Tuesday, March 8, 2011

Apakah Nabi Muhammad seperti kita?



Sekali lagi saya paparkan video ini sebagai renungan untuk kita semua.Tujuannya bukanlah untuk politik mana-mana pihak tetapi perkataan TG Nik Aziz ini tidak sepatutnya mengatakan bahawa kelahiran Rasulullah s.a.w yang mulia itu sama seperti kelahiran manusia yang lain.Inilah dikatakan satu kebiadaban apabila membicarakan soal kelahiran Rasulullah s.a.w.Sebagai menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz ini, saya paparkan video di bawah, bagaimana tawaduk dengan begitu merendah diri Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki membicarakan tentang kemuliaan Rasulullah s.a.w.Tontonlah kedua-duanya dengan membuat perbandingan dan nilailah sendiri, siapa yang sebenarnya layak untuk kita martabatkan sebagai Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Ini juga bukanlah untuk membandingkan ketinggian ilmu antara Nik Aziz dan Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki, tetapi lihatlah bagaimana beradabnya Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki dalam memuliakan Rasulullah s.a.w.Nada kekesalan yang dikatakan oleh Tuan Guru Syeikh Fuad al-Maliki ada asasnya apabila ada umat Islam yang menganggap Rasulullah s.a.w itu sama seperti manusia yang lain.Mereka yang cintakan Junjungan Besar Rasulullah s.a.w juga tidak sanggup mendengar kata-kata Nik Aziz yang tak sudah-sudah mempertikaikan majlis maulid saban tahun, seolah-olah majlis maulid yang diadakan merupakan perbuatan sia-sia di mata Nik Aziz.

No comments: