Monday, February 13, 2012

Maulid Akbar 1433H Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah.



Alhamdulillah Majlis Sambutan Maulidurrasul untuk Tahun 1433H begitu meriah sekali diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 February 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433H.Program yang julung-julung kalinya menggabungkan 3 kumpulan dengan membacakan beberapa bacaan Maulid seperti Maulid Ad-Dhiya-ul Lami', Maulid Simtud-Duror dan Maulid Ad-Daiba'i dihadiri oleh lebih 10 ribu umat Islam yang menzahirkan kasih dan cinta mereka kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya majlis seperti ini adalah satu tonggak kekuatan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi benteng bagi menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang mempertikaikan perlunya diadakan Sambutan Maulidurrasul. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat yang menganjurkan program yang penuh dengan keberkatan ini, begitu juga dengan semua yang hadir sejak sebelum waktu 'Asar lagi hingga berakhir pada jam 10.30 malam.

Friday, February 3, 2012

Bersama TG Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki.



Sesungguhnya mendampingi ulama adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga dirasakan kerana ulamalah yang menunjukkan kita jalan yang diredhai oleh Allah swt.Hidup si muka bumi ini yang hanyalah beberapa detik sahaja sebelum kita diusung ke liang lahad sepatutnya dimenafaatkan segala waktu yang diberikan oleh Allah swt untuk terus berdampaing dengan ulama-ulama. Ulama adalah pewaris Nabi s.a.w., dan disebabkan kita tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w., maka ulamalah yang menjadi pengganti Nabi s.a.w. untuk memandu kita ke jalan yang lebih selamat bagi kita menyiapkan diri sebagai bekalan di akhirat. Semoga Allah swt senantiasa menghidupkan hati-hati kita agar terus berikhtiar mencari jalan yang diredhaiNya.



Thursday, February 2, 2012

Ulama Keturunan Rasulullah s.a.w.


Alhamdulillah, segala-galanya adalah diuruskan oleh Allah swt kerana hajat untuk ku mendampingi ulama berketurunan Rasulullah s.a.w. dipekenankan oleh Allah swt. Kedatangan Mufti Darul Fatwa Australia, Dr Syeikh Salim Alwan Al-Hussainy ke Negara ini membuatkan diriku seperti teruja untuk mendampinginya, sekurang-kurangnya mendapatkan keberkatan dari nasab keturunannya serta mengambil sedikit dari ilmunya. Ulama adalah untuk didampingi dan bukan dijauhi apatah lagi jika seorang ulama itu Ahli Bait.Semoga pertemuanku dengan Dr Syeikh Salim Alwan al-Hussainy akan membenihkan perasaan Marhabah kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w., makhluk termulia yang diciptakan oleh Allah swt.