Sunday, September 4, 2011

Fatwa Dr. Ali Jumaah terhadap status ibu & ayah kandung Nabi s.a.w.


Ramai yang marah-marah apabila saya mempertikaikan apa yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan dalam kuliah tafsirnya yang mengatakan bahawa ibu kandung Nabi s.a.w. mati dalam keadaan kafir.Maklumlah, siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan Ustaz public figure yang sering muncul di kaca tv, suaranya setiap hari di radio, ada PhD lagi, maka sanggahan saya terhadap apa yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan dianggap keterlaluan dan tidak sepatutnya disanggah. Siapa yang sepatutnya kita pertahankan???Ustaz Zahazan ataupun keluarga Nabi s.a.w.???Jika saya tidak layak untuk menyanggah kata-kata Ustaz Zahazan, bagaimana pula sanggahan tersebut datang dari ulama Mesir yang diperakui ke'alimannya iaitu Mufti Mesir, Al-Allamah Syeikh Ali Jummah?Maka dengan itu, demi mempertahankan keturunan Rasulullah s.a.w. yang diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggung-jawab, maka sekali lagi saya terpaksa membuat posting ini bagi menjawab tuduhan-tuduhan liar golongan ini terhadap keturunan Rasulullah s.a.w.

1 comment:

Krongthip Mahalakorn said...

Zahzan ni mengikut Wahhabi kerana Wahhabi Singapura dlam blog Islamiq
menulis empat siri bab mengkafirkan Ibu bapa Rasulullah.
Saya ni tiadalah banyak dan tiadalah tinggi pelajaran ugama tapi saya tidak jumud dan tidak keliru mengenai "Ahlul Fitrah" Puak Wahhabi kata sepatutnya Ibu bapa nabi mengikut ajaran Nabi Isa tapi mereka tidak sebab itu mereka kata ayahanda dan bonda nabi kafir.
Biarlah merka ada PHD ke apa ke nyatanya mereka "BODOH". Nabi Isa adalah Rasulullah untuk kaum Yahudi saja bukan untuk golongan Arab. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja di utuskan untuk semua manusia. Minta Zahzan semak hadis betul2. sebagai klu sabda nabi itu
berkaitan dengan bab wudhu'. Nak taip tak ada prog arab,