Saturday, March 26, 2011

Di Manakah Kedudukan Allah?

Mungkin tajuk posting kali ini membuatkan ramai berfikir, apakah saya akan membicarakan tentang tempat bagi Allah swt sebagaimana yang dibicarakan oleh golongan WAHABI atau kedudukan yang lebih tepat bagi Allah swt. Sebenarnya apa yang ingin saya bahaskan di sini ialah di manakah kedudukan Allah swt di hati kita dan sejauh mana keyakinan kita kepada kuasa Yang Maha Besar yakni kuasa Allah swt itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan lagi tentang kepercayaan seseorang kepada Allah swt tetapi apakah kepercayaan itu dapat meyakinkan mereka betapa hebatnya kuasa Allah swt mengatasi segala-galanya. Maka dengan itu rasanya saya perlu berkongsi pengalaman tentang betapa nipisnya keyakinan seseorang terhadap kuasa Allah swt sehingga tidak meletakkan Allah swt itu di tangga teratas sekali apabila menerima musibah atau ujian yang tak dijangka.
Dalam beberapa pengalaman saya bersama seorang teman membantu seseorang yang buntu dengan beberapa penyakit yang mereka alami, ternyata keyakinan terhadap kuasa Allah itu diletakkan di tempat yang terakhir sekali setelah mereka berputus asa dengan rawatan di klinik ataupun hospital. Jawapan mereka sewaktu bertemu kami ialah, " cubalah dulu mana tahu, kot-kot mujarab pulak......".Inilah dia alasan mereka bertemu kami setelah berhabis wang ringgit mendapatkan rawatan moden tetapi masih tak sembuh-sembuh. Bagi saya tidak salah bagi kita untuk mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital tetapi kenapa setelah tidak berjaya sembuh, baru nak minta doa???Tidakkah mereka ini faham bahawa doa itu adalah senjata umat Islam dan ayat-ayat Al-Quran itu adalah penawarnya???
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa setiap penyakit yang mereka alami adalah di atas kesalahan mereka sendiri. Maka ujian Allah swt itulah yang menjadi pembersih dosa bagi hamba-hamba yang disayangiNya. Sepatutnya kita berasa bersyukur kerana Allah menyayangi kita dengan diturunkannya ujian berupa penyakit dan penyakit inilah sebenarnya yang akan menginsafi diri kita, betapa lemahnya kita sebagai makhluk Allah swt. Diri kita adalah hak Allah dan bukannya milik kita tetapi kita seringkali gagal menguruskan diri kita yang diberi pinjam oleh Allah swt. Kita juga sepatutnya merasa bersyukur jika ada orang lain yang menghantar sihir kepada kita kerana tanpa adanya gangguan-gangguan sebegini, mana mungkin kita ingin menambahkan amal kita dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang dibekalkan selepas menjalani rawatan dari kami.
Selalunya pesakit yang datang mengadu tentang berbagai-bagai penyakit yang dianggap misteri.Tidak ada misterinya kerana tugas Syaitan, Iblis dan Jin itu adalah untuk mengganggu anak Adam tambahan pula bagi mereka yang beriman. Yang tidak beriman, bagi Syaitan, Iblis dan Jin adalah sahabat karib mereka, kenapa harus diganggu kerana mereka sendiri telah mengambil alih tugas Syaitan, Iblis dan Jin tersebut. Maka bagi pesakit yang datang, maka kami akan memberi sedikit tazkirah dahulu dan seterusnya meminta mereka melakukan Solat Tasbih, solat Taubat dan membaca Al-Quran. Kami akan katakan kepada mereka, segala-galanya datang dari Allah swt dan kalau nak minta disembuhkan, minta juga kepada Allah swt. Ada juga pesakit yang kami minta agar berpuasa sunat tetapi kebanyakan mereka begitu berat untuk melakukannya. Begitu juga dengan meminta pesakit-pesakit menurunkan semua gambar-gambar photo mereka yang ada di rumah, itupun berat bagi mereka nak buat sebab sayang sangat dengan gambar-gambar keluarga.Kadang-kadang tu ada juga gambar orang yang dah meninggalpun digantung, macamanalah jin-jin tak suka.
Inilah dia masalah dengan mereka yang kurang berkeyakinan apabila ingin meminta rawatan mengikut kaedah Al-Quran dan As-Sunnah.Bila lambat sembuh, mulalah berburuk sangka dengan Allah swt dengan berkata, "dah macam-macam baca dah, tak maupun elok.............".Nak elok macamana, sebab bila sakit baru nak cari Allah swt, itupun selepas dah berubat tak baik-baik di hospital..............Di rumah pula, anak-anak dok berdendang dengan lagu-lagu yang pelik-pelik, balik rumah waktu senja lepas main bola dan macam-macam lagi. Ada juga yang melampau bila dikatakan Syaitan dan Iblis tu suka menggangu maka dikatakan olehnya,"sikit-sikit Syaitan, Iblis, Jin betul ke???.............Memang sahlah golongan ini tak baca Al-Quran dan kalau bacapun tak faham apa-apa.
Alhamdulillah dengan ijazah yang kami terima dari Alllahyarham guru kami di Kedah, sedikit sebanyak dapatlah dimenafaatkan untuk membantu orangramai walaupun kami tidak mengenakan sebarang caj barang sesen pun. Ini disebabkan punca pendapat kami adalah dari perniagaan yang lain tetapi jika ada juga yang nak hulur, maka kami katakan kepada mereka, silalah sumbangkan duit ini kepada anak-anak yatim ataupun ke dalam tabung masjid.Insya'allah program merawat ini akan kami adakan secara sambilan di sebuah surau dalam masa terdekat ini dan kali ini kami terpaksa mengenakan bayaran tetapi bukan untuk kami, tetapi bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung khas surau tersebut bagi mencari dana membaiki kerosakan surau tersebut.Kami juga meminta agar tabung itu dijaga oleh pihak pengurusan surau itu sendiri bagi memudahkan pihak pengurusan surau membuat kira-kira.Ingatlah bahawa, walau apapun yang terjadi kepada kita, wajiblah kita meletakkan Allah swt itu yang paling utama untuk kita meminta pertolongan sebelum kita berikhtiar dengan ubat-ubatan.Yakinlah dengan kuasa Allah swt yang tiada batasnya bahawa dialah yang menghidupkan, mematikan,menyembuhkan kita semua sebagai hambaNya yang lemah.Sesungguhnya Syaitan dan iblis itu hanyalah ingin menyesatkan umat Islam maka diganggunya kita semua.Bila dah sakit, ramai tak solat dengan alasan tak larat dan mulalah menggunakan tangkal-tangkal yang menjatuhkan kita kepada syirik mempersekutuklan Allah.Semoga Allah swt melindungi kita dari terjerumus ke dalam kancah kesyirikan.

Tuesday, March 22, 2011

WAHABI YANG TAK MENGAKU WAHABI.



Aduhai si Rasul Dahri yang terdesak.Kalau pembawakan kamu itu benar dan diterima oleh jumhur ulama, tak adalah kamu kena tangkap.Disebabkan pembawakan aqidah yang sesat,beribadat tidak mengikut hukum-hukum feqah,hadis-hadis yang kamu bacakan itu diambil dari kitab-kitab WAHABI, maka sepatutnya kamu ini diharamkan dari menjejakkan kaki ke negara ini.
Siapa yang kamu katakan membuat kecoh???Kami terpaksa bertindak mendedahkan kesesatan yang kamu bawa agar umat Islam di negara ini tidak terus ditipu dengan kelembutan lidah kamu yang penuh dengan penipuan itu.Kamu tanyalah kepada ulama muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, apakan pengajian kamu itu betul ataupun penuh dengan kesesatan???
Wahai Rasul Dahri!!!!Bertaubatlah kamu dari membuat segala penyelewengan, semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa kamu.Tak perlulah kamu mempertahankan diri kamu dengan berselindung di sebalik ceramah di Youtube jika kamu rasa kamu itu orang yang benar.Bila ada yang ajak bersemuka dan nak berhujah dengan kamu, pandai pula kamu berdalih dengan mengatakan bahawa perdebatan itu bukan dari ajaran Islam kerana tidak elok orang Islam dengan orang Islam yang lain berdebat.Masalahnya ialah, ajaran Islam yang kamu bawa itu menyeleweng, maka perlu ada penghujahan agar diri kamu dapat diperbetulkan.Kalau setakat berceramah di Youtube, ramai manusia-manusia yang jahil agama pun boleh bercakap.Sekarang kami nak adakan majlis penghujahan di antara kamu, Rasul Dahri dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan biarlah ianya dirakam dan disiarkan untuk semua orang menilai sendiri betapa kejinya penipuan kamu itu.Kamu pilihlah dengan siapa kamu nak berhujah, samada dengan Ustaz Zamihan al-Ghari, Ustaz Abu Syafiq, Ustaz Ahmad Faidzurrahim, Dr. Uthman Muhammadiy atau cukup dengan pelajar-pelajar pondok yang ilmu mereka lebih baik dari kamu.Akhirkata terimalah bingkisan dari kami untuk tontonan kamu, Wahai Rasul Dahri yang menyesatkan umat Islam.

Thursday, March 17, 2011

APA ITU WAHABI!!!!

Alhamdulillah dengan adanya siri video ini, umat Islam di Malaysia boleh mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang kesesatan dan tipu daya WAHABI.Sipakah dia di negara ini yang tergolong dalam ketogeri WAHABI seperti apa yang dikatakan dalam video di bawah ini?
Suka dinyatakan di antara tokoh-tokoh yang popular di negara ini ialah Dr Asri (Mantan mufti Perlis) yang sering membida'ahkan malah mengeluarkan fatwa mensyirikkan amalan-amalan baik yang kita lakukan,Rasul Dahri (Ustaz Youtube), yang bersembunyi dalam menjalankan kerja jahatnya menyesatkan umat Islam,Ustaz Sofwan Badrie (Pengerusi An-Nida')yang sering menyampaikan ceramah dengan tujuan mengelirukan umat Islam, Husin Yee, yang menyampaikan ceramah membida'ahkan amalan umat Islam,Abdullah Yassin,Fathul Bari dan ramai lagi membawa ajaran WAHABI ke negara ini.
Di antara tokoh-tokoh politik yang berfahaman seperti ini ialah Shahidan Kasim (anak murid Dr Asri),Nik Aziz nik Mat (MB Kelantan)yang sering mengeluarkan kenyataan seolah-oleh membenci Sambutan Maulidurrasul.Nik Aziz juga menyampaikan kuliahnya dengan mengatakan "istiwa" itu bererti Allah itu duduk selendik di Arasy.Selain itu Nik Aziz juga beraqidah mengikut fahaman yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah dan menganggap Pengajian Sifat 20 adalah campuran dari fahaman Yunan & Greek dan bukannya dari Islam 100 peratus.Begitu juga dengan kenyataan dari Nik Aziz yang dipetik dari akhbar Harakah yang menganggap amalan bertahlil adalah meniru perbuatan golongan jahiliyyah.Selain itu Nik Aziz juga menganggap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah sama dan tidak ada bezanya dengan kelahiran kanak-kanak yang lain, tiada keistimewaannya.Selain Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang juga bersifat pelampau dengan mengeluarkan "Amanat Hj Hadi" yang mengkafirkan mereka yang tidak mengikut fahaman parti mereka.Hadi Awang juga mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam tidak dituntut untuk menyambut Maulidurrasul kerana tiada dalil atau keterangan hadis untuk berbuat demikian.Sungguh agak pahit untuk menyebut nama tokoh-tokoh ini tetapi demi kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana fahaman politik, maka WAJIB bagi kita menyatakannya agar umat Islam tidak ditipu dengan ke'aliman mereka ini tetapi membawa fahaman yang cukup membahayakan umat Islam.
Sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh WAHABI di negara ini tetapi cukuplah dengan kita menonton video di bawah untuk kita jadikan panduan yang begitu berguna kepada kita.Syabas dan tahniah kepada insan yang telah menerbitkan video ini dan ianya sungguh bermanafaat untuk umat Islam di seluruh dunia.






Friday, March 11, 2011

Rasul Dahri Iblis!!!



Saya menyeru kepada pemerintah atau yang berpegang kuasa di Jabatan-Jabatan Agama di Malaysia seperti Majlis Fatwa Kebangsaan supaya bertindak lebih pro-aktif dengan menangkap Rasul Dahri yang telah menyelewengkan pengajian agama kepada umat Islam.
Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya mengeluarkan fatwa mengharamkan pengajian yang dibuat oleh Rasul Dahri kerana terang-terangan membawa fahaman WAHABI yang melampau.Adakah kita mahu umat Islam di negara ini diselewengkan aqidahnya oleh Rasul Dahri???INGAT!!! Ini soal aqidah dan bukannya soal furu' yang ada kekhilafannya.

Tuesday, March 8, 2011

Apakah Nabi Muhammad seperti kita?



Sekali lagi saya paparkan video ini sebagai renungan untuk kita semua.Tujuannya bukanlah untuk politik mana-mana pihak tetapi perkataan TG Nik Aziz ini tidak sepatutnya mengatakan bahawa kelahiran Rasulullah s.a.w yang mulia itu sama seperti kelahiran manusia yang lain.Inilah dikatakan satu kebiadaban apabila membicarakan soal kelahiran Rasulullah s.a.w.Sebagai menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz ini, saya paparkan video di bawah, bagaimana tawaduk dengan begitu merendah diri Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki membicarakan tentang kemuliaan Rasulullah s.a.w.Tontonlah kedua-duanya dengan membuat perbandingan dan nilailah sendiri, siapa yang sebenarnya layak untuk kita martabatkan sebagai Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Ini juga bukanlah untuk membandingkan ketinggian ilmu antara Nik Aziz dan Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki, tetapi lihatlah bagaimana beradabnya Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki dalam memuliakan Rasulullah s.a.w.Nada kekesalan yang dikatakan oleh Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki ada asasnya apabila ada umat Islam yang menganggap Rasulullah s.a.w itu sama seperti manusia yang lain.Mereka yang cintakan Junjungan Besar Rasulullah s.a.w juga tidak sanggup mendengar kata-kata Nik Aziz yang tak sudah-sudah mempertikaikan majlis maulid saban tahun, seolah-olah majlis maulid yang diadakan merupakan perbuatan sia-sia di mata Nik Aziz.

Friday, March 4, 2011

Peranan Jemaah Menasihati AJK Masjid.



Seringkali kita mendengar rintihan dan keluhan para jemaah tentang perilaku Ahli Jawatan Kuasa Masjid / Surau yang gagal mentadbir masjid / surau dengan baik. Adakalanya jemaah cuba menasihati AJK masjid /surau tersebut tetapi dipandang sepi oleh AJK tanpa ada apa-apa tindakan.
Dengan paparan video di atas, ia adalah satu contoh yang baik untuk jemaah menegur AJK masjid/surau yang merasa diri mereka seolah-olah kebal tanpa boleh ditegur.Bagi AJK pula, ambillah iktibar dan nasihat daripada apa yang dikatakan oleh Ustaz Kazim agar di akhirat nanti kamu tidak dipertanggung-jawabkan oleh amanah yang telah kamu khianati.Tidak kiralah di masjid mana kamu diamanahkan tetapi kalau dah dengar video di atas, kalau masih lagi tak reti bahasa, terpulanglah sebab dah termaktub di hati kamu nak berkuasa tapi tak nak buat kerja dengan beramanah.

Thursday, March 3, 2011

Kenapa WAHABI Wajib DiBenteras?

Apabila disebut sahaja WAHABI, ramai di antara kita kurang senang dan menganggap isu WAHABI ini hanya persoalan furu' atau khilafiyah seperti tidak bertahlil, berqunut, membaca ussholi, berzikir lepas solat dan sebagainya.Malah ada di antara mereka yang seolah-olah tidak suka kepada fahaman WAHABI tetapi masih juga menyanjung-nyanjung tokoh-tokoh WAHABI sebagai pendukung sunnah. Ada juga yang hanya mendiamkan diri bila isu WAHABI dilontarkan dan menganggap pembongkaran kesesatan WAHABI tidak sepatutnya dilakukan.Maksudnya biarkan sahaja kerana itu fahaman mereka, kenapa kita nak sibuk-sibuk!!!Tidak kurang juga di kalangan ustaz-ustaz yang menganggap isu WAHABI ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya melibatkan beberapa kerat orang sahaja.
Maka dengan itu tokoh-tokoh WAHABI yang dulunya hanya berselindung dalam menyampaikan fahaman mereka semakin berani, tambahan pula ada tokoh-tokoh mereka yang dinobatkan sebagai Tok Guru dan menjadi Mufti.Selain itu kemasukan tokoh-tokoh WAHABI ini ke Institut Pengajian Tinggi sebagai pensyarah dan sebahagiannya pula menjadi pegawai di beberapa Jabatan Agama dan ada juga yang mendapat tempat sebagai ahli politik menyebabkan fahaman ini semakin mudah disebarkan oleh kader-kader WAHABI. Tidak terkecuali juga dengan lambakan buku-buku berfahaman WAHABI, kemunculan tokoh-tokohnya di dada-dada akhbar dan telivisyen, menjadikan virus WAHABI ini semakin tersebar tanpa ada yang menyekatnya. Penyebaran fahaman ini semakin pantas melebarkan sayapnya dengan menggunakan aplikasi internet dengan menerbitkan blog-blog, web page dan video-video di Youtube, maka ia seperti satu penyakit barah yang sudahpun menjadi parah melanda umat Islam. Sokongan kuat dari tokoh-tokoh WAHABI dari luar juga membuatkan tokoh-tokoh WAHABI di negara ini semakin lantang menyampaikan fahaman mereka yang bathil.
Sewaktu dulu, saya juga seperti mereka-mereka yang saya sebutkan, tak payah kita nak sibuk-sibuk dengan isu WAHABI ini. Biarkanlah cara mereka dan kita dengan cara kita, itukan lebih mudah.Mungkin Allah mempertemukan saya dengan beberapa tokoh agamawan sehinggakan saya bertanya sendiri dan belajar dari mereka betapa bahayanya pembawakan WAHABI ini kepada umat sejagat.Rasanya tidak perlu disebutkan siapa tokoh-tokoh agamawan yang menjadi rujukan saya tetapi ia telah menjadikan saya semakin kuat untuk menentang penyebaran WAHABI ini ke atas umat Islam.
Jika dilihat secara zahir, ada juga beberapa tokoh agama yang tidak secara total membawa fahaman WAHABI ini, malah mereka juga menentang fahaman WAHABI ini. Tetapi malangnya beberapa tokoh-tokoh agama seperti ini masih lagi menyandarkan beberapa hujah-hujah mereka apabila mengeluarkan kenyataan dengan mengambil pendekatan yang dibawa oleh tokoh-tokoh WAHABI di luar negara. Nama-nama seperti Muhammad Ibn Wahab dinukilkan sebagai pendukung sunnah tetapi sebenarnya Muhammad Ibn Wahab inilah kepala WAHABI seluruh dunia. Ada juga yang mengambil fatwa yang dikeluarkan oleh Bin Bazz dalam menghuraikan beberapa masalah fekah seperti dahi yang tertutup dengan serban ataupun wanita yang memakai purdah, sah solatnya walaupun dahinya tidak dikenakan ke tempat sujud.Ada juga tokoh dari JAKIM sendiri yang tidak suka kepada WAHABI tetapi dalam masa yang sama menganjurkan Seminar yang membicarakan ketokohan Muhammad Ibn Wahab di Perlis bersama-sama dengan tokoh-tokoh WAHABI di sana.
Sebenarnya ramai umat Islam yang tidak mengetahui betapa bathilnya fahaman aqidah yang dibawa oleh tokoh-tokoh WAHABI ini. Jika pegangan aqidah kita dimasuki oleh fahaman WAHABI ini, maka rosaklah seluruh amalan kita. Fahaman aqidah yang dibawa oleh tokoh mereka yang dilabelkan sebagai Tok Guru, ternyata bertentangan dengan apa yang diikuti oleh jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tokoh-tokoh WAHABI dengan berani menyatakan "ALLAH ITU BERSEMAYAM DI ATAS ARAYS BERMAKSUD, ALLAH ITU DUDUK SELENDIK DI ATAS ARASY." Ada juga Tok Guru ini membawa fahaman dengan mengatakan "ALLAH ITU TEMPATNYA DI ATAS", "DUDUK ALLAH ITU TAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA", "TANGAN ALLAH ITU TAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA", "WAJAH ALLAH ITU TAK SAMA DENGAN MAKHLUKNYA", dan beberapa lagi kenyataan yang bathil lagi menyesatkan aqidah umat Islam. Jika yang demikian maka kenyataan mereka ini juga adalah menunjukkan 'ALLAH ITU DUDUK TAPI TAK SAMA MACAM KITA", "ALLAH ITU ADA TANGAN, TAPI TAK SAMA MACAM KITA"!!!!!!! Inilah dia aqidah yang telah menyesatkan umat Islam hasil pembawakan fahaman WAHABI di negara ini.
Bagi mereka yang hanya berpeluk tubuh tanpa memperdulikan kesesatan ini disebarkan, sebenarnya lupa bahawa mereka ini mempunyai zuriat, saudara-mara, teman-teman baik yang akhirnya akan termakan dengan fahaman WAHABI ini. Akibatnya penolakan kepada ilmu Tauhid yang dibawa oleh Imam Al-Asyh'ari dan Imam Al-Maturidi akan diganti dengan fahaman Tauhid 3 yang bathil. Lihat sahaja fenomena hari ini di mana begitu ramai umat Islam yang tidak perlukan kepada pengajian ilmu feqah untuk melaksanakan ibadat. Fahaman WAHABI inilah yang sering melaungkan-laungkan bahawa Islam itu mudah dan pengajian kitab Feqah itu membebankan umat Islam.Akibatnya berapa ramai yang dah bersembahyang walaupun bertahun-tahun, tetapi masih lagi tidak betul sebab pengajian ilmu feqah tidak dipelajari. Berapa ramai pula yang solatnya tidak sah kerana mengikut fahaman WAHABI tidak perlu niat sewaktu mengangkat takbiratul-ihram, cukup sekadar kita dah berniat sewaktu perjalanan ke masjid untuk melakukan solat. Berapa ramai pula yang wuduknya batal disebabkan fahaman WAHABI yang dibawa oleh Syeikh Nasuruddin Al-Bani membolehkan kita menyentuh kemaluan dan wuduk tidak batal kerana ia seolah-olah seperti menyentuh cuping telinga. Lihat juga bagaimana biadap golongan WAHABI yang berijtihad sendiri dengan melakukan solat zuhur sebelum umat Islam di masjid melaksanakan Solat Juma'at. Pendapat mereka mengatakan bahawa setiap Solat Jumaat yang diadakan di masjid adalah tidak sah dan tidak perlu dihadiri.
Jika fahaman WAHABI ini didiamkan tanpa ada pihak yang membongkar tentang kesesatan yang dibawa oleh mereka, kita takut generasi akan datang akan mengambil sikap bermudah-mudah dalam melaksanakan solat tanpa perlu mengikuti pengajian feqah. Begitu juga, akan datang, generasi kita akan beriktiqad dengan mengatakan "ALLAH ITU DUDUK DI ATAS ARASY SELENDIK MACAM KITA DUDUK ATAS KERUSI".....Nauzibillah.................