Friday, March 16, 2012

Kewajipan Mencintai Rasulullah s.a.w & Memuliakannya.

Alhamdulillah, saya dapat menyempurnakan jemputan dari jemaah Surau Al-Falaq Taman Kinrara untuk menyampaikan Tausiyah bertajuk "Kewajipan Mencintai Rasulullah s.a.w. Dan Memuliakan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.".Majlis yang penuh dengan keberkatan ini diisi dengan pengisian ilmu yang memberi menafaat kepada setiap yang hadir dan ditutupi dengan lantunan Qasidah dari saya dan anak-anak serta berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.Rata-rata setiap hadirin begitu teruja dengan penerangan yang diberi agar mereka menjauhkan diri dari golongan Wahhabiy yang sering membawa fahaman yang mengelirukan umat Islam sehinggakan sanggup menjatuhkan hukum Bida'ah kepada sesiapa yang membaca Qasidah memuji Rasulullah s.a.w. apatah lagi Qasidah yang dibaca mengandungi Tawassul kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.Semoga program sebegini dapat diteruskan dan diberi kemudahan oleh Allah swt agar seluruh umat Islam ditanam dengan perasaan mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. melebihi cinta mereka kepada semua manusia yang ada di muka bumi ini.



No comments: