Monday, March 19, 2012

Wahhabiy Bukan Salafi Tapi Wahhabiy Adalah Talafi!!!



Penjelasan TG Syeikh Nuruddin Tentang Talafi.
Mendampingi Ulama Kesayangan Ku.
Bersama TG Al-'Alim Al-Alamah TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Setiap kali mendapat peluang dengan kehadiran ulama tersohor dari Indonesia ini ke Negara ini, maka saya tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar mutiara kata yang keluar dari mulut ulama yang disayangi ramai ini.Program Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dihadiri oleh ribuan umat Islam yang dahagakan ilmu. Sememangnya kewarakan dan ke'aliman Tuan Guru Syeikh tidak boleh dipertikaikan lagi dan beliau merupakan ulama tersohor yang bergerak ke sana ke mari dalam menyebarkan dakwahnya.
Sebagaimana lazimnya, Tuan Guru Syeikh akan memulakan programnya dengan Solat Tasbih, bermunajat kepada Allah swt dan ini menunjukkan betapa ulama ini begitu Tawadduk sekali sehinggakan ramai di kalangan hadirin menangis dengan munajat yang dibawa oleh Tuan Guru Syeikh.Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya dan diberi kesihatan berpanjangan kepada Tuan Guru Syeikh yang terlalu banyak mengabdikan dirinya untuk menunjukkan jalan kepada umat Islam yakni jalan menuju Allah dengan mendapat keredhaanNya.

No comments: