ini disepakati oleh seluruh sahabat yang hadir pada saat itu. Para ulama menamai azan Sayyidina Usman r.a. ini dengan Sunah yang harus diikuti kerana beliau termasuk Khulafak Araysidin.

Tetapi al-Albani dalam kitabnya al-Ajwibah al-Nafi'ah, menilai azan Sayyidina Utsman r.a. ini sebagai bid'ah yang tidak boleh dilakukan.Tentu saja, pendapat aneh al-Albani yang kontoversi ini mendapatkan serangan tajam dari kalangan ulama termasuk dari sesama Wahhabi. Dengan pandangannya ini, berarti al-Albani menganggap seluruh sahabat dan ulama salaf yang saleh yang telah menyetujui azan Sayidina Utsman r.a. sebagai ahli bid'ah. Bahkan Ulama Wahhabi iaitu al-'Utsaiminin sendiri, sangat marah kepada Albani, sehingga dalam salah satu kitabnya menyinggung Albani dengan sangat keras dan menilainya tidak memiliki pengetahuan agama sama sekali: "ثم يأتي رجل في هذا العصر، ليس عنده من العلم شيء، ويقول: أذان الجمعة الأول بدعة، لأنه ليس معروفاً على عهد الرسول صلي الله عليه وسلم، ويجب أن نقتصر على الأذان الثاني فقط ! فنقول له: إن سنة عثمان رضي الله عنه سنة متبعة إذا لم تخالف سنة رسول الله صلي الله عليه وسلم، ولم يقم أحد من الصحابة الذين هم أعلم منك وأغير على دين الله بمعارضته، وهو من الخلفاء الراشدين المهديين، الذين أمر رسول الله صلي الله عليه وسلم باتباعهم." “ada seorang laki-laki dewasa ini yang tidak memiliki pengetahuan agama sama sekali mengatakan, bahwa azan Jumaat yang pertama adalah bid'ah, kerana tidak dikenal pada masa Rasul s.a.w., dan kita harus membatasi pada azan kedua saja! Kita katakan pada laki-laki tersebut: sesungguhnya sunahnya Utsman R.A adalah sunah yang harus diikuti apabila tidak menyalahi sunah Rasul SAW dan tidak di tentang oleh seorangpun dari kalangan sahabat yang lebih mengetahui dan lebih ghirah terhadap agama Allah dari pada kamu (al-Albani). Beliau (Utsman R.A) termasuk Khulafaur Rasyidin yang memperoleh pentunjuk, dan diperintahkan oleh Rasullah SAW untuk diikuti”. Lihat: al-‘Utsaimin, Syarh al-'Aqidah al- Wasîthiyyah (Riyadl: Dar al-Tsurayya, 2003) Pg. 638.

Pernyataan al-‘Utsamin yang menilai al-Albani, "tidak memiliki pengetahuan agama sama sekali", menunjukkan bahwa al-Albani adalah bukanlah seorang yang ahli hadis bahkan bukan dari golongan ulama yang alim. Golongan Wahabbi sendiri menetapkan hal itu.

b) Mengkafirkan al-Imam al-Bukhari:

Albani yang suka membuat hal ini, pernah mengeluarkan fatwa yang isinya mengkafirkan al-Imam al-Bukhari, kerana dalam Kitab Shahih al-Bukhari beliau melakukan ta'wil terhadap ayat 88 surah al-Qashash “كل شيء هالك إلا وجهه أى إلا ملكه”, "tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah". (al-Qashash: 88)". “Maksud `illa wajhah, adalah `illa mulkahu (kecuali kerajaan-Nya)” (Shahih al-Bukhari).

Ketika ditanya tentang penakwilan seperti dalam Shahih al-Bukhari tersebut, al-Albani mengatakan: “هذا لا يقوله مسلم مؤمن”, “penakwilan seperti ini tidak akan dikatakan oleh seorang muslim yang beriman” (fatawa al-Albani, Pg. 523).

Dengan fatwanya ini, secara halus al-Albani berarti telah menilai al-Imam al-Bukhari kafir, tidak Islam dan tidak beriman. Tentu saja kita akan menyakini bahwa al-Iman al-Bukhari lebih mengetahui terhadap penafsiran al-Qur’an dan sunnah daripada al-Albani.

c) Membongkar Kubah Hijau:

Dalam kitabnya yang berjudul, Tahdzir al-Sajid min Iitikhadz al-Qubur Masajid muka surat 68, al-Albani mengajak kaum muslimin untuk membongkar al-qubbah al-khadra' (kubah hijau yang menaungi makam Rasulullah SAW) dan mengajak mengeluarkan makam Rasulullah SAW dan makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar ke lokasi luar masjid Nabawi. al-Albani menganggap posisi makam Rasulullah SAW dan kedua sahabat tercinta beliau, yang berada dalam lokasi Masjid Nabawi itu, sebagai sebuah fenomena penyembahan berhala (zhahirah watsaniyyah)- na'udzu billah min dzalik.

Tentu saja, ajakan al-Albani ini menunjukkan kebenciannya yang mendalam kepada Rasulullah SAW. Dengan pandangannya ini, berarti al-Albani telah menyalahkan dan menilai sesat seluruh umat Islam sejak generasi salaf yang saleh, yang telah membiarkan dan menganggap baik posisi makam Rasulullah SAW dan makam kedua sahabat beliau tercinta ini dalam lokasi Masjid Nabawi. Sementara para ulama telah bersepakat, bahwa orang yang berpendapat dengan suatu pendapat yang isinya mengandung penilaian sesat terhadap seluruh umat, maka hukumnya adalah kafir. Dalam hal ini, al-Hafiz al-Qadhi ‘Iyadl, al-Hafiz al-Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “وَكَذَا نَقْطَع بِكُفْرِ كُلّ مَنْ قَالَ قَوْلًا يُتَوَصَّل بِهِ إِلَى تَضْلِيل الْأُمَّة أَوْ تَكْفِير الصَّحَابَة”, “demikian pula kita memastikan kekafiran setiap orang yang berpendapat dengan suatu pendapat yang isinya mengandung penilain sesat terhadap seluruh umat atau pengkafiran terhadap sahabat”. (al-Hafizh al- Qadhi Iyadh, al-syifa vol. 2 Pg. 236; al-Hafizh al-Nawawi, Raudhat al-Thalibin vol. 8 Pg. 384; al-Hafizh Ibn Hajar, Fath al-Bari vol. 12 Pg. 300).

d) al-Albani dan kepentingan Yahudi:

Suatu saat al-Albani mengelurkan fatwa yang isinya bahwa berkunjung kepada keluarga dan sanak saudara pada saat hari raya termasuk bid'ah yang harus dijauhui. Di saat yang lain al-Albani mengeluarkan fatwa yang isinya mengharuskan warga muslim Palestina agar keluar dari negeri mereka dan mengosongkan tanah Palestina untuk orang-orang Yahudi. Dalam hal ini al-Albani mengatakan: “إن على الفلسطينيين أن يغادروا بلادهم ويخرجوا إلى بلاد أخرى وإن كل من بقي في فلسطين منهم كافر[/u]”, “Warga muslim Palestina harus meniggalkan negerinya ke negara lain. Semua orang yang masih bertahan di Palestina adalah kafir” (Fatawa al-Albani, yang dihimpun oleh Ukasyah Abd al-Manan, Pg. 18).

Fatwa al-Albani yang kontroversial ini akhirnya menerima reaksi keras dari berbagai kalangan melalui berbagai media massa di Timur Tengah. Sebahagian pakar menganggap fatwa al-Albani membuktikan bahwa perkataan yang dipakai oleh al-Albani adalah perkataan Yahudi, bukan dari kata-kata seorang Islam, kerana fatwa ini sangat menguntungkan orang-orang Yahudi yang bercita-cita menguasai Palestin. Mereka menilai fatwa al-Albani ini menyalahi sunnah bahkan Dr. Ali al-Fuqayyir, anggota dewan perwakilan rakyat Jordan menilai, bahwa fatwa ini keluar dari mulut Syaitan. Tentu saja fatwa al-Albani menjadi bukti kebenaran pernyataan al-'Utsaimin, bahwa al-Albani memang tidak memiliki ilmu pengetahuan sama sekali.

e) Fatwa-Fatwa al-Albani:

al-Albani sering mengeluarkan fatwa-fatwa kontroversi yang keluar dari al-Qur'an, Sunnah dan Ijmak kaum muslimin. Di antara fatwa-fatwanya yang dinilai sebagai kontroversi oleh para Ulama ialah:

1. Mangharamkan memakai cincin, gelang dan kalung emas bagi kaum wanita.

2. Mengharamkan berwudhu dengan air yang lebih dari satu mud (sekitar satu liter) dan mengharamkan mandi dengan air yang lebih dari lima mud (sekitar tiga liter). Tetapi fatwa ini dilanggarnya sendiri. al-Albani pernah berwudhu di Masjid Damaskus dengan menghabiskan air yang tidak kurang dari 10 mud (sekitar 6 liter).

3. Mengharamkan solat malam melebihi 11 rakaat.

4. Mengharamkan memakai tasbih (penghitung) untuk berdzikir.

5. Melarang solat tarawih melibihi 11raka'at.

f) al-Albani dan Hadis:

Dewasa ini ramai di kalangan pelajar Ahlussunah Wal-Jama'ah yang tertipu dengan karya-karya al-Albani dalam bidang ilmu hadis, kerana belum mengetahui siapa sebenarnya al-Albani. Pada mulanya, al-Albani adalah seorang tukang jam. Ia memiliki kegemaran membaca buku. Dari kegemaran ini, ia curahkan untuk mendalami ilmu hadis dan ilmu agama yang lain kepada para Ulama, sebagaimana yang menjadi tradisi Ulama salaf dan ahli hadis. Oleh kerana itu al-Albani tidak memiliki sanad hadis yang muktabar, kemudian ia mengaku sebagai pengikut salaf, padahal memiliki akidah yang berbeda dengan mereka, iaitu akidah Wahhabi dan tajsim.

Oleh kerana akidah al-Albani yang berbeda dengan akidah ulama ahli hadis dan kaum muslimin, maka hadis-hadis yang menjadi hasil kajiannya sering bertentangan dengan pandangan ulama ahli hadis. Seringkali al-Albani menilai da'if dan maudhu' terhadap hadis-hadis yang disepakati keshahihanya oleh para hafiz, hanya dikeranakan hadis tersebut berkaitan dengan dengan dalil tawassul. Salah satu contoh misalnya, dalam kitabnya al-Tawassul Anwa'uhu wa Ahkamuhu (Beirut: Maktab Islami, Pg. 128) al-Albani menda'ifkan hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Darimi dalam al-Sunan-nya, dengan alasan dalam sanad hadis tersebut terdapat perawi yang bernama Sa'id bin Zaid, saudara Hammad bin Salamah. Padahal dalam kitabnya yang lain, al-Albani sendiri telah menilai Sa'id bin Zaid ini sebagai perawi yang hasan dan jayyid hadisnya yaitu dalam kitabnya Irwa' al-Ghalil, vol. 5 Pg. 338. Al-Albani mengatakan tentang hadis yang dalam sanadnya terdapat Sa'id bin Zaid, “Aku berkata, ini sanad yang hasan, semua perawinya dapat dipercaya, sedangkan perawi Sa'id bin Zaid iaitu saudara Hammad, ada pembicaraan yang tidak menurunkan hadisnya dari derajat hasan. Dan ibn al-Qayyim mengatakan dalam al-Furusiyyah bahwa ini hadis yang sanadnya jayyid”.

Contoh-contoh kecurangan dan kebohongan dalam menilai hadis seringkali dilakukan oleh al-Albani kerana kepentingan aliran Wahhabi yang dianutnya. Di antara ulama Islam yang mengkritik al-Albani adalah al-Imam al-Jalil Muhammad Yasin al-Fadani penulis kitab al-Durr al-Mandhuh Syarh sunan Abi Dawud dan Fath al-Allam Syarh Bulugh al-Maram; al-Hafiz Abdullah al-Ghummari dari Maroko; al-Hafizh Abdul Aziz al-Ghumari dari Maroko; al-Muhaddits Mahmud Sa’id Mamduh dari mesir pengarang kitab Raf'u al-Manarah li-takhrij Ahadis al-Tawassul wa al-Ziyarah; al-Muhaddits Habiburrahman al-A'zhami dari India; Syaikh Muhammad bin Ismail al-Anshari seorang pemantau tetap fatwa Wahhabi Saudi Arabia; Syaikh Muhammad bin Ahmad al-Khazraji, menteri agama dan wakaf Uni Emirat Arab; Syaikh Badruddin Hasan Dayyab dari Damaskus; Syaikh Muhamad Arif al-Juwaijati; Syaikh Hasan bin Ali al-Saqqaf dari Jordan; al-Imam al-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dari Mekah; Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin dari Najd yang menyatakan bahwa al-Albani tidak memiliki pengetahuan agama sama sekali; dan lain-lain. Masing-masing Ulama tersebut telah mengarang bantahan terhadap al-Albani.

Tulisan Syaikh Hasan bin Ali al-Saqqaf yang berjudul Tanaqudl al-Albani al-Wadhihat merupakan kitab yang menarik dan mendalam dalam mengungkapkan kesalahan fatal al-Albani tersebut. Beliau mencatat seribu lima ratus (1500) kesalahan yang dilakukan al-Albani lengkap dengan data dan faktanya. Bahkan menurut penelitian ilmiah beliau, ada tujuh ribu (7000) kesalahan dalam buku-buku yang ditulis al-Albani. Dengan demikian, apabila majoriti ulama sudah menegaskan penolakan tersebut, berarti Nashiruddin al-Albani itu memang tidak layak untuk diikuti dan dijadikan rujukan.

Jadi apakah kita sebagai orang yang lemah di dalam pengetahuan hadis ingin mendaifkan hadis hanya kerana disebut oleh penfitnah hadis terbesar zaman sekarang?? Berpeganglah kita kepada majoriti umat Islam, kerana Majoriti tidak akan jatuh di dalam kesesatan....Saya berharap saudara2 sebarkanlah tulisan yang ringkas ini agar tidak terjadi kesalahan di dalam menilai sebuah hadis yang hanya merujukkan pada Mukhrij al-Fitnah fi al-Sunnah Nashiruddin al-Albani.

Sunday, September 4, 2011

Fatwa Dr. Ali Jumaah terhadap status ibu & ayah kandung Nabi s.a.w.


Ramai yang marah-marah apabila saya mempertikaikan apa yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan dalam kuliah tafsirnya yang mengatakan bahawa ibu kandung Nabi s.a.w. mati dalam keadaan kafir.Maklumlah, siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan Ustaz public figure yang sering muncul di kaca tv, suaranya setiap hari di radio, ada PhD lagi, maka sanggahan saya terhadap apa yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan dianggap keterlaluan dan tidak sepatutnya disanggah. Siapa yang sepatutnya kita pertahankan???Ustaz Zahazan ataupun keluarga Nabi s.a.w.???Jika saya tidak layak untuk menyanggah kata-kata Ustaz Zahazan, bagaimana pula sanggahan tersebut datang dari ulama Mesir yang diperakui ke'alimannya iaitu Mufti Mesir, Al-Allamah Syeikh Ali Jummah?Maka dengan itu, demi mempertahankan keturunan Rasulullah s.a.w. yang diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggung-jawab, maka sekali lagi saya terpaksa membuat posting ini bagi menjawab tuduhan-tuduhan liar golongan ini terhadap keturunan Rasulullah s.a.w.

Sunday, August 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA.

Selamat Menyambut Hari Raya Idulfitri 1432H kepada semua pengunjung blog ini semoga Hari Raya ini mendapat keberkatan dari Allah swt. Maaf Zahir & Batin kepada semua dan rayakanlah hari kemenangan kita ini dengan bersederhana agar kehidupan kita diredhai oleh Allah swt.

"ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!"

Sunday, August 14, 2011

Benarkah Ibu Kandung Nabi s.a.w. Kafir????


Suara di atas adalah suara Ustaz Dr Zahazan dalam program Tafsir Al-Quran Siri 172 di Radio Ikim.Fm pada 10 Ogos 2011, jam 6.30 pagi-6.45 pagi.Di antara kata-kata Ustaz Dr Zahazan yang boleh dipetik di sini ialah, beliau berkata,"Nabi telah pun menjawab, aku telah minta izin kepada ALLAH untuk menziarahi kubur ibuku, lalu ALLAH mengizinkanku, dan aku meminta kepada ALLAH untuk berdoa untuk keampunan kepadanya. Lalu ALLAH tidak mengizinkan kepada ku untuk memohon keampunan bagi orang yang mati kafir.Jadi Nabi SAW kelihatan menangis dengan sedih. Al-Afi menitipkan larangan bagi orang beriman dari mendoakan bagi orang kafir."
Siapakah yang dimaksudkan kafir di sini???Tidak lain dan tidak bukan, yang dimaksudkan oleh Ustaz Dr. Zahazan ialah ibu kandung tercinta Nabi Muhammd s.a.w. sendiri. Mari kita sama-sama membaca apa kata ulama yang begitu menjaga adab dalam membicarakan kedudukan ibu-bapa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai menjawab kebiadapan seseorang yang bergelar sarjana menghina keturunan Rasulullah s.a.w.


Jangan Sakiti Nabi


Oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki (Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan)

Sesiapapun akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut dihadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada diantara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya. Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab dihadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan ini dengan sabdanya, “Jangan engkau mencerca mereka yang mati lalu engkau menyakiti mereka yang hidup.” sabda Nabi SAW (riwayat al-Tirmizi).

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam Neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apapun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhlukNya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam Neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulang-ngulangkan kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan RasulNya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan timbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menempati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menanggapinya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan diperbetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam Neraka sebenarnya berpuncakan dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satu daripadanya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa matan atau teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ini adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah yang dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu`ara’ yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu `Abbas RA, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi dikalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan Rasul-rasulNya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa’:15, al-An`aam:131, al-Syu`araa’, al-Nisaa’:165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba’:44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada dizaman yang tiada rasul padanya yang menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna ‘abi’ dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud ‘ayah’ kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW. Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An`aam : 74). Ada juga pandangan ulama’ bahawa kedua-dua hadis riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihatkan betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz ada dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn `Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, “Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab- kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta`dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama’ Makkah, Al-`Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum`ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. InshaAllah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasihNya dalam rantaian keturunan hamba-hambaNya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah dan pertanggungjawaban. Bagi masyarakat am pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di tv dan popular di internet tidaklah semestinya terjamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.


Wednesday, June 29, 2011

Sambutan Isra' Dan Mi'raj.


Al-Musnid Dr Muhammad Taufiq ibn Taisir Al-Makhzumi Al-Husaini
Al-Musnid Syeikh Majid Rasyid Al-Jailani
Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki

Malam 27 Rejab, Sambutan Isra' Dan Mi'raj telah diadakan di Masjid Taman TAR, Ampang, Selangor. Berbeza dengan sambutan yang diadakan di tempat lain kerana majlis ini telah dihadiri oleh 3 ulama yang begitu tinggi keilmuaannya.Program bermula selepas solat Maghrib dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Isra' oleh Al-Fadhil Ustaz Md Farid al-Hafiz kemudian diiringi pula dengan bacaan Qasidah oleh penuntut-penuntut ilmu dari Darul Quran Wal Hadith. Ceramah Isra' Dan Mi'raj disampaikan oleh ulama dari Syria iaitu Al-Musnid Dr Muhammad Taufiq dan juga sedikit olahan dari Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki.
Uniknya majlis sambutan Isra' Dan Mi'raj kali ini di mana Al-Musnid Dr. Muhammad Taufiq telah membawakan beberapa alunan qasidah dan diikuti oleh para jemaah yang hadir.Al-Musnid Dr. Muhammad Taufiq telah memimpin bacaan tahlil dan bacaan doa disampaikan oleh Al-Musnid Syeikh Majid Rasyid Al-Jailani dan Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki. Kemuncak majlis ini diadakan juga bacaan maulid di mana sekali lagi Al-Musnid Dr. Muhammad Taufiq telah mengetuainya. Majlis diakhiri selepas solat Isya' dan jamuan makan telah disediakan oleh pihak penganjur majlis.Rata-rata pengunjung yang hadir amat terharu dan merasakan rasa syukur mereka kerana majlis yang penuh barakah ini telah dihadiri oleh 3 ulama ahli ilmu dan kesemuanya adalah pakar dalam bidang hadis. Semoga majlis seperti ini dapat dimanafaatkan oleh seluruh umat Islam menandakan rasa kesyukuran kita atas nikmat dijadikan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.