Friday, January 21, 2011

Keluhan Seorang Ulama Untuk Semua.









Alhamdulillah, siri jelajah ulama Nusantara, Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari ke Kuala Lumpur telah memberi kesempatan kepada saya untuk mendampingi ulama tersohor ini. Saya sempat mengikuti beberapa ceramah yang disampaikan oleh beliau di Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan dan TG Sheikh juga akan berkunjung ke Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa pada 23/01/2011 untuk kuliah Subuh.
Di kesempatan itu saya sempat merakam beberapa video untuk tontonan umum dan ada juga jemaah yang lain yang berbuat demikian seperti di Masjid Wilayah Persekutuan, maka rasanya cukup dengan rakaman teman tersebut untuk dimuatkan ke dalam laman Youtube.
Saya begitu tertarik dengan wacana ilmu yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 19/01/2011 bermula jam 9.00 - 11.00 pagi. TG Syeikh Nuruddin telah menegur Imam-Imam yang seolah-olah sengaja meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w. kerana tidak berwirid selepas solat fardhu. Begitu juga TG Sheikh Nuruddin menegur ahli agama yang tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki untuk dimanafaatkan oleh orangramai. Mungkin paparan video di atas yang telah dimasukkan oleh seorang teman sewaktu di Masjid Wilayah boleh memberi peringatan kepada kita semua agar senantiasa beradab apabila berada di rumah Allah iaitu masjid.
Sesungguhnya kehadiran TG Sheikh Nuruddin telah memberi kesan besar dengan memperingatkan kita semua tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Syukran TG Sheikh Nuruddin Al Banjari di atas teguran ilmu kepada kita semua.

No comments: